Sabtu, 26 April 2014

Baju Kurung dan Aku

Assalamualaikum semua budak2...:) Dengan besar hatinya, dan serta rajinnya,aku, cik imantizz buah hati incik truper akan menghadapi FE untuk sem 2 bermula 3 Mei ini..maka, dengan bangganya aku mengumumkan aku kini dalam studi week dan gap seminggu sebelum peperiksaan  menjelang..:)

baru tadi,sebelum aku solat Asar, kawan serumah aku a.k.a kawan sekelas bangkitkan isu aku berbaju kurung. Okey, aku tak nafikan aku suka berbaju kurung tiap kali keluar dan gunakan pengangkutan awam macam tren KTM.


tren Sungai Gadut..:)


Banyak kali jugak aku pakai baju kurung time naik tren, naik LRT dan naik bas. Bas dekat tempat aku belajaq nie bukan stok bas tempat aku, nun Pendang sana. Sini yang selalu jadi penumpang bas banyak orang luaq..orang Bangla,orang Vietnam..so,nak jumpa mamat Melayu hensem naik bas memang tipis harapan la..hahaha..

RapidKL pun payah nak jumpa mamat hensem..kalau jumpa macam Edo jumpa,iaitu 'seorang mamat hensem yang sedang baca al-Qur'an dalam bas RapidKL' ,memang sejuk hati aku. Bukan takat sejuk hati mak dia, aku yang dah jadi mama Iffah nie pun teringin nak menantu macam tu tau? hahahaha

Okey,berbalik pada isu baju kurung. Aku mula selesa pakai baju kurung nie bila aku kerja pakai baju kurung. Kan aku keja degan m.lang,tolong dia dekat kedai makan sebelum aku masuk u..jadi,sambil aku keja tu, aku nak ubah metaliti orang yang keja dekat kedai makan nie yang selalunya kita nampak pakai t-shirt saiz adik, pakai jeans dan bersanggul tinggi. Tu tak masuk dengan mekap ala-ala pi dinner fakulti....aku rimas dan jadi tak berapa berkenan..

Maknanya,masa aku keja dengan m.lang,pakai rasmi aku adalah baju kurung dan cuba elakkan untuk pakai pakaian yang tak menepati syarak..manis tau pakai baju kurung :) M.lang aku sendiri pun pakai baju kurung dengan jubah time buka kedai..:')

Aku bukan baik tapi aku cuba jadi baik..dan sekarang,oleh sebab aku belajaq kos yang bakal melayakkan aku menjadi pendidik khalifah-khalifah kecil ahli Jannah,aku cuba nak ubah cara aku berpakaian,cara bergaul dan cara aku berbudi bahasa...better aku berbaju kurung dan berjubah..macam ahli2 keluarga perempuan aku amalkan sekarang :)

Aku harap,semua ahli keluarga aku akan berubah jadi yang lebih baik..macam tu jugak aku harapkan pada semua kawan2 aku,isteri2 kenalan aku yang lain..berusaha menjadi wanita penghuni Jannah..:)


aku jatuh cinta dengan baju kurung :)

" sopan itu cantik"

Jumaat, 18 April 2014

Pengakhiran Sem Panjang

Salam Jumaat semua.Harap semua sihat..hehehe..dan masih sempat lagi semua nak baca al-Kahfi...:)


al-kahfi ya kawan2 ?  ^_^


start hari nie, aku bertapa dekat rumah abang dekat Perak..stay dalam 2 3 hari ja. Penat aku asyik menghadap Selangor negeri ter'centa'..hahahaha..bukan bermakna aku jemu, tapi sekali sekala bertukaq angin tak salah kan? :) Bermula hari nie, keja aku sekarang adalah menghadap buku..mood 'study week' dah bermula kot...

Fuh..aku nak habiskan 2 sem kot..cepatnya masa berlalu..:')


jadual FE untuk sem nie..*abaikan tulisan cikgu' to-be' yg macam cakar ayam


Sengaja aku lekat dekat dinding, dengan sticky note..supaya senang hilangkan rasa malas aku nak study..=_="...

Sebenarnya, aku bukan stok nak studi 24/7 dengan buku..kadang2 mata aku macam scanner..tengok ja boleh serap,kadang2 satu pun tak boleh pakai...hahahaha

Yang paling banyak aku buat kalau nak skor dalam exam, aku fokus time kuliah..hehehehe...sekali dengaq ja,hahahaha..


result sem 1..alhamdulillah..:)

ok,perancangan kantoikan muka sendiri..hahahaha..rezeki aku untuk sem lepas...alhamdulillah, geng aku ada 5 orang..semua pointer 3 dan ke atas..4 orang dapat dekan tapi aku tak dapat lagi sijil dekan..kawan2 aku dah dapat..=_="..Lagi sorang dah kembali ke tempat asal..dia dapat offer keja sebagai guru sandaran..so,tinggal lah kami berempat bersama2 untuk teruskan perjuangan sampai konvo lagi 3 tahun..:)

Untuk sem nie, aku harap ok jugak..tak mau bayaq duit PTPTN banyak2 bila dah habis nanti..bayaq setengah pun ok tapi rasanya tak payah bayaq langsung lagi bagus untuk aku..hahahaha..boleh simpan duit beli rumah, beli Alza sebijik..hahahaha

Sekarang, aku cuma kena siapkan lagi satu assignment...penulisan esei hasil nota yang aku translate dari bahasa Indon ke bahasa Melayu baku..kena submit hari khamis minggu depan..:) aku pernah update entri tu..hehehehe..


bekalan aku masuk kelas :)

sengaja aku selitkan gambaq nie..hahahaha...aku start exam awal bulan 5 walaupun tarikh sebenar exam 28 haribulan nie..so,aku ada masa seminggu lebih sebelum exam. Keja aku, stay dekat umah sewa, studi apa yang mampu dan bersiap siaga untuk pindah masuk rumah baru...hahahaha. Sem baru,rumah sewa pun baru lah..hehehe.

Letih woo nak angkut barang2..tapi takkan aku nak stay lagi dekat rumah sewa yang jauh dari kampus. Mulanya aku dah rancang nak stay dekat rumah sewa belakang kampus dari awal sem nie lagi  tapi ada masalah. Sem depan ja lah aku stay dekat situ. Lagipun 7 minggu ja.

Sem pendek nanti aku akan merasai pengalaman berpuasa di negeri orang..Aku kan anak rantau..^_^


2 orang kawan aku..:) next entri la ya?


insya-Allah, habis jawab exam yang last sekali, aku kena cepat2 pi Ampang..sebab aku dengan Edo join YouthACE 2014 anjuran Langit Illahi..program tu start 10 Mei..Edo ajak sebab dia memang nak join semua tu..aku pun,ikut ja la sebab selama nie aku dok pi mesyuarat,seminar ja..kita cari pengalaman pi YouthACE pulak..:)

time tu bermula la kisah aku pi Ampang dengan tren, LRT dan teksi..hehehehe...insya-Allah,11 mei aku balik Pendang dengan bas..lama tak balik naik bas Cosmic..hehehehe..

Ok, nak rehat sebelum mula berjuang siapkan assignment..hohohoho..jumpa lagi..:)

Nak Hadiah ?