Ahad, 16 September 2012

Sayang Awak Banyak2...^_^


Pertama kali melihatnya dalam sekeping kertas hasil imbasan doktor,aku rasa teruja sangat2.Waktu itu aku baru melangkahkan kaki ke alam sekolah menengah,baru beberapa bulan sahaja aku bergelar seorang pelajar tingkatan 1.Ibunya memberiku kertas tersebut.

" Nie la gambar adik dalam perut mak su." 

Aku tergamam melihat imej yang terpapar.Hitam putih dan aku sendiri bingung untuk memikirkannya.Apakah ini????

" Mak su jumpa doktor tadi.Terus 'scan' adik dekat dalam perut.

Aku mengangguk,tanda faham.Belum sempat aku membuka suara,ibunya menunjukkan perutnya yang kian membesar padaku.

" Adik tendang la.Mesti dia tau kita bersembang pasai dia.."

Aku teruja.Adik yang dalam perut boleh dengar kami bersembang ka??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Akhirnya,tanggal 17 Jun 2005,lahirlah si comel berkulit putih dan bermuka bulat.Rambutnya sedikit keperangan dan anak matanya coklat cair.Comel sekali.Namanya Nur Maisarah Najwa.Teruja aku dengan kelahirannya.Walaupun hanya sepupu,tapi aku menganggapnya seperti adik kandungku sendiri.

Dan semasa dia baru berusia 100 hari,atas masalah keluarga yang teramat serius,si kecil ini menjadi penghuni rumahku selama 2 tahun.Dan ketika ini lah aku baru memahami bagaimana ingin menjaga seorang bayi.Aku dapat merasai bagaimana susahnya apabila aku perlu berjaga pada pukul 3 4 pagi untuk membancuh susu,menukar lampin,memujuknya jika menangis,membawanya ke klinik untuk suntikan imunisasi.Penat rasanya tapi bila difikirkan kembali,semua ini adalah pengalaman berharga buatku.Dan ini juga pengalaman yang amat getir buatku dan keluarga apabila terpaksa berdepan dengan masalah yang langsung tak pernah kami bayangkan.Ibu bapaku terpaksa menahan rasa gementar apabila si kecil ini demam dan mengalami kancing gigi.Ini kali pertama ibuku menghadapinya kerana kami empat beradik tak pernah mengalaminya jika demam.

Tapi itu kisah dulu,kisah enam tahun lepas.Si kecil itu kian membesar dan kini telah kembali kepada ibu dan ayahnya.



Nur Maisarah Najwa...masa nie umur 2 tahun lebih..

Dia dah besar sekarang.dah masuk darjah 1.Rasa sekejap ja..maknanya aku pun dah boleh kahwin la meningkat remaja la...=_="....tapi tak apa,umur meingkat,pengalaman pun meningkat,kenangan pun makin banyak...hehehehe

Buat pemilik nama Nur Maisarah Najwa,may Allah bless u...jangan nakal2,dengar cakap tok,t.wan,ayah...belajar elok2..jangan ganas2 sangat..takut dia jadi macam aku dulu,ganas... hahahaha.

Itu saja.Melalut di pagi hari dengan keadaan  langit yang langsung tak nampak + awan kelabu hitam + nak hujan + matahari pun macam malu2 ja nak tunjuk diri...hehehe

p/s : bila Sarah hadir dalam hidup keluarga aku,rezeki mencurah2 kot...kalau tak percaya,try jaga bby sorang...hehehe

6 ulasan:

  1. rezeki menjaga anak memang luas :)
    walaupun bukan anak sendiri...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yap..walaupun memang susah nak jaga baby,tapi bila tengok dia senyum,ketawa,terus hilang penat...baby perempuan comel kot..hehehe

      Padam
  2. nnti, bila dah ada baby sendiri, mesti dah terrer jaga.. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. insya-Allah,tapi kena beranikan diri jga baby baru lahir la...tak berapa biasa..hehehe...nanti nak minta baby dekat abang sulung yg nikah bulan 12 nie..rindu nak jaga baby nie..hehehe

      Padam
  3. sila kawen cepat2.. aku nak anak menakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. orait...nanti aku suruh 'org' tu masuk meminang aku...^_^

      Padam

Nak Hadiah ?