Khamis, 29 Mac 2012

Sepi tanpa Dia..

Sunyi betul...macam hidup seorang ja dekat dunia ni.Tak ada apa yang boleh dilakukan...diam dan menanti...terus menanti hingga sampai waktu akan pergi.Mungkin satu hari nanti akan pergi jauh.Meninggalkan apa yang telah ada dalam genggaman dan pergi mencari jalan sendiri.Akan mula berdikari dalam tidak sedar yang ada akan menanti di belakang.Menanti untuk kembali bersama semula dan menanti saat bahagia setelah lama berjauhan.Bila sampai waktu itu,segala yang menjadi pegangan akan terlerai dan menuju ke hadapan tanpa sebarang panduan,hanya secebis nasihat penuh kasih memagari dalam benak fikiran yang kudus.Hanya percaya pada Allah,dan sentiasa percaya Dia bersama kita meskipun kita jauh dari yang bertanggungjawab menjaga kita. ******************************************************************************* Perlahan-lahan aku bangun bersama buku tebal dan mula berlalu ke tempat meletakkan basikal.Aku ingin segera pulang.Ingin melepaskan lelah sebelum kembali ke kampus semula petang nanti. “ Safiyya?” Aku berpaling ke belakang apabila sedar namaku diseru.Sebaris senyuman dari bibir merah terpampang di mataku. “ Ini,nota awak pinjamkan pada saya.Terima kasih.” Aku menundukkan sedikit kepalaku,tanda menerima penghargaannya.Tanganku menyambut huluran nota Tamadun Asia Timur milikku. “ Saya pulang dulu.” “ Emm,petang ni awak terlibat dekat dewan tak?” Aku mengangguk tanpa suara.Itu rakan sekuliahku.Namanya Ahmad Fathir. ********************************************************************************** “ Luq,letak bunga ni dekat penjuru pentas.” Ujarku sambil menunjukkan jambangan bunga lavender palsu yang terhias cantik di atas tangga untuk diletakkan di penjuru pentas.Bunga itu adalah pilihan bersama dengan ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab mengendalikan majlis orentasi bagi mahasiswa yang baru mendaftarkan diri semalam.Luqman yang masih berbaju melayu hanya menuruti perintahku. “ Sibuk betul saya tengok awak Safiyya?” Aku berpaling.Sebaris senyuman mula meniti di bibir Ahmad Fathir. “ Allah sayang saya lebih.Saya minta diri dulu ya?” ujarku tanpa memanjangkan perbualan.Bagiku,tidak manis rasanya Ahmad Fathir berbual denganku.Tambahan pula aku harus menjaga diri.Aku tak mahu perbualan antara kami menjadi bual bicara orang lain meskipun kami berada di khalayak ramai. “ Eh,Safiyya,Fathir tegur Safiyya ke?” Pertanyaan tiba-tiba dari Najwa membuatkan jantungku berdegup kencang.Ya Allah,ampunkanlah dosa hambamu. ********************************************************************************** “ Fiyya,Fathir suka dekat Fiyya.” Ujar kak Hanim.Mataku memandang wajah kak Hanim sayu.Tenang sekali wajah bersih itu menyampaikan khabar. “ Macam mana kak tau?” “ Dari Dr. Azzah.Prof Hasyir yang beritahu.” “ Bagus lah,ada orang tengah.” Ujarku lalu menyelak mashaf kesayangan.Pemberian dari ibu yang sering mengitip doa buat puteri tercinta. “ Mungkin akan ada taaruf dengan Ahmad Fathir.Antara Siti Nur Safiyya dan Ahmad Fathir.” Jari jemari halus kak Hanim menyentuh tangan kananku.Aku menuduk.Terdapat sebentuk cincin emas berbatu jernih di jari manisku di situ.Terhias molek. “ Insya-Allah,takkan ada taaruf itu.” Kak Hanim memandangku. “ Kak kenal Ahmad Fathir.Dia sepupu kak.” Gadis ini cuba menyakinkan aku. “ Bukan tentang kebaikan,kak,tapi,Allah dah tetapkan takdir yang terindah buat Fiyya.” “ Takdir? Kerana cincin nie ke?” Aku mengangguk dan mula tersenyum. “ Safiyya seorang isteri.Isteri kepada Muhammad Syahiran.” Pelukkan erat berselang seli dengan kalimah kesyukuran mula kedengaran. ********************************************************************************* Hari yang dinanti sudah tiba.Usai bertarung dengan soalan yang mencabar,aku berangkat pulang ke kampung dengan bas.Perjalanan tidak terasa dek kerinduan yang kian menggunung merajai hatiku. “ Assalamualaikum.” Huluran salam membuatkan wajahku dihiasi dengan senyuman.Tubuh mama dipeluk erat. “ Waalaikummussalam.Mama sihat?” Mama mengangguk. “ Mana abang?” soalku. “ Ada,dalam kereta.Dia tertidur tadi sebab penat.Dia pun baru sampai pagi tadi.” Aku dan mama beriringan menuju ke kereta. “ Mama nak ke tandas sekejap.” Ujar mama setelah beg pakaianku memenuhi bonet kereta.Daun kering yang gugur menyapa kepalaku.Segera aku ambil daun berwarna coklat muda dan dibiarkan di tapak tangan.Apa sahaja yang berlaku pasti bersebab.Daun ini gugur disebabkan musim kemarau sekarang. Begitu juga dengan aku.Aku pulang ke sini disebabkan rinduku yang kian menggunung tinggi. “ Assalamualaikum.” Terasa telingaku disapa nafas hangat.Anak mataku pantas membulat melihat abang yang tiba-tiba berdiri di tepiku. “ Waalaikumussalam.Abang..” Tanganku pantas meraih tangannya lalu dikucup mesra.Pandangan mata kami bersatu. “ Safiyya?” Lamunanku mati.Sentuhan lembut mama dibahu meleraikan daun yang berada di peganganku.Mama tersenyum.Aku berpaling melihat abang yang turut bersama kami,cuma jarak yang agak jauh membuatkan antara kami terdapat hijab.Ketika aku berada di kampus,aku langsung tidak mendapat sebarang panggilan dan sms dari abang.Hanya aku