Masjid Sultan Muzaffar Syah,Sungai Petani
Jumaat yang membuatkan aku tak tau nak buat apa.Kalu minggu lepas,aku boleh buat aktiviti dekat rumah tapi malangnya minggu nie aku tak baik rumah dekat kampung.Otak dah pening + bosan + rasa berat semacam...
Lagi dua bulan ja aku nak lalui waktu2 yang amat2 membosankan macam nie...lagi dua bulan ja aku boleh habiskan masa dengan drive keliling Sg Petani yang agak ter'centa' nie..hahaha.Pejam celik,pejam celik,dah masuk 5 tahun aku jejak kaki ke sini.Mula dengan belajar di sekolah teknik dan habiskan sesi pengajianku dekat Ibrahim's skool.Cerita macam2 beserta dengan kenangan yang pelbagai.Dan tak sangka pulak yang aku akan keja sementara dekat sini jugak sebelum aku nak jejak tanah UNISEL bulan 6 nie,insya-Allah.
Pendang dan Sg.Petani...kalau nak bas Trannasional,mau ambik masa sejam setengah.Kalau nak keta,45 minit ja kalau ikut 'highway' dan sejam kalau ikut jalan biasa.
Harap aku akan rindukan semua nie bila aku jejak dekat tempat lain..
p/s : aku rindu seseorang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan