Assalamualaikum semua! Harap semua sihat.Penat imantizz hari nie...keja banyak yg kna uruskan.Kena uruskan bayaran BB,pos segala dokumen ke Tanjung Malim,penat kot...huhuhuhu.Cuaca dekat Sungai Petani sekarang pulak tak menentu kot.Semalam hujan,tapi hari nie ok kot...hehehe..
Btw,imantizz nak cerita pasai dating 2 hari lepas.Tak basi lagi kan? hehehehe...
bila tengok gambar nie,dapat agak tak sapa yang dating dengan imantizz?
Nak tau sapa dating dengan imantizz? Shh...biarlah rahsia..hehehehe.Yang pasti bukan lelaki.Dating dengan 'mahram'...^_^.Sebenarnya,dating kami berdua bersebab.Dating kami sebab kami nak serbu PC Expo.Nak cari barang2 untuk laptop.Bila nak berdating tu,memang rancang macam2 kot.Nak pakai baju apa,nak tengok movie apa,nak makan apa.Segala2nya dirancang dan alhamdulillah,90 % ikut perancangan.Yang lain2,kiranya perancangan yang tergendala tu,kami tolak tepi.Tak sempat.Kami nie kalau keluar memang macam nak habiskan sehari.Nak buat aktiviti dari selepas Subuh,sampai lepas Isyak.Macam2 yang terlintas dekat kepala otak.Tapi,kami cepat2 sedar dan kembali ke alam nyata..hehehe.
Ok,kami mulakan dating kami dengan sampai di Village Mall a.k.a VM,salah satu tempat membeli belah dekat SP nie.Bagi imantizz dan 'dating partner',
Cik Edo,VM bukan tempat kesukaan kami sebab VM tak ada kedai buku yang boleh kami jadikan tempat 'wajib singgah'.Tapi tak dinafikan VM adalah tempat tumpuan mana2 pameran ataupun 'road tour' apa2 saja.Mungkin sebab tempat dia luas dan cantik.
Balik pada cita dating kami,kami sampai di VM dalam pukul 11.00 pagi dengan kereta.Dulu,ayah yang hantar tapi sekarang,naik kereta sendiri.Anggap diri sendiri dah besar..hehehehe.Pinjam kereta m.lang..bukan apa,dah ada lesen,pi sendiri la.Tak payah susahkan orang lain.Salah satu perancangan kami iaitu berjanji pakai baju kurung berjaya.Cik Edo pakai baju kurung warna oren + putih,imantizz pakai baju kurung kuning air + coklat muda.Tapi,kami tak ambik gambar berdua pun..tak terfikir pun nak bergambar segala bagai.Mungkin kami tak suka ambik gambar sendiri kot..^_^
Sampai saja di VM,kami terus terjah panggung wayang.Dah jadi macam wajib plak...=_=..Mulanya nak tengok cita Hantu Kapcai,tapi tak ada dalam jadual.Yang ada pun,cita Ngorat..huhuhuhu...tak jadi nak tengok Izzue Islam..huhuhuhu..kenal Izzue Islam? Tak kenal? Tanya pak cik Goggle...hehehehe.Last sekali,kami tengok cita Hotel Transylvania...betul ka aku eja nie? Best jugak..^_^
Tutti Fruitti...Cik Edo belanja..arigato! ^_^
Lepas beli tiket wayang,kami serbu Tutti Fruitti.Dah la imantizz tak sarapan,tak pasai2 ais krim jadi pengganti nasi goreng.Jangan ditiru aksi ini di rumah...hehehehe
Lepas singgah di Tutti,kami terus jalan2 dekat PC Expo,dan cari barang yang kami nak beli.Cik Edo beli banyak benda jugak.Dia beli dakwat printer dan apa lagi ntah...imantizz rembat Cik tikus warna biru muda dan 'keyboard skin protecter'..mak dok berleter,keyboard laptop tak ada pelindung...takut habuk masuk..mak prihatin tu...hehehe..Lepas pusing2 PC Expo,kami masuk Pizza Hut,macam yang dirancangkan jugak.Tapi,tak ada tempat kot waktu mula2 masuk tu.Kami masuk,keluar dalam 2 3 kali.Sampai orang2 yang makan dalam PH tu tengok kami la..malu,huhuhuhu..lepas ronda 2 3 kali,baru kami dapat yang sepadan dan ada privasi...hehehe
yang pakai baju kurung corak batik tu la imantizz..^_^
Cik Edo mengidam nak makan...=_="
pizza imantizz...nice!
gambar dari blog Cik Edo
imantizz pilih masala supreme..tapi tak semacam yg ada dalam gambr...huhuhuhu
Tapi,buat pertama kali,imantizz rasa nie la dating paling best dengan Cik Edo.Kami asyik makan,bercerita macam2...dan yang paling best sekali,makanan yang kami pesan licin..tak ada yang terbuang langsung.Selalunya makanan mesti terbuang bila dating ataupun keluar dgn kawan2 lain..
Cik Edo_imantizz
Terima kasih,best sangat2 keluar dating dengan hg..,kongsi,bersembang2 dgn hg,bergelak dgn hg..nanti kita keluar lagi..kita selesaikan 'perancangan' yang tak terlaksana lagi..emm,lepas nie kita pi Amanjaya Mall plak..hehehehe...ronda2 kedai buku..n aku belanja hg makan pulak..^_^..love u until Jannah..
p/s : serius,bila sampai umah ja,kepala aku pening..penat drive kot..tapi,it's nice! sweet momento...hahaha