sahaja yang menghubungi. “ Jom,kita balik.Mesti abah tengah tunggu kita.” Ujar mama sambil memaut bahuku.Ya Allah,aku cuma bermimpi.Tanpa menghiraukan daun itu,aku masuk ke dalam kenderaan MPV milik abah.Awal-awal lagi aku mengambil tempat duduku di bahagian belakang dan berada di belakang tempat duduk mama.Aku tidak mahu wajahku menjadi mangsa jelingan maut abang.Seperti yang aku lalui sewaktu kami sekeluarga pergi ke majlis perkahwinan sepupu abah di Perak di mana waktu itu kami belum menjejakkan kaki ke kampus.Mataku memandang cincin yang masih kemas tersarung di jari manisku ini.Cincin ini bukan pilihan abang,sama dengan perkahwinan kami.Jika tidak kerana abah yang memaksa abang melangsungkan juga perkahwinan ini,pasti hubungan kami baik seperti dahulu.Bergurau senda,selalu tersenyum manis meskipun tika itu aku tidak halal kepadanya.Kehadiranku di sisinya tidak diundang. “ Kalau tak kerana Safiyya yang nak nikah cepat-cepat,mesti abah tak cepatkan pernikahan kita.” “ Abang,abah nak yang terbaik untuk anak sulung dia.Dia tak nak kita terus menerus bergelumang dengan dosa.” “ Dosa apanya kalau kita jarang bertemu.” “ Ehem,jauh menantu mama mengelamun.Teringat kampus ke?” Mama berpaling ke arah belakang sambil tersenyum. “ Tak adalah,ma.” Sempat mataku mencuri-curi memandang abang.Dia bersahaja,masih menumpukan perhatian kepada pemanduan.Jantungku berdegup kencang.Perasaan yang sama andai aku ingin bertemunya.Sampai sahaja di rumah,aku pantas menuju ke bilik untuk menyimpan barang-barang.Abang mengekoriku namun dia keluar tanpa bersuara. “ Abang...” panggilku sewaktu kami solat Zuhur berjemaah.Dia berpaling tanpa kata.Hanya pandangan mata yang menjadi pengganti suara. “ Abang sihat?” “ Alhamdullillah.” Melihat dia bersuara,aku mula merapatinya.Perlahan-lahan aku meraih tangannya lalu mengucup lembut. “Safiyya minta maaf sebab tak sempat nak kucup tangan abang waktu Safiyya sampai tadi.” Ingin sahaja aku menangis,namun,abang terus melepaskan pegangan tangan.Seakan tidak merelakan aku menyentuhnya. “ Syah nak keluar dulu.Kalau Safiyya nak apa-apa,minta pada mama.” Tanpa berpaling ke arahku,abang terus berlalu.Air mata yang ditahan agar tidak gugur akhirnya jatuh ke lantai jua tanpa dipinta. Mashaf kesayanganku dikucup lembut.Pintu bilikku terkuak sedikit.Terpampang wajah mama manis menguntumkan senyuman. “Safiyya,mama nak keluar beli barang dengan abah. Safiyya nak ikut?” Aku mengeleng perlahan. “ Tak apa,ma.Abang tak ada.” “ Syah izinkan Safiyya ikut.” Aku terus mengeleng,tetap dengan pendirianku. “Safiyya nak rehat dekat rumah ja.Mama pergi la dengan abah.” Mama mengerti.Pintu bilikku kembali terkatup rapat.Selesai mengemaskan bilik,aku keluar dari rumah.Rumah kayu semi batu sederhana besar sunyi sekali.Tinggallah aku sendirian,seperti yang aku alami sewaktu di kampus.Semenjak aku menjadi penghuni rumah ini,aku lebih suka menghabiskan masa di rumah.Seakan aku menanti cinta abang kembali padaku. “ Cinta kita dah berakhir bila Syah lafazkan akad.” Masih terngiang-ngiang kata-kata pedih yang menyayat hati itu.Kaki yang bersarung alas perlahan-lahan menuruni tangga dan berlalu menuju ke arah gazebo kayu buatan abah.Tanganku pantas mengangkat sedikit jubah yang aku sarungkan agar labuhnya tidak mencecah pasir.Inilah pakaianku sejak aku menjadi Puan Siti Nur Safiyya.Pakaian ini pernah dipinta oleh abang sewaktu kami berkawan dahulu.Berpakaian sopan,bertudung labuh dan sedap mata memandang.Aku tahu,inilah tiket untukku kembali pada Allah bersama abang.Kembali ke pada Allah sebagai wanita Muslimah yang hidup dalam Islam. “Safiyya sayangkan abang.” Kepalaku tunduk memandang cincin perkahwinan kami.Cincin emas bertatahkan batu jernih itu manis sekali dipandang.Menjadi kebiasaanku jika teringatkan abang,mataku pasti singgah pada cincin tersebut.Bunyi deruman motosikal memasuki laman rumah mengejutkan lamunanku.Kelihatan abang memakirkan motosikalnya di sebelah gazebo yang aku duduki. “ Assalamualaikum.” “ Waalaikumussalam.” Aku bangun lalu mengucup tangan abang.Dia melabuhkan punggungnya di sisiku. “ Abang nak air?” Abang mengangguk.Aku pantas bangun menuju ke dapur.Dengan segelas air oren sejuk,aku kembali kepada abang.Dia masih di situ sambil tangannya menekan punat telefon bimbitnya. “ Safiyya tak ikut mama ke?” Aku mengeleng. “Safiyya penat. Safiyya ingat nak duduk rumah.Mana tau,boleh berbual dengan abang ke..” Bibirku menguntum senyuman. “ Syah takut Safiyya bosan,sebab tu Syah benarkan Safiyya keluar dengan mama.” “Safiyya takkan bosan selagi Safiyya ada abang.” “ Mama kan ada.” “Safiyya rindukan abang.” “ Rindukan Syah? “ Abang tersenyum sinis. “ Abang kan suami Safiyya.Mesti la Safiyya rindukan abang.” “ Rindu la sangat.Entah-entah,ada orang lain dekat u tu.Safiyya kan ramai peminat.” Aku menunduk. “Safiyya tahu tempat Safiyya.Cuma abang ja yang ada dalam hati Safiyya.” “ Abang,kenapa abang tak gunakan panggilan ‘abang’ bila kita berdua berbual?” “ Syah tak rasa itu adalah kemestian.” “ Abang....” “ Syah naik dulu.” Abang menghabiskan minuman lalu bangun menuju ke rumah.Pandangan mataku merelakan langkahnya pergi. Lampu