Rabu, 28 November 2012

# Indah Tanpa Kata 11 #


bila tengok gambar nie,serius imantizz ingat dekat mak...nak tau sebab apa? Sebab mak imantizz dah bagitau awal2 dekat imantizz,time imantizz nikah nanti,mak nak imantizz pakai jubah,macam pengantin dalam gambar tu...hehehehe..

lambat lagi imantizz nak kahwin..=_="

Sabtu, 24 November 2012

Segmen Kenal-kenal Bersama Aisyah Humaira'


klik banner untuk join! Sampai Ahad,25/11/2012,pukul 10 malam...

Assalamualaikum semua.Malam hujung minggu nie rasanya macam best pulak join segmen.Dengan sejuk2 hujan yang masih bersisa petang tadi,kipas pulak bukak 'volume' 3..memang heaven sangat2...^_^..

Sebenarnya semalam lagi imantizz tengok banner segmen yang Puan Niera buat nie tapi terasa tak ada 'mood' pulak nak menaip.Tapi,malam nie,'bersemangat' pulak nak join...hehehehe..( sori,puan penganjur segmen...hehehehe )

Segmen yang 'simple' dan 'cute' nie nak sesiapa yang join bagitau pasal diri.Senang kan? ( tiru iklan Softlan..hehehe ).Apapun  puan penganjur segmen,imantizz 'silent reader' blog awak...tapi jarang nak komen sebab imantizz selalu jalan2 blog awak..^_^

Tentang Saya

Nama yang sebenar-benarnya imantizz  ++ Siti Zakiah Bt Abd Rasid..

( tok su,orang yg sambut imantizz yang cadangkan nama tu..asalnya nak letak nama yang sama pangkal dengan nama ayah,bagi seragam semua adik beradik,tapi mak dah letak nama yang macam dekat atas tu...hehehehe )

Umur ++ tarikh 12 Julai lepas imantizz dah masuk 20 tahun..( kita sebaya,puan penganjur segmen...^_^ )

Tempat lahir a.k.a tempat selalu dirindui setiap masa ++ Pendang,Kedah...( sapa tak tau,cari sendiri..haha)

Asal usul Nama Blog ++ Perjalanan Hidupku 

( sebelum nie nama blog " Atas Nama Cinta' sebab imantizz suka sangat novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy tapi dah ditukarkan ke ' Perjalanan Hidupku' sebab rasanya tajuk tu lebih 'masuk' dengan imantizz...hehehe )

Status imantizz ++ masih bujang,belum berkahwin...tapi akan berkahwin,akan datang,insya-Allah...hahahaha

( mak tak bagi lagi...mak takut tak ada geng nak kluar bershopping kot...hahahaha...lagipun sekarang imantizz anak perempuan bongsu mak ayah..^_^ ) tapi hati sudah dimiliki oleh seseorang...^_^

Pelajaran ++ bersekolah dan ambil peperiksaan penting ( PMR,SPM,STPM ) di 3 buah sekolah yang berbeza dan berbeza daerah...
  • imantizz pelajar kelas aliran agama dan ambil peperiksaan PMR di SMK Syed Ibrahim,Pendang..sekolah nie dekat dengan rumah..
  • lepas tu ambik SPM di SM Teknik Sungai Petani 2 sebagai pelajar kursus Perkhidmatan Perkembangan Kanak-kanak,waktu nie pertama kali duduk hostel...=_="..
  • dan akhir sekali,ambil STPM di SMK Ibrahim,Sungai Petani sebagai pelajar aliran Sastera..terpaksa belajar menghadap buku ja padahal sebelum nie belajar teori dan amali tapi belajar Sejarah yang ada 4 buah buku ( Sejarah Malaysia,Sejarah Asia,Sejarah Islam dan Sejarah Tamadun Dunia ) sangat2 best...^_^.
Sekarang imantizz menunggu masa untuk sambung pengajian sambil menunggu jawapan panggilan kerja..insya-Allah..

Itu saja.Salam ukhuwah,puan Niera...^_^.Moga kita dapat eratkan hubungan silaturrahim..

Selasa, 20 November 2012

Keajaiban Ciptaan Allah.. ^_^


gebu3...


err???


hai mata bulat!


upin dan ipin versi kucing...^_^


super duper gebu2..

Comel kan? Nie la keajaiban Allah yang menciptakan kucing-kucing comel..imantizz sebenarnya 'kureng' sikit nak main dengan kucing nie sebab takut kucing mencakar.Mak ayah pun tak pernah bela kucing nie...m.cik2 pun kureng jugak dengan kucing nie.Bila disoal siasat dan diselidik,rupa2nya ahli keluarga sebelah mak ada sejarah silam dengan haiwan bernama kucing ni.Keluarga kami cuba boleh bela lembu dan arnab ja.

Tapi,imantizz lebih suka tengok kerbau.Kalau jumpa kerbau,mata tak berkelip tengok haiwan yang suka berkubang tu..

 hai...hehehe...

