Jumaat, 4 Mei 2012

Ciri-ciri Gadis Muslimah....kita boleh lakukan perubahan demi Islam..




1.Solat tepat waktu

2.Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.

3.Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah,alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.

4.Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.

5.Bercakap dengan rendah suara.

6.Lembut dan halus tingkahlakunya.

7.Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.

8.Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.

9.Rambut, leher, dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.

10.Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.

11.Pandai mengambil hati orang tua.

12.Menghormati dan taat ibubapa.

13.Kesayangan keluarga dan tetangga.

14.Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.

15.Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.

16.Rambut tak diwarnakan.

17.Banyak dan murah dengan senyuman.

18.Banyak mendengar dari bercakap.

19.Senyuman adalah ketawanya.

20.Tidak ketawa terbahak-bahak.

21.Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.

22.Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan              fitnah.

23.Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.

24.Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.

25.Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.

26.Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.

27.Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.

28.Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.

29.Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.

30.Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.

31.Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.

32.Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.

Banyak jugak kan ciri-ciri muslimah yang kita semua tak tahu? Emm..memang kena banyak berubah nie.Semua nie boleh diikut oleh semua rakan-rakan muslimah dekat luar sana.Berubah untuk kebaikan tak salah kan tapi kena istiqamah dan tekadkan hati nak berubah.Jangan berpaling ke belakang dah kalau kita sedang mara ke hadapan.Bak kata mak km,jam tak pernah berpusing ke belakang tapi jarum jam akan terus berpusing ke hadapan.

Berubah bukan senang.Macam km dulu...nak jaga solat pun agak susah tau? Bila masuk asrama baru boleh disiplinkan diri.Masa km f.3 dulu,kalau tak silap,ustazah pernah tanya dekat kawan sekelas, solat mana yang paling liat sekali nak buat awal2.Pastu kawan km tu bagitau yang dia paling liat nak solat Maghrib sebab dok 'ralit' ( bahasa orang Kedah,maksud dia 'leka' ) main bola sepak..( dia tu lelaki).Km pun liat jugak nak solat dulu.Ya la,duduk rumah,bukan duduk asrama.Masa dok kem motivasi dekat Pokok Sena dulu,memang solat yang akan didahulukan sebelum aktiviti dijalankan.( rindu betul dekat kem motivasi macam tu..).Kem tu dah buat km berubah  untuk dekati agama..moga2 semua nie akan berterusan sampai km mati,AMIN..


Dulu km pernah terbaca satu petikan nie.Petikan nie macam bagi semangat ja dekat km.

" Kita tak perlu mati demi Islam tapi kita perlu hidup untuk Islam"

Terasa semangat membara-bara ja sebab bila difikirkan balik,bukan senang nak hidup sebagai seorang Islam di akhir zaman nie.Macam2 yang kadang-kadang kita langsung tak terjangka dek akal boleh berlaku sekarang nie.Jadi,kita kena kuatkan hati,cekalkan iman,sayang mak ayah bila nak buat sesuatu dan ingat Allah selalu.Km bukannya orang yang baik atau alim ulama sebab km rasa,kalau la km dijemput Allah sekarang,amalan km sekarang 0.00%..km hamba Allah yang sentiasa kosong dengan amalan dan wajib mencari bekalan untuk akhirat.Jadi,kita sama2 mencari cinta Allah ya?

Moga Allah berkati kita sebab kita adalah kejadian Allah yang paling indah.Bersyukurlah dilahirkan sebagai muslimah yang hidup dalam persekitaran Islam sebab tak semua muslimah di dunia nie nikmati hidup macam kita....

Islam,cara hidupku...Islam,agamaku hingga nafas terakhir....

p/s : rindu pulak dekat adik Uni..malam nie dia keja....kesian dekat dia...2 3 hari nie km asyik rindu dekat orang ja...rasanya orang tak pernah rindu dekat km...hahaha...

2 ulasan:

  1. murah dgn snyuman?? haha ssh pa ntok aku..
    kak zakiah, aku pon rndu kt ang huhu

    BalasPadam
  2. rindu sesama kita tak apa..kita kan bff...hehehe

    BalasPadam

Nak Hadiah ?