bilik di penjuru bilik aku hidupkan.Di situlah aku bermunajat kepada Allah.Mengadu segalanya pada Penciptaku yang Esa.Abang masih lagi tidur nyenyak di katil. “ Bila kita dah nikah nanti,kita bangun tahajud bersama-sama ya?” Kenangan lalu menyapa mindaku.Semua kenangan itu manis belaka,tidak seperti sekarang.Namun,aku bersyukur kerana aku dapat menyiapkan kelengkapannya.Itu sudah memadai.Tidak perlu rasanya andai aku ingin meminta lebih daripada itu. Selepas sejam aku berteleku di tikar sejadah,sayup-sayup kedengaran azan Subuh berkumandang.Beruntung rasanya dapat tinggal di kampung halaman abang.Setiap pagi,pasti aku dapat mendengar azan berkumandang.Tidak seperti di rumahku.Emm,terasa rindu pula pada ibu dan ayah.Jika mereka berada di kampung,pasti aku dan abang akan pulang ke kampung,namun,awal-awal lagi aku diberitahu yang ibu dan ayah mengerjakan umrah di tanah suci Makkah.Perkhabaran itu diberitahu oleh kakak iparku yang juga isteri kepada Alongku. “ Lepas studi nanti,Alang boleh ajak Syah pergi umrah juga.” Ujar Kak Long berselang seli dengan ketawa. “ Iya la tu,Kak Long.Kami berdua bukan ada duit pun.Ibu ayah dengan mama abah yang sara kami lagi.Insya-Allah,lepas dah keja,baru boleh pegi sana.” “ Biasiswa kan ada.Banyak tu...” “ Macam-macam la kak Long nie.Insya-Allah,kalau ada rezeki nanti,ada la tu.Baby macam mana? Sihat?” “ Baby nak adik.” “ Wah! 2 in 1...” balasku dengan perasaan teruja.Gembira kerana Safwan akan memiliki adik. “ Bukan adik dari mama dia,tapi,adik dari umi acu dia la.” “ Kak Long..” Ketawa Kak Long berderai dari corong telefon. Gerakan kaki abang yang bergerak sedikit di atas katil mengejutkan lamunanku.Aku segera merapatinya. “ Abang....” “ Emmm...” “ Bangun...dah azan ni.” Sentuhan lembut dibahunya membuatkan matanya yang sepet itu sedikit sebanyak terbuka.Comel rasanya melihat dia sebegitu.Terasa ingin sahaja bibirku mengucup pipinya. “ Tak nak...nak tidur lagi.” Kemanjaannya kian terserlah.Aku tersenyum sendiri.Perlahan-lahan aku melutut di sisi katil.Telekung yang menutup kepalaku sebentar tadi ditanggalkan sekejap.Hanya skaf kepala sahaja yang masih tersarung. “ Abang,bangun solat.Sekejap ja...lepas tu boleh tidur balik.” Suaraku diperlahan sedikit. “ Emm....” “ Bangun...” Dengan perasaan malas,abang bangun dari pembaringannya dan duduk bersila di atas tilam. “ Haa,dah pukul berapa?” “ Dah dekat pukul enam lebih.Bangun..” Perlahan-lahan dia bergerak dan turun dari katil.Melihat abang yang mula berlalu ke bilik air,aku mengemaskan tempat tidur yang berselerak.Selimut tebal dilipat kemas dan dibiarkan tersusun kemas di hujung katil.Cadar katil dikemaskan supaya tampak menarik.Aku memandang ke segenap ruang bilik.Dengan dinding berwarna ungu lembut dan hijau muda,gabungan kedua-dua warna ini menyerlahkan suasana bilik.Ditambah pula dengan lampu tidur berbentuk hati dilekatkan di kepala katil,menaikkan suasana mengantuk yang cukup ketara.Lucu pula rasanya apabila bilik abang yang sememangnya bilik anak teruna bujang bertukar menjadi bilik kami berdua. “ Safiyya dah solat?” Aku menggeleng.Wajahnya lembab dengan simbahan air wuduk. “ Kita jemaah bersama.” Aku akur lalu menggantikan tempatnya di bilik air.Selesai mengambil wudhuk,aku menyarungkan telekungku kembali.Pasti aku akan merasa rindu untuk berjemaah lagi dengannya andai aku sudah kembali ke kampusku.Hatiku merintih syahdu tika abang membacakan doa.Aku mengaminkan sahaja bait-bait kata lontaran doa tersebut.Air mataku mengalir lagi pagi ini. “ Abang...” panggilku saat abang mahu bangkit dari tempatnya.Tanganku dihulur dan bibirku singgah di tangannya.Namun,pegangan itu tidak lama.Ini bermakna episod sedihku akan menyambung kisahnya lagi.Abang kembali ke katil dengan buku yang aku sendiri tidak pernah lihat.Mungkin buku itu berkaitan dengan bidang fotografi kerana abang mula meminati bidang tersebut.Telekung yang tersarung di tubuh ditanggalkan dan aku menggantikannya dengan tudung arini hitam. “ Fiyya keluar dulu.” Perlahan aku keluar dari bilik.Kakiku segera melangkah menuju ke dapur.Mama sudahpun menjerang air.Terlintas di hati kecilku untuk mengusik mama pagi ini.Tanganku mula mencuit pinggang mama yang membelakangiku. “ Opocot!” Ketawaku meletus melihat mama hampir melompat disergahku. “ Safiyya!” “ Mama terkejut ke?” “ Mesti la terkejut.Kan mama sorang-sorang ja ni.” Aku tersenyum.Fikiran serabutku mulai hilang apabila suara mama meyapa gegendang telingaku. “ Sorry la mama,Fiyya kejutkan mama.Fiyya rindu dekat mama.” “ Ok lah sayang.” Ujar mama lembut. “ Mama masak apa? Nak Safiyya tolong tak?” “ Mama nak masak nasi lemak.Fiyya boleh masakkan sambal kan? Mama tahu menantu mama nie handal buat sambal.” “ Boleh.Mana mama tahu yang Fiyya ‘terror’ masak sambal?” ujarku bernada nakal. “ Syah yang bagitau dulu.” Hatiku berlagu sayu kembali. “ Mama.....” Nada suaraku kembali mendatar. “ .....Fiyya rindukan ibu.” “ Mama kan ada.Mama pun ‘ibu’ Safiyya juga.” “...cuma,mama tak boleh jadi garang macam ibu la.” Mama memandangku.Air mataku seakan ingin jatuh. “ Mama sayang sangat dekat menantu mama ni sebab anak mama sayang sangat