Selasa, 4 Jun 2013

MoU dengan cita Korea


Sejak 2 minggu lepas,gara2 terlalu bosan dengan cita yang tv tayangkan setiap petang Sabtu,tanpa aku sedar,aku telah membuat 'MoU' dengan cita Love Rain.Aku tak faham,macam mana aku boleh selesa dengan menonton cita macam nie.Cita nie ditayang pukul 6.30 petang sampai 8.00 malam tapi aku tak tengok habis pun...hahahaha.Yala,mana nak solat maghrib lagi...salah satu kena dikorbankan la..dan takkan aku nak korbankan solat Maghrib..lain la kalu aku ABC..sampai Subuh pun aku boleh tercangak depan tv..tapi dah keja,agak2 la wei..* apa aku melalut nie

Berbalik pada cita asal,dah nama aku Siti Zakiah,mesti la bukan 'style' aku nak hadap cita Korea dari awal episod sampai habis..lain la cita melayu..'style' aku,aku akan tengok cita Korea bila dah masuk episod 6,7 atau dah dekat nak habis..Macam cita Love Rain nie,aku tengok pun tang episod berapa ntah..tapi aku faham jugak la..


Pasai hero dia,Jang Geuk-suk nie..aku dah biasa tengok dia berlakon dalam cita He's Beautiful.Suara dia sedap,kira penyanyi dan apa yang suka dekat dia sejak aku tengok He's Beautiful,ekspresi muka dia.Comel kot..hahahaha

nie ekspresi 'style' apa ya? ^_^

Dan ada 1 lagi drama yang aku rasa nak tengok,I Miss You.Aku tengok awal2 episod tapi mai tang tengah,aku tak tengok dah...hahahaha.Episod akhir aku tengok.Gila tak aku punya perangai? =_="...


I Miss You,tv9 setiap isnin dan selasa,pukul 9.30-10.30 malam


Tak dinafikan,aku agak tersentuh dengan cita nie.Betul cakap k.long,cita nie sedih dari awal,sampai habis pun sedih..episod semalam mungkin episod last..err,aku pun tak pasti,ada juga setitik air mata tumpah tang adegan watak perempuan meraung gila2 bila tunang dia kena tembak.Hati aku agak terasa terkilan sebab 15 tahun lelaki tu tunggu perempuan tu,sebab dia suka dekat perempuan tu waktu masing2 umur 14 tahun.Lepas perempuan tu hilang dan dijumpai balik,lelaki tu berusaha gila2 nak suburkan balik cinta yang hilang 15 tahun,sempat lamar perempuan kesayangan dia tapi last sekali,dia mati.Sedih kot...mati sat ja..dia hidup bahagia la...drama2...=_="


Aku bukan lah peminat K-pop tegar atau fanatik gila2 sebab aku suka kartun lagi..hehehe.Tapi tak dinafikan,aku hadap jugak cita Korea,tapi yang tertentu ja.Macam cita Princess Hours,aku suka cita nie atas sebab jalan cerita dia agak menarik.Aku tengok cita nie pun sebab time tu aku tingkatan 3 dan aku 'outsiders',tak duduk asrama.Dan,bila tengok cita nie,boleh dijadikan 'modal' nak bersembang dengan budak-budak sekelas yg duduk asrama yang minat dengan cita nie.Aku bukan jenis peramah dulu..hehehe..Waktu tingkatan 4 sampai 5,aku 'hostelite' dan waktu tu aku hadap novel ja...^_^.Sekolah jauh dari rumah,mana boleh main hentam nak jadi 'outsiders'.Sekolah dekat Sungai Petani,rumah tercinta dekat Pendang,tak ke jauh bukan main tu..hehehehe...mau sejam ngam2 masa nak kena ambik..

Tapi aku tak pasti sama ada aku akan tengok cita Love Rain tu sampai habis ke tak..kalau tak habis,sekerat jalan jugak,anggap la,MoU aku dengan cita Korea tak ada makna langsung..=_="





4 ulasan:

  1. wohho JGS.. segak kot...

    style dia aku suka, smpai aku pon trikut2

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg mana? tang mulut tu ka? aku tak sedar aku pernah buat style macam tu..=_="

      Padam
  2. jom join segmen saya, saya blogger baru belajar
    http://farezshahevil.blogspot.com/2013/06/segmen-jom-jadi-bloglist-dan-blog.html

    BalasPadam
  3. Titanium Spork - TITanium Art
    This unique design with unique stainless steel frame titanium teeth k9 allows you to cut out the blade titanium lug nuts gap titanium 3d printer of the blades. Perfect for the delicate $24.99 babyliss pro nano titanium straightener · titanium flashlight ‎In stock

    BalasPadam

Nak Hadiah ?