Sabtu, 24 November 2012

Segmen Kenal-kenal Bersama Aisyah Humaira'


klik banner untuk join! Sampai Ahad,25/11/2012,pukul 10 malam...

Assalamualaikum semua.Malam hujung minggu nie rasanya macam best pulak join segmen.Dengan sejuk2 hujan yang masih bersisa petang tadi,kipas pulak bukak 'volume' 3..memang heaven sangat2...^_^..

Sebenarnya semalam lagi imantizz tengok banner segmen yang Puan Niera buat nie tapi terasa tak ada 'mood' pulak nak menaip.Tapi,malam nie,'bersemangat' pulak nak join...hehehehe..( sori,puan penganjur segmen...hehehehe )

Segmen yang 'simple' dan 'cute' nie nak sesiapa yang join bagitau pasal diri.Senang kan? ( tiru iklan Softlan..hehehe ).Apapun  puan penganjur segmen,imantizz 'silent reader' blog awak...tapi jarang nak komen sebab imantizz selalu jalan2 blog awak..^_^

Tentang Saya

Nama yang sebenar-benarnya imantizz  ++ Siti Zakiah Bt Abd Rasid..

( tok su,orang yg sambut imantizz yang cadangkan nama tu..asalnya nak letak nama yang sama pangkal dengan nama ayah,bagi seragam semua adik beradik,tapi mak dah letak nama yang macam dekat atas tu...hehehehe )

Umur ++ tarikh 12 Julai lepas imantizz dah masuk 20 tahun..( kita sebaya,puan penganjur segmen...^_^ )

Tempat lahir a.k.a tempat selalu dirindui setiap masa ++ Pendang,Kedah...( sapa tak tau,cari sendiri..haha)

Asal usul Nama Blog ++ Perjalanan Hidupku 

( sebelum nie nama blog " Atas Nama Cinta' sebab imantizz suka sangat novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy tapi dah ditukarkan ke ' Perjalanan Hidupku' sebab rasanya tajuk tu lebih 'masuk' dengan imantizz...hehehe )

Status imantizz ++ masih bujang,belum berkahwin...tapi akan berkahwin,akan datang,insya-Allah...hahahaha

( mak tak bagi lagi...mak takut tak ada geng nak kluar bershopping kot...hahahaha...lagipun sekarang imantizz anak perempuan bongsu mak ayah..^_^ ) tapi hati sudah dimiliki oleh seseorang...^_^

Pelajaran ++ bersekolah dan ambil peperiksaan penting ( PMR,SPM,STPM ) di 3 buah sekolah yang berbeza dan berbeza daerah...
  • imantizz pelajar kelas aliran agama dan ambil peperiksaan PMR di SMK Syed Ibrahim,Pendang..sekolah nie dekat dengan rumah..
  • lepas tu ambik SPM di SM Teknik Sungai Petani 2 sebagai pelajar kursus Perkhidmatan Perkembangan Kanak-kanak,waktu nie pertama kali duduk hostel...=_="..
  • dan akhir sekali,ambil STPM di SMK Ibrahim,Sungai Petani sebagai pelajar aliran Sastera..terpaksa belajar menghadap buku ja padahal sebelum nie belajar teori dan amali tapi belajar Sejarah yang ada 4 buah buku ( Sejarah Malaysia,Sejarah Asia,Sejarah Islam dan Sejarah Tamadun Dunia ) sangat2 best...^_^.
Sekarang imantizz menunggu masa untuk sambung pengajian sambil menunggu jawapan panggilan kerja..insya-Allah..

Itu saja.Salam ukhuwah,puan Niera...^_^.Moga kita dapat eratkan hubungan silaturrahim..

6 ulasan:

  1. Salam ukhuwah...Hana dtg menjengah di sni
    http://marsgreen.blogspot.com/2012/11/segmen-kenal-kenal-bersama-aisyah.html

    BalasPadam
  2. Dari segmen yang sama . datang sambil follow jangan lupa singgah di blog Ieka

    http://dunia-iekafarhana.blogspot.com/2012/11/segmen-kenal-kenal-bersama-aisyah.html

    BalasPadam
  3. singgah sini .
    jemput ke blog mun . :)

    dari segmen yang sama .
    http://www.munviolettaxious.com/2012/11/segmen-kenal-kenal-bersama-aisyah.html

    BalasPadam
  4. salam..pin pin..sy dtg singgah melawat sini..slm kenalan..dri segmen sme..ada mase jom ke blog sy ye http://akmaluv90.blogspot.com/2012/11/segmen-kenal-kenal-bersama-aisyah.html thanx :)

    BalasPadam
  5. semoga sukses selalu ^___^



    jemput hadir ke blog saya


    http://eridanisdnbhd.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Menjadi pengekor setia di sini.. huhu
    Dari segmen yang sama
    http://tintamerah4488.blogspot.com/2012/11/segmen-kenal-kenal-bersama-aisyah.html

    BalasPadam

Nak Hadiah ?