dekat Safiyya.” “ Bila Safiyya balik kampus,mesti Safiyya rindukan mama.” “ Rindukan mama ja? Syah?” Aku tersenyum. “ Dah lewat ni.Jom,kita masak?” Aku mengangguk.Tanganku mula menyediakan bahan-bahan untuk memasak.Terkadang terkial juga untuk kembali memasak kerana hampr tiga bulan aku tidak memasak,hanya memegang pen dan menaip pada papan kekunci komputer riba bagi menyiapkan tugasan. “ Rasa kekok pulak bila pegang pisau ni.” Ujarku sambil tersenyum. “ Tak apa,perlahan-lahan.” Balas mama. “ Mama,dulu mama bercinta macam Safiyya juga ke?” Mama tersenyum apabila aku berkata sedemikian. “ Lebih kurang macam tu la.Fiyya,kita kena banyak memberi daripada menerima.” “ Maksud mama?” “ Sebagai isteri,kita kena banyak memberi.Kita kena tanamkan niat yang kita perlu beri apa sahaja yang terbaik pada pasangan kita.Jangan biasakan diri meminta sebab kita akan kecewa bila kita tak dapat apa yang kita idamkan.Bila kita memberi,kita akan dapat puaskan hati kita.Bila kita kecewa,mesti kita akan selalu ingat apa yang kita dah beri pada orang kita sayang.” Panjang sekali nasihat mama pada pagi itu.Mungkin ada benarnya apa yang dilontarkan mama itu. “ Sedapnya sambal ni.Siapa yang buatkan ni?” Pujian abah yang terasa lucu menbuatkan aku tersenyum. “ Menantu abang la yang buatkan.” Ujar mama sambil mata melirik ke arahku.Aku menuang air teh ke dalam cawan abang.Bau haruman dari badan abang sedikit sebanyak membuatkan jantungku berdegup kencang.Itulah perasaanku andai aku mendekati abang. “ Wah! Bertuah abah dapat menantu macam Safiyya.Ma,jadi tak kita pergi hari ni?” soal abah kepada mama.Abang yang tadinya khusyuk menjamah sarapan mula mengangkat kepala. “ Insya-Allah,bang.” “ Mama nak pergi mana hari ni?” “ Mama nak pergi ziarah anak kawan mama.Dia bersalin dekat Hospital Yan.” Mendengar mama menyebut tentang bersalin,fikiranku cepat memikirkan tentang bayi.Senyum mula terukir di bibirku. “ Bersalin? Bayi lelaki ke perempuan?” soalku. “ Perempuan.Anak Firdaus.Safiyya dengan Syah mesti kenal kan?” Abang mengangguk. “ Syah ada kerja tak hari ni? Kalau tak ada kerja,kita boleh pergi sama-sama.” “ Syah ok ja.Fiyya?” Aku mengangguk. “ Fiyya sama dengan abang.Tak ada halangan.” “ Kalau macam tu,kita pergi pukul sepuluh nanti.” Usai makan,aku mengemaskan meja makan.Mama yang ingin membantuku langsung tidak diberi peluang bersuara. “ Mama pergi rehat,Tak pun pergi temankan abah.Kesian dekat abah.Dok sorang-sorang ja.” Ujarku dengan nada bergurau.Mata sempat menjeling ke arah abah yang berehat di ruang tamu.Tanganku pantas menolak tangan mama yang ingin meyusun pinggan kotor. “ Alaa,Syah kan ada.Dia boleh temankan abah.” “ Mama,kita kena banyak memberi dari menerima.” Bulat mata mama apabila melihat aku kembali mengulangi percakapannya pagi tadi. “ Pandai la menantu mama ni.Kalau ada apa-apa,panggil mama tau?” Mama mencuit pipiku mesra lalu mendekati abah.Mereke berdua kelihatan intim,tidak seperti aku dan abang.Pernikahan kami baru mendekati usia setahun namun hubungan kami tidak semesra mama dan abah yang sudah hidup bersama selama 23 tahun.Tanpa membuang masa,aku menyiapkan kerjaku.Pinggan-pinggan kotor dimasukkan ke dalam sinki.Cawan-cawan dilonggokkan di sinki kedua.Pinggan dan cawan tidak boleh dibasuh dalam waktu yang sama kerana mungkin sisa minyak pada pinggan akan melekat pada cawan.Itulah petua yang dikongsikan ibu untuk aku.Sambil tanganku mencuci pinggan,aku teringatkan tentang apa yang diperkatakan mama kepadaku pagi tadi.Banyak memberi dari menerima? Terkadang aku terfikirkan tentang cintaku pada abang.Adakah aku perlu menyerahkan segala cintaku pada dia? “ Mencintai tak seharusnya memiliki,Fiyya.Ada kalanya kita perlu melepaskannya demi melihat insan yang kita cintai bahagia.” Bait-bait kata Ain sedikit membuka mataku.Namun,pernikahanku perlu dipertahankan.Ini amanah Allah buatku.Apapun yang terjadi,aku akan mempertahankannya.Itu janjiku. Selesai membasuh segala pinggan kotor tersebut,aku berpaling untuk menggosak baju.Ingin menjerit rasanya apabila tubuh abang berada di belakangku namun suaraku seakan tersekat di kerongkong.Kepalaku yang beralas dengan tudung tersentuh dadanya sedikit.Badanku seperti terkena renjatan,terus kaku.Mataku yang tunduk mula merenung matanya. “ Abang...” “ Lain kali hati-hati.” Aku terdiam kaku.Kaki mula melangkah ke bilik.Air mataku mula mengalir lesu menuruni lekuk pipi.Ya Allah,kuatkanlah hatiku menggapai redha-Mu. “ Siapa nak memandu?” soal mama kepada abah dan abang.Masing-masing berpandangan.Aku yang baru mengunci pintu rumah turut memandang mereka. “ Syah yang pandu.” Abah tersenyum.Mama masuk ke dalam perut kereta dan aku mengekori perilaku mama. “ Lepas kita pergi hospital,abah nak singgah dekat rumah Achik Annur.” “ Rumah Achik Annur? Dekat Taman Samudera ke?” Mama mengangguk. “ Kalau Syah nak bawa Safiyya pergi Titi Hayun,pergi la.Mesti lama tak pergi sana.” “ Insya-Allah,ma.” Perjalanan ke Hospital Yan tidaklah terlalu panjang.Hanya mengambil masa selama setengah jam.Mungkin abah dan mama mengajak kami keluar bersama kerana hari ini abah bercuti.Bukan senang abah mengambil cuti kerana