Jumaat, 22 Mac 2013

Dah Janji...


Transformers

Hari tu,sebelum datang ke Sungai Petani,imantizz dah janji dengan ayah yang imantizz nak tengok cita Transformers dengan ayah 23 haribulan ( esok la ) dekat tv2..dan sepatutnya petang tadi imantizz balik rumah tapi hujan lebat pulak.Bila imantizz bagitau ayah,ayah cakap ok..

Tup-tup,tadi imantizz sempat tengok jadual tayangan tv2 malam nie dekat surat khabar.Rupa-rupanya malam nie pun ada jugak tayangan cita Transformers.Rasa...rasa macam nak nangis ja..rasa macam nak suruh ja mak ayah datang SP,ambik imantizz balik..

Bukan imantizz tak pernah tengok cita nie,tapi imantizz suka tengok cita Inggeris dengan ayah...tapi mungkin bukan rezeki kot.Entah-entah,mungkin kalau imantizz ada dekat rumah pun,ayah mungkin duduk dekat surau.Last2 imantizz tengok sorang2 jugak..* think positif,cik Adi..

p/s : ayah,rindu la dekat ayah...huhuhuhuhu..nak balik rumah...

Rabu, 20 Mac 2013

Kimono,Jepun,dan.....


tetiba ja imantizz rasa nak pakai kimono..time JCC ( Karnival Kebudayaan Jepun) masa sekolah dulu,imantizz sempat jugak lah pakai pakaian tu dengan cik Edo.Sekali pakai,terus jatuh cinta dan keinginan nak melawat ke Jepun tu makin kuat.



terasa lagi ikatan dekata belakang badan yang sangat2 ketat tu..best2..

lagi satu...


bunga sakura yang cantik..geram sangat2! macam nak gigit ja..hahahaha


lembutnya warna


cantik..

apa yang pasti,yang bertanggungjawab kenalkan negara Jepun pada imantizz nie adalah...


You're Under Arrest


best kartun nie tapi sepanjang imantizz tengok kartun nie,imantizz langsung tak pasang niat nak jadi anggota polis..hahahaha..


detektive conan..


inuyasha dan makwe lama..


inuyasha dan makwe baru..hensem ooo..


sakura dan shauran


gundam


hero yg sebelah kiri namanya Kira Yamato

kebanyakan cita kartun nie ditayangkan hari sabtu dan ahad.Tapi,imantizz ikut semua cita nie dari awal sampai habis.Waktu imantizz tu tengok sebab imantizz tingkatan 1 dan 2 dan bersekolah sesi petang.Memang boleh ikut la.Tambahan pula imantizz duduk rumah,tak duduk hostel lagi.

Dan,yang tak boleh lupa...taraaaaa...


Ultraman Taro


Power Rangers

yang nie pun imantizz layan...hahahahaha

tapi yang paling best sampai sekarang dok teringat lagi...


UFO baby..watak utama kena jaga baby yang datang dari angkasa lepas..


Fruit Basket..memang terkesan dalam hati bila tengok cita nie..boleh bayangkan perasaan seorang budak perempuan yang yatim dan mak dia mati sebab kemalangan...tak ada tempat bergantung sebab mak sedara dia tak mau dia jadi beban..


lagu tema yang gambarkan kesedihan Tohru nie jadi ringtone mesej handset imantizz...^_^


p/s : imantizz boleh layan semua nie sebab nak 'join' adik imantizz yang muda 3 tahun...time dia tengok tv waktu kecik2 dulu,memang dia yang menang sebab imantizz tak mau dia merayau kalau mak minta jaga adik..tak pasal2,otak pun dah jadi otak kartun..^_^

Rabu, 13 Mac 2013

Menghargai Mereka

( entri ini mengandungi kata ganti nama diri 'aku' )


bermula di sini...

