Assalamualaikum dan selamat pagi semua :)
Rules;
-Thanks the person who gave you this award.
- Include a link to their blog.
-Select 15 blogs/bloggers you've recently discovered/followed regularly.
- Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award.
- Tell the person who nominated you with seven things about yourself.
Hohoho...setelah berapa lama aku tak mengodek2 blog, akhirnya aku bakal mengemaskan sawang blog. Semalam cik Edo mesej aku..siap bagi link blog. Aku dah agak, mesti dia suruh baca blog. Dan keluaq apa yang dia tulis, iaitu perkara yang berkaitan dengan diri dia. Trimas la syg sebab tag guwa..hahaha. So, aku..* letupkan jemari*..jawab soklan tu...dah lama aku tak buat qeja nie..hahaha
1. Aku suka warna pink-purple
Haa..percaya tak? Hahaha..aku memang suka warna pink-purple. Sebab tu la blog aku warna pink purple, Tapi aku tak pernah miliki barang warna yang aku suka tu. Banyak barang aku yang lain warna ikut suka hati. Henset warna hitam, casing hitam. Baju kurung pink purple pun sikit ja sebab aku suka hitam. Hitam nampak kemas dan boleh sembunyikan apa yang jadi aib kita..hehehe. Sekarang aku suka hitam campuran dengan warna lain. Latest aku suka warna hitam gabung dengan kuning. Transformers!!! hahahaha
Dark Samsung ;p
2. Sukakan Jepun
Aku memang gilakan Jepun...hahaha. Pencinta bunga sakura yang kembang setahun sekali di bulan April. Bunga tu sangat cantik......dan lembut. Macam aku..hahahaha. That's truth ok..aku memang lembut pun. Aku suka Jepun, suka kimono, suka design rumah Jepun dan suka musim bunga Jepun. Harap nanti aku dapat jejak kaki ke negara yang waktu dia sejam awal dari kita tu..amin!! ^_^
lovely sakura
kimono
3. Suka berjalan
Rasanya sebab aku ada tahi lalat di kaki, so, memang aku qajin berjalan. Sebelum studi, aku selalu mengajak si Edo keluaq. Tak kisah lah keluaq pusing2 pekan area tempat kami tinggal. Sekarang pun masih buat. Cuma berbeza transport. Dulu dengan keta. Sekarang kami buat travel keliling KeYel dengan bas dan LRT..hehehehe :)
gambar kandid :p
4. Book Lovers ^_^
Aku pencinta buku. Hang bagi la aku pilihan sama ada nak ajak makan ais kacang, naik itik keliling Taman Tasik Tepeng dengan jalan2 di Popular Bookstore @ Hasani Bookstore @ MPH. Tobat lahom aku pilih segala mak nenek yang berkaitan dengan buku. Tapi package sekali bodyguard la. Buat simpan nak angkut buku..hahaha.
terpengaruh dgn Edo..x pasai2 ada koleksi Hlovate.. =_="
5. Minat anime
Agak pelik dalam kalangan kawan2 aku bila disoal pasai hobi aku.Yes, aku suka tengok anime. Sampaikan lagu dlm hnset time org call pun aku letak OST cita anime. Dari dulu, tak ubah2. Abang aku cakap aku otak kartun tapi aku rasa aku still budak pmpuan kampung yang biasa. Membesar dengan anime dh macam sebati dengan aku. At least, aku ada jugak kenangan waktu kanak-kanak yang aku warisi sampai sekarang. Aku bangga dengan diri aku,der..hahahaha
my sweetheart SAO ;')
6. Seorang yang lembut
Orang cakap, anak no 3 nie kasar, rempang, dan sewaktu dengannya tapi aku terbalik pulak. Seriously, aku seorang yang lembut. Lembut hati, lembut jantung, lembut buah pinggang..eh! Hahahaha. Lembut2 aku pun sekali menggila, haru..hahahaha. Tapi aku dok pegang prinsip, 'lambat baran, cepat sejuk'. Kiter kan lembut..hohoho
7. Seorang yang weird @ mungkin unik??
Hobi baru bila masuk u. Kawan2 aku pelik aku selalu buat keja sendiri. Maybe tak baik tapi itu lah cara yang boleh sejukkan hati bila marah dan bermuhasabah diri :) Time orang tido, aku boleh bangun siapkan assgnmnt ataupun khatam cita anime. Begitulah sebaliknya. Oh ya, walaupun aku minat Jepun, aku tak pilih bahasa Jepun sebagai pilihan bahasa ketiga di u. Aku pilih bahasa Arab :p
8. Seorang anti-kafein
Aku tak berani ambik kafein sebab benda tu akan mudaratkan aku. Tapi kalau aku nak buat keja gila, aku ambik la kafein cam nescafe.Kopi..ai..sampai kesudah aku tak sentuh. Orang cakap la kopi susu sedap tapi aku tak pernah sentuh. Pernah sekali aku try ambik kopi waktu join YouthAce lepas..konon2nya sachet Nescafe yang pihak hotel sediakan menggoda aku. Sekali, pakat mentido, prepare utk event esok, mata aku segaq sampai ke pagi. Ngok betoi..T_T Tapi aku tak serik dan aku buat lagi sekali masa sem lepas. Minum sikit, berjaga sampai subuh. Elok pakat makan, aku sedap qada tido dr pukul 11 pg smpai 4 ptg. Selang seli dengan bangun solat la...hehehehe
nak tag si comel2 nie...