dia selalu sibuk dengan urusannya di pejabat.Sampai sahaja di hospital,kami terus masuk melawat isteri Firdaus,Syuhada yang bersalin anak mereka yang pertama.Firdaus merupakan pekerja abah yang seusia dengan abang.Aku mengenali mereka ketika mereka datang menziarah sewaktu Raya tahun lepas.Ketika itu Syuhada sedang hamil empat bulan.Mama memintaku mendukung anak Syuhada yang masih berbalut kain putih.Comel sekali wajah kudusnya itu.Bibirku pantas mencium dahi si kecil itu tatkala aku mendukungnya.Jariku mengelus pipi gebu lembut.Tanpa disangka-sangka abang mendekatiku. “ Nak tengok jugak.” Ujar abang.Pada mulanya aku ingin menyerahkan bayi yang masih tidur itu kepadanya namun,dia menolak.Tangannya menyentuh bahuku rapat.Kami berdua seakan berpeluk,hanya bayi yang menjadi penghadang antara kami. “ Kalau nak jugak,Syah dengan Safiyya kena cepat-cepat dapatkan la.” Ujar Firdaus sambil memandang ke arah kami berdua. “ Kami lambat lagi nak dapat kot.Kami berdua belajar lagi.Duduk pun jauh-jauh.” Ujar abang. “ Kalau ada rezeki,ada la tu.Safiyya kena banyak berdoa tau?” Syuhada memandangku. “ Insya-Allah,kak Syud.Bukan Safiyya tak nak anak,tapi,rasanya lebih elok kalau kami dapat anak bila penghujung semester nanti.Boleh tumpukan pada anak.Sekarang tumpu pada abang dengan studi.” Balasku sambil tersenyum. “ Baiknya Safiyya.” Syuhada memujiku.Abang sekadar tersenyum sambil memandangku.Terasa cinta yang hilang kembali padaku.Selesai bersalaman,kami berempat keluar dari perkarangan hospital. “ Ma,kita nak makan dekat mana?” soal abah.Giliran abah pula yang memandu.Abang menyertaiku duduk di belakang dan membiarkan mama duduk di sisi abah. “ Kita makan dekat Pantai Murni ya? Dekat dengan masjid.Syah dengan Safiyya macam mana?” “ Kami ikut ja,ma.” Ujar abang.Aku hanya terdiam.Mataku memandang ke luar tingkap.Menikmati pemandangan sawah yang terbentang di sisi Gunung Jerai.Cantik sekali pemandangan ini.Seandainya hubungan aku dan abang intim,pasti aku akan meminta untuk merakamkan memori di tempat sebegini.Banyak juga gambar yang berlatarkan pemandangan awah tersimpan dalam galeri gambar pada komputer ribaku.Gambar sebegini sangat tenang untuk dilihat. “ Cantik kan sawah ni.” Mama bersuara. “ Kalau Syah dengan Safiyya nak ambik gambar,nanti abah boleh bagitau dekat anak Achik Annur.” “ Sempat ke abah?” soal abang. “ Insya-Allah,sempat.Bila Along datang rumah kita,abah bagitau dekat dia.Dia kan ‘photografer'” Aku hanya mendengar.Aku tetap seperti dahulu,hanya suka mendengar dari berkata-kata andai tiada apa yang perlu diperkatakan. “ Bila Safiyya balik kampus?” soal mama. “ Tiga hari lagi,ma.” Abang memandangku. “ Awalnya.” Aku memandang abang,ingin menentang arus pandangannya. “ Safiyya ada hal dekat kampus.Sebab tu Safiyya kena pulang awal.” “ Tapi,bukan sebulan ke cuti Safiyya? Safiyya baru balik kampung tak sampai lima hari.” “ Safiyya kena pergi.Banyak kerja yang perlu disiapkan.Mungkin akan sibuk sampai hujung tahun ni.” Ujarku. “ Safiyya pegang jawatan penting ke dekat kampus?” Abah menyoal. “ Lebih kurang,abah.Safiyya pegang jawatan ketua penyelaras Persediaan Pentas dan Komunikasi.” “ Mesti sibuk.” Mama pula menyampuk.Aku tersenyum.Sebenarnya,aku ingin pergi jauh dari abang kerana aku sedar ,kehadiran aku tidak disenanginya.Biarlah aku pergi jauh,merawat luka yang makin berdarah. “ Tiket bas dah beli ke?” Abang bertanya.Aku mengangguk.Suasana makan tengahari itu seperti biasa.Makan,solat dan kemudian berlalu ke Taman Samudera.Belum sampai sepuluh minit punggungku hangat di atas sofa rumah Achik Annur dan Achik Fatah,abang megajakku ke air terjun Titi Hayun yang tidak jauh dari rumah sepupu mama itu. “ Syahiran nak bawak Safiyya pergi jalan-jalan ke?” Achik Annur mengusik.Aku tersenyum. “ Lebih kurang la.Achik nak ikut ke?” Abang cuba bergurau. “ Tak nak lah.Nanti Achik kacau daun pulak.” Aku ketawa kecil. “ Kami pergi dulu ya?” Aku dan abang meminta diri.Kereta Proton Inspira milik abah menjadi pengangkutan kami ke sana. “ Kenapa pulang awal ke kampus?” “ Fiyya ada tugasan.” “ Bagus la.Utamakan tugasan.” Aku memandangnya.Entah itu satu pujian ataupun satu sindiran.Namun,itulah perkara yang pastinya dia amat nanti-nantikan. “ Lepas Safiyya pergi,abang tak perlu susahkan diri lagi.Mesti abang akan rasa selesa bila Safiyya dah tak ada.” “...lama jugak Safiyya pergi ke kampus.Mungkin Safiyya akan balik raya nanti ataupun Safiyya takkan balik.” “ Buat apa duduk lama-lama dekat kampus tu?” “ Safiyya akan ke Sarawak nanti.Untuk program baktisiswa.Sebab tu Safiyya kena siapkan tugasan semua tu,supaya tugasan tu tak bertindih dengan jadual belajar Safiyya.” “ Mama ada cakap yang Safiyya kena banyak memberi dari menerima.Abang,Safiyya betul-betul cintakan abang.” “ Safiyya bekerja dengan lelaki tak?” “ Tak,semuanya perempuan.Abang,abang bencikan Safiyya tak?” “ Syah akan balik kampus hujung bulan ni.Sempat lagi nak tolong abah dekat pejabat.” “ Abang,Safiyya sayangkan abang sangat-sangat.” “ Dah,jangan cakap macam tu lagi.” Air mataku mula bertakung tatkala abang melarangku berkata sebegitu. “ Safiyya akan pergi jauh dari abang