Seminggu dua nie,aku mula jadi seseorang yang banyak berfikir.Apa yang aku fikirkan bukan lah benda-benda mengarut macam fikir nak beli gajet terbaru,keluar jalan-jalan,ataupun apa-apa sahaja yang budak perempuan seusia aku fikirkan.Tapi,aku fikirkan sesuatu yag melibatkan hubungan aku dengan keluarga aku.Ya,hubungan aku dengan keluarga besar aku.

Jika difikirkan balik, aku bukanlah seseorang yang pentingkan keluarga.Tak pentingkan keluarga tu bukannya bermakna aku nie anak 'kurang kasih sayang',mak ayah tak hiraukan aku,aku tak dapat ajaran agama ataupun aku bebas keluar dengan orang yang tak sepatutnya mahupun keluar tak kira waktu.Alhamdulillah,selama aku  hidup 20 tahun 9 bulan 1 hari di muka bumi nie sebagai anak perempuan bongsu mak ayah,aku dapat didikan yang sepatutnya.Sekolah habis,'exam' besar macam UPSR,PMR,SPM dan STPM aku dapat tempuh,insya-Allah aku bakal sambung ke u,mak ayah hantar aku ke kem Islamik untuk perbetulkan diri aku dan didik aku jadi Muslimah,dan juga aku dikelilingi dengan suasana keluarga bahagia.Mak ayah izinkan aku keluar dengan kawan-kawan satu sekolah dan aku belajar berdikari.Dan aku nie bukannya budak perempuan yang terkurung dalam rumah setiap masa sebab ayah nak aku belajar segalanya.Tapi,aku wajib jaga maruah keluarga aku walau aku duduk mana pun.Aurat kena jaga,solat jangan tinggal dan bila nak buat sesuatu aku wajib fikir dalam-dalam.

Berbalik pada tak pentingkan keluarga tu,aku mula sedar yang dulunya aku tak kisah langsung dengan keluarga aku.Contohnya,bila aku pergi mana-mana,bila balik aku mesti tak bawa sesuatu untuk orang yang menunggu aku dekat rumah.Teruk sungguh betul bila aku fikirkan balik.Tapi,aku rasa,tindakan yang aku buat tu mungkin sebab sikap aku agak ke'budak-budak'an.Dan,perlahan-lahan aku berubah sikap.Bila pergi mana-mana,aku akan pastikan yang aku akan bawa balik sesuatu untuk orang dekat rumah aku walaupun depa tak minta.Walaupun benda tu kecik dan tak bawa makna apa-apapun,aku tetap bawak balik juga.


kakak dan abg ipar


keluarga


adik dan sepupu-sepupu


kakak dan kak ipar


keluarga besar..kenangan raya 2010


Masa terus berlalu dan aku perlahan-lahan boleh berdikari.Alhamdulillah,mak ayah izinkan aku bergerak dengan kenderaan sendiri untuk ke tempat yang lebih jauh dari apa yang aku sering pergi.Dan,dalam pengalaman itu juga aku belajar sesuatu.Belajar,belajar,belajar dan belajar menghargai keluarga aku dari orang lain.Selama ini aku berdikari,aku lebih faham yang keluarga kita lebih bermakna daripada orang lain.Walaupun aku bukan lah seorang yang ingin bergantung 200% pada keluarga tapi bila aku dekat dengan keluarga aku sekarang,aku nak jadi seorang yang lebih menghargai mereka dari orang lain.Kalau aku jauh,baru lah aku akan menghargai orang yang dekat dengan aku.

Keluarga aku bukanlah keluarga besar aku semata-mata.Tapi,keluarga dalam konteks hidup aku adalah orang yang sentiasa bersama dengan aku susah atau senang,orang yang pernah lihat aku menangis dan pinjamkan bahu dia untuk aku bersandar,mencari ketenangan dan juga orang yang inginkan aku merasai keperitan atau kemanisan hidupnya.Itulah keluarga aku yang sebenar-benarnya.