Apapun,setakat nie imantizz sukakan binatang yang comel dan gebu nie....


mata bercelak...hahahaha...

p/s : hari nie tak keja...sebab tu,keja hari nie mengadap laptop ja...

Isnin, 19 November 2012

Ini Semua Takdir...

Assalamualaikum semua..( entri ini menggunakan ganti nama 'aku' )



jalan depan rumah

Akhirnya,selepas seminggu,aku kembali menjengah dunia maya nie.Dah seminggu aku tak 'on' laptop,b.band a.k.a berukband ( abg aku yg bagi nama..^_^ ).Hobi terbaru aku lepas tak menghadap skrin laptop adalah BASUH BAJU.

Setiap masa aku basuh baju.Pagi,petang,waktu Maghrib,pendek kata,setiap masa lah,minah Jepun warganegara Malaysia a.k.a mesin basuh Khind tu dok berputar ja.Seluar sehelai pun aku basuh.Dan aku rasa,tauke sabun BioZip tu mesti senyum sampai ke telinga ja sebab hujung bulan nie aku akan 'angkat' lagi sebungkus sabun serbuk berplastik biru keluar dari kedai dkat pekan Pendang yang ada 'cashier' yang muka sebijik macam Hafiz Hamidun tu.Serius,muka sebijik gila sampai aku jadi 'bisu tak terkata apa-apa'...hahahaha.tapi,aku tak boleh tengok lama-lama dan aku pun tak hingin nak tengok dia lama sebab dia 'klon' Hafiz Hamidun ja,bukan Hafiz Hamidun.Lagipun,aku kan dah ada 'pengarang surat cinta, jantung pisang hati aku'...hehehehe

Sebenarnya,aku nak cita pasai kamikaze aku.Alhamdulillah,kamikaze aku berjalan dngan lancar tapi pengakhiran tak seindah cita Ombak Rindu.Pengakhirannya macam cita Detective Conan.Dah lama aku tak buat kamikaze nie.Bagi aku,kamikaze yang aku buat,aku menyampaikan hasrat kepada seseorang dengan 'berani'nya.Dan untuk kamikaze yang baru aku buat nie,aku menghulurkan pertanyaan kepada seseorang dan selepas 'seseorang' itu membalas jawapan,aku akan sampaikan keputusan jawapan tu pada 'seseorang' yang lain.Kiranya macam orang tengah la..

Memang gementar buat benda macam nie tapi aku kuatkan semangat.Walaupun aku cuma orang tengah,tapi aku pun nak tahu jugak apa jawapan bg setiap persoalan tu.Jadi,aku tempis segala benda yang ganggu hati aku,dan aku tebalkan hati,kuatkan iman,sabar sebab aku yakin,aku akan dapat jawapannya.

Dan,alhamdulillah,aku dah dapat jawapannya.Macam yang aku kata tadi,jawapannya macam Detective Conan.Negatif.Hati aku terkilan jugak tapi mungkin nie takdir,just terima ja.Allah dah rancang semua nie untuk kita dan pasti ada hikmah.

Hati aku mungkin terkilan sikit sebab dulu,aku buat kamikaze,jawapannya positif.Tapi,sebelum aku dapat jawapan positif,aku dah banyak menangis.Aku berkorban waktu aku buat kamikaze tu.Aku berpindah dari daerah kenangan aku ke daerah yang asing,berkenalan dengan kawan2 yang baru,menjadi penghuni hostel puteri yang penuh cabaran,jauh dari mak ayah...semuanya pahit tapi akhirnya,yang pahit tu bertukar menjadi manis dan tak mungkin aku lupakan sampai bila2..




langit biru yang cantik


nampak tak kabut dekat sebelah kanan tu? yang tu hujan..dkat kawasan kg tercinta aku kot...^_^


sampai bila2 aku takkan lupakan impian aku..nak bina rumah tepi sawah...


itulah aku..tengok bayang2 pun jadi ja lah..

Aku tak pasti yang aku akan buat lagi ka dak kamikaze tu.Biarlah masa yang menentukan...

p/s : kamikaze best...2 3 lepas,aku ada mimpi pasai 'instructor' taekwondo aku masa f.1-f.3...aku rindu taekwondo kot...=_="

Isnin, 5 November 2012

Kamikaze


~ memori lama ~

Apa la nak jadi dengan imantizz ya? dah la biar blog terbiar macam anak kucing kena tinggal dengan mak,selekeh ya amat...=_=..lepas tu terus update blog dgn 'kamikaze'...

Apapun,sekarang imantizz dalam mood 'kamikaze'.Hgpa tau dak apa tu 'kamikaze'? Kamikaze tu maknanya 'berani mati' tapi imantizz ambik yg 'berani' tu ja.'mati' tu kerja Allah...^_^...

Dah lama imantizz tak buat benda yang 'sedarah sedaging' dengan kamikaze nie.Moga2 semuanya selamat dan aman bahagia.Amin!!!

p/s : Jodoh,rezeki,ajal maut,pertemuan..semua Allah tentukan tapi,kita sebagai hamba wajib berusaha..^_^

Nak Hadiah ?