kalau abang tak selesa dengan Safiyya.Safiyya takkan susahkan abang andai kehadiran Safiyya tak pernah dinantikan.” “ Walaupun hati abang bukan untuk Safiyya lagi,hati Safiyya akan tetap pada abang.” Kereta yang dipandu abang berhenti.Pintu pemandu sebelah abang dibuka dan abang keluar.Rupanya kami telah sampai di air terjun Titi Hayun.Aku turut keluar menyertai dia. “ Syah tak tahu apa tujuan kita bersama sekarang.” Abang bersuara apabila aku mendekatinya.Beberapa orang pengunjung memerhatikan gelagat kami.Mungkin mereka pelik melihat aku yang lengkap berjubah seluar dan bertudung kain polester berwarna senada mengunjungi pusat peranginan berkenaan. “ Abang,kita kan dah kahwin.Safiyya hak abang.Kita kan dah berjanji nak hidup bersama dulu.” “ Tapi,waktu tu kita tengah bercinta.Sekarang dah lain.” “ Kita tetap sama,abang.Panggilan pun tak berubah.Safiyya lebih selesa dengan keadaan begini biarpun kita berjauhan.” “ Syah rasa hidup Syah terkongkong.” Aku memandang wajahnya.Terdapat bebanan yang tidak ditanggung pemuda yang amat aku cintai ini pada wajahnya. “ Abang,kalau abang rasa hidup abang terkongkong,Safiyya takkan tunjuk muka Safiyya pada abang lagi.” “ Mungkin abang tak suka Safiyya ada dekat dengan abang.Tak apa,Safiyya faham.Safiyya akan memahami abang sebab Safiyya sayangkan abang sangat-sangat.Abang pemilik cinta Safiyya selepas Allah dan Rasul.” “ Bila sampai masanya nanti,Safiyya akan kembali pada abang.Mungkin nanti.Moga Allah panjangkan umur Safiyya sebab Safiyya belum puas hidup dengan abang.Safiyya nak berbakti pada abang,bina keluarga dengan abang.Impian Safiyya bila hidup dengan abang,Safiyya nak bina baitul muslim dengan abang.Dengan adanya cinta kita dan anak-anak yang bakal Safiyya lahirkan kelak,insya-Allah kita boleh bahagia macam mama abah dan ibu ayah.” Aku memandang ke depan.Memikirkan masa depan kami yang belum dipastikan lagi.Namun aku masih berharap agar hubungan kami kembali mesra dan rapat seperti kami mula bersama tiga tahun lalu.Aku ingin bersamanya hingga aku kembali kepada Pencipta yang teragung.Aku ingin abang menjadi pendampingku di dunia dan di akhirat.Moga cinta kami hingga ke syurga. ******************************************************************************* Bas ekspres Iman Transport meluncur laju di atas lebuh raya.Perlahan aku menarik earphone I-Pod Apple merah jambu yang menghiburkan aku dengan lagu nasyid dari telingaku.Terasa kebas pula bila peralatan teknologi tersebut ditanggalkan dari terus disangkut pada cuping telingaku.Mataku kembali memandang tingkap yang mempamerkan keindahan bumi ciptaan Allah yang disimbahi dengan cahaya lampu jalan.Sudah sejam aku berada di dalam perut bas ekspress ini.Perjalanan pulang ke kampus di ibu kota mengambil masa lima jam lamanya,namun,aku sudah terbiasa dengan keadaan sebegini. Masih terbayang wajah sedih mama yang begitu berat ingin melepaskan aku naik ke perut bas tadi.Abah kelihatan muram namun abang hanya bersahaja. “ Nanti,Safiyya jaga diri elok-elok tau?” Aku mengangguk.Anak mataku tidak lepas dari terus memandang abang yang sememangnya kacak dalam pakaiannya malam ini.Teringat pula aku pada hadiah perkahwinan kami buatnya yang aku letakkan di atas katil kami. “ Bila sampai sana,bagitau mama tau?” Abang mengangkat beg pakaianku lalu diletakkan beg pakaian berlabel Adidas itu dalam tempat penyimpanan barang pada sisi bas berkenaan. “Insya-Allah,ma.Mama pun jangan gaduh-gaduh dengan abah.” Balasku bernada gurauan.Aku bersalam dengan mama dan mengucup kedua-dua pipinya.Begitu juga dengan abah.Tangannya disalam dan abah membalas dengan usapan lembut pada kepalaku.Dan terakhir,aku mengucup tangan abang. “ Abang,Safiyya minta maaf sebab Safiyya terpaksa pergi awal dari abang.Safiyya balik lewat dari abang tapi Safiyya pergi awal.Insya-Allah,Safiyya akan kembali abang bila Safiyya diperlukan.” Aku menunduk mengucup tangannya.Seperti dia mula-mula menerima akad atas namaku dahulu.Air mataku jatuh pada tangannya. “ Safiyya cintakan abang,hingga akhir waktu Safiyya bernafas di atas bumi Allah.Dan Safiyya ada tinggalkan sesuatu untuk abang.Harap abang dapat terima pemberian Safiyya yang tak seberapa tu.Selamat ulangtahun pernikahan kita yang pertama. Assalamualaikum” Aku berpaling menuju ke arah tangga bas.Dengan lafaz Bismillah,aku memanjat tangga dan mendapatkan tempat dudukku yang berada di sebelah kiri bas.Aku memilih kerusi bersendirian supaya aku tidak mendapat teman berbeza jantina yang mungkin menyukarkan aku menjaga auratku. “ Aku kena kuat.Biarpun cintanya padaku hilang,aku akan tetap cintakan dia.” Perlahan hatiku berbisik.Tanganku memandang cincin yang tersarung manis pada jari.Air mataku kian jatuh tatkala memandang wajah abang yang berdiri tegak di samping mama dan abah.Abah dan mama melambai padaku tatkala bas mula meninggalkan perkarangan perhentian bas ekspress Pendang. Aku membalas lambaian kedua mertuaku itu namun mataku tidak lepas dari memandang wajah anak sulung mereka.Biarlah aku tinggalkan bumi kenangan ini dahulu.Bila sampai masanya nanti aku akan kembali pada cintaku semula.Hidupku kembali sepi tanpa dia.

Rabu, 28 Mac 2012

**Indah tanpa Kata 2**

" Sabda Nabi S.A.W,'Ketahuilah jalan menuju ke syurga itu,laksana mendaki tempat yang tinggi,dan ketahuilah jalan menuju ke neraka itu seperti melalui jalan yang rata'"

Ahad, 25 Mac 2012

RAHSIA PERSONALITI DARI BULAN ISLAM KELAHIRAN


RAHSIA PERSONALITI DARI BULAN ISLAM KELAHIRAN

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

p/s: km dan pemilik hati bulan Muharram dengan Rabiul Awal...hgpa semua?

**Indah tanpa Kata**


Mari kejar cinta Allah....
p/s : mlm2 mcm nie best layan blog baitul muslim..x ada keja..(keja siang2 ja..hehehe)

Sabtu, 24 Mac 2012

Avatar Adaptasi dari Kilafah







"Air, Api, Tanah, dan Udara, dahulu keempat negara hidup dengan damai, namun semuanya berubah saat negara api menyerang. Hanya Avatar yang mampu mengendalikan keempat elemen yang dapat menghentikannya. Namun saat dunia membutuhkannya dia menghilang.

Beratus tahun kemudian aku dan abangku menemukan seorang avatar muda yang baru. Seorang pengendali udara bernama Aang. Walaupun ilmu pengedalian udaranya sangat bagus, namun dia masih memerlukan banyak waktu untuk menguasai semuanya, Tapi aku yakin, Aang dapat menyelamatkan dunia".


Hmmm... Sahabat sekalian, kamu semua tentu sudah tidak asing dengan cerita di atas tadi. Masih ingat tak? Pasti ingat punya, yang pasti itu bukan cerita nenek kebayan. Kalau ada yang meneka, "Itu cerita Avatar the Last Air Bender Legend atau Avatar si Pengendali Udara!" Itu betul sekali, tahniah di atas ketepatan tekaan anda.

Ok kalau begitu, anda sudah kenal kan cerita kartun Avatar? yang meminati kartun pastilah tahu. Tipulah kalau anda semua si peminat anime atau kartun tak tahu. Betul tak?. Jadi, di sini kita bukanlah berbincang tentang bagaimana hebatnya si Avatar tu. Asalkan anda semua sudah menonton cerita tersebut, dan pasti sudah tahu bagaimana kehebatan Aang. Walaupun Aang masih kecil tapi sangat berani dan hebat, menguasai semua ilmu bela diri lagi. Apalagi disebut di awal, dia sebagai "penyelamat dunia".

Di sini saya akan bawakan cerita singkatnya sahaja, dalam episod "The Boy in the Iceberg,"dua remaja dari Suku Air Selatan yang bernama Katara, seorang pengendali air dan abangnya yang bernama Sokka, menemukan Aang dalam sebuah bongkah ais, kemudian mereka membebaskannya. Aang adalah seorang kanak-kanak dan berkebolehan mengendali udara yang merupakan seorang Avatar.
Selama seratus tahun Aang terkurung di dalam bongkahan ais, setelah ia bertemu dengan badai saat dirinya melarikan diri dari Kuil Udara selatan karena dia merasa kebingungan dan tertekan setelah dia diberitahu akan terjadi perang antara bangsa, sehingga seorang Avatar diperlukan.
Dari penjelasan, kedua adik beradik (Sokka dan Katara) itu Aang tahu bahwa selama ia menghilang, ketakutan para pendahulunya akan terjadinya perang telah menjadi kenyataan. Bertahun-tahun selama ia melarikan diri, Negara Api yang menjadi rumah para pengendali api, mengadakan perang menggempur tiga bangsa lainnya, iaitu Kerajaan Bumi, Suku Air, dan Pengembara Udara.
Seluruh kuil udara dihancurkan, termasuk Pengembara Udara, semuanya dimusnahkan supayaAvatar tidak boleh kembali lagi. Hal itu menyebabkan Aang menjadi pengendali udara terakhir di muka bumi. Karena dia seorang Avatar, sudah merupakan kewajibannya untuk mempelajari pengendalian empat unsur, agar boleh mengalahkan Raja Api dan membawa kembali kedamaian dan keharmonian di muka bumi. Jadi untuk memikul tugas tersebut, Aang ditemani oleh Katara dan Sokka, bersama dengan dua haiwan peliharaannya, Momo dan Appa untuk mencari ahli pengendalian unsur-unsur dan belajar untuk menjadi seorang Avatar, dan pada masa yang sama mereka harus menghindari usaha penangkapan oleh pihak Negara Api (Lihat wikipedia, Avatar: The Legend of Aang).

Avatar versus Khilafah.
Wahai sahabat sekalian, tahukah anda sekiranya kita berlepas dari adanya pengaruh unsur-unsur budaya tertentu, dan ritual agama tertentu cerita Avatar ini hampir mirip dengan sejarah dan realiti umat Islam?. Macam ini, sekiranya kita melihat cerita Avatar tersebut dan hayati semula dalam-dalam, kita sebagai seorang pemuda Muslim harus refresh kembali dan pasti akan teringat dengan pemimpin umat (khalifah) yang mestinya ada sebagai pelindung umatnya seperti mana dalam alunan sejarah yang telah membuktikan 1300 tahun lamanya islam pernah memimpin dunia (khilafah).
Cuba saja anda semak paparan Katara pada setiap awal episod di cerita Avatar tersebut.
"Air, Api, Tanah, dan Udara, dahulu keempat negara hidup dengan damai, namun semuanya berubah saat negara api menyerang. Hanya Avatar yang mampu mengendalikan keempat elemen yang dapat menghentikannya."
Kenapa ya dulunya bangsa-bangsa tersebut damai? Tentu saja hal itu terjadi karena memang mereka hidup di bawah kepemimpinan seorang Avatar dan tidak ada satu pun negara yang serakah. Tetapi dengan kesombongan dan kebongkakkannya, negara api menyerang negara-negara lainnya. Akhirnya, kedamaian pun hilang. Yang ada hanyalah pembunuhan, penyiksaan, ketamakan memonopoli kekuasaan, penahanan, dan kerusakkan lainnya.
Di dalam animasi Avatar itu pun disebutkan bahawa semua kerosakkan tersebut hanya dapat dihentikan oleh seseorang yang disebut dengan Avatar. Memang betul sejak dahulu, Avatarsenantiasa ada. Setiap kali Avatar yang satu mangkat, selalu digantikan oleh Avatar berikutnya. Dialah yang mampu menyatukan kembali bangsa Air, Api, Tanah dan Udara.
Tetapi, ketika kedamaian itu tidak ada, seorang Avatar yang diperlukan tersebut ternyata menghilang. Yang akhirnya, derita yang menimpa bangsa Air dan bangsa Tanah terus berlangsung..

Sahabat, cuba singkap kenyataan-kenyataan tersebut, sama tak cerita Avatar itu dengan cerita realiti atau kenyataan kita? Ya benar ini sangat serupa dengan apa yang menimpa dunia Islam hari ini. Kalo boleh kita ubah sikit cerita awal tersebut dengan versi nyata dunia Islam, bunyinya jadi begini,


"Dahulu kala, negeri-negeri bersatu dari Spanyol hingga Melayu hidup dengan kedamaian dan kebahagiaan dalam sistem Khilafah. Namun, semuanya berubah setelah kaum kafir harbi menyerang dari segala sisi, baik mental mahupun fizikal."


Benar kan, dulu kita umat Islam, bersatu dengan aman dan dalam mulai dari Spanyol hingga nusantara ini bersatu padu di bawah satu kepemimpinan yang menyatukan mereka, iaini Khilafah. Seorang Khalifah, pempimpin negara Khilafah, telah menjadi payung dan perisai pelindung umat. Umat ini berwibawa dan disegani saat kita hidup di bawah naungan Khilafah.
Islam pernah menguasai 2 per 3 daripada dunia. Demikian pula, awal mula peradaban mulia itu diawali oleh Islam.
Termasuk di dalamnya dalam penguasaan sains dan teknologi yang meningspirasi dunia Barat. Dunia mengakui hal ini. Cuba kita sama-sama semak pengakuan seorang pengusaha di sebuah perusahan komputer ternama di dunia. Carly Fiorina, CEO Hewlett-Packard (HP), menulis:


"Dulu pernah ada sebuah peradaban yang paling besar di dunia. Peradaban itu mampu menghasilkan sebuah negara super yang membentang dari samudera ke samudera, dari daerah sub-tropik hingga ke daerah tropik dan gurun. Dalam wilayah kekuasaannya, tinggal ratusan juta warganya, yang tediri dari berbagai kepercayaan dan bangsa.


Salah satu dari sekian banyak bahasanya menjadi bahasa universal dan menjadi jambatan penghubung antara warganya yang tinggal di berbagai negeri. Tenteranya tersusun dari orang-orang yang berlainan kebangsaanya. Kekuatan tenteranya mampu memberikan kedamaian dan kesejahteraan yang belum pernah ada sebelumnya. Jangkauan armada perdaganganya membentang dari Amerika Latin sampai ke Cina, serta daerah-daerah yang berada di antara keduanya.


Kemajuan peradaban ini sangat ditentukan oleh berbagai penemuan yang diraih oleh para pakarnya. Para arkiteknya mampu mereka bangunan melawan hukum graviti. Para pakar matematiknya menciptakan aljabar; juga algoritma yang menjadi pengembangan teknologi komputer dan penyusunan bahasa komputer, para doktornya mempelajari tubuh manusia hingga mampu menemukan berbagai ubat untuk menyembuhkan beraneka ragam penyakit.


Para pakar astronomiya mengamati langit, memberikan nama bintang-bintang, serta merintis teori seputar perjalanan dan penelitian ruang angkasa. Ketika bangsa-bangsa lain khuwatir terhadap munculnya berbagai pemikiran, peradaban ini justru memacu kemunculan beraneka ragam idea dan gagasan. Ketika tindakan keras seringkali mengancam keberadaan ilmu pengetahuan, peradaban