Dalam tu juga,seseorang yang amat aku sayangi dalam dunia nie pernah pesan pada aku,' boleh buat baik pada orang lain tapi,jangan terlalu berlebihan'.Mulanya aku jadi tak faham,dan hati aku memberontak sendirian tapi bila aku fikir dalam-dalam,baru aku faham.'beliau' yang ungkapkan kata-kata,inginkan aku faham,kalau aku susah,belum tentu 'orang-orang' yang agak aku pentingkan tu akan tolong aku.Dan 'beliau' nak aku dahulukan orang yang sentiasa bersama dengan aku.Maknanya,aku patut dahulukan keluarga aku dari orang lain.Dan akhirnya aku faham.Terima kasih sebab 'beliau' berjaya sedarkan aku.

Apa yang aku harapkan,aku dapat berubah jadi seorang yang matang,seiring dengan usia aku yang pastinya menuntut aku bertindak seimbang dengan keadaan sekeliling.Moga aku lebih menghargai orang yang berada di samping aku tak kira keluarga aku,orang-orang yang rapat dan juga teman yang sentiasa bersama dengan aku.

Isnin, 11 Mac 2013

Walau Sejauh Mana Kita Pergi...



....kalau dia jodoh kita,kita tetap akan kembali pada dia...


kawan imantizz yang pesan macam tu..dan imantizz sentiasa ingat semua tu...tapi,imantizz lagi percaya pada ketentuan Allah..jodoh,pertemuan,rezeki,ajal,maut,Allah tentukan..


gambar nie ada persamaan dengan abg sulung imantizz yang baru kahwin 2 bulan lepas..insya-Allah,dia bakal jadi ayah..bercermin mata + ada janggut....tak sabar nak tunggu kelahiran baby lepas raya nanti..^_^..

p/s : teringatkan kak ipar..huhuhuhu..

Sabtu, 9 Mac 2013

Jantina Laptop

Assalamualaikum...

Whoa..lama imantizz tak 'update' blog.Bb dah 'over limit'...sedih2..huhuhuhu.Tapi imantizz sempat lagi 'blogwalking' blog2 yang imantizz ikut.Dan imantizzz ternampak lah sesuatu yang agak menarik jugak.Imantiz nampak dalam blog Miz Ruha pasal nak tau jantina laptop.Lawak pulak dengar tapi bunyinya agak menarik jugak.Dan imantizz dah cuba sebab imantizz nak tau apa jantina laptop imantizz.Tak tau la semua tau pasal jantina laptop nie.Kalau semua dah tau,maknanya imantizz ketinggalan la..tapi tak apa..imantizz tak kisah..hehehehe

imantiz dah cuba pada laptop imantizz.Cuak jugak 'time' nak tau tu.Takut gelaran nak kena tukar...hahahaha.Dok panggil Cik Acer ikut suka hati ja padahal laptop keluaq suara jantan.Tapi alhamdulillah bila imantizz dah 'try',rupanya laptop imantizz 'perempuan'..macam tuan dia.Mujur nama tak kena tukar,hahahaha..

Cara-caranya :

1. Buka 'notepad' dan 'paste' balik ayat nie dalam 'notepad'


CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I Love YOU"

2.Lepas tu tekan 'save'.Ubah 'save in type' kepada All Files.'Save' dalam laptop siap2 sebab nanti senang nak buka.

3. Lepas dah 'save',tutup 'notepad'.Buka 'file' tadi dengan 'click' dua kali.Nanti hgpa akan dengaq suara laptop tu cakap 'I Love You'.Dengaq betul2 suara tu sama ada suara perempuan ka lelaki.


Cik Acer

p/s : siapa yang tak tau jantina laptop,try la buat ya? emm,nanti imantizz nak 'try' dekat netbook adik..moga2 keluaq suara lelaki...baru padan..hehehehe

Nak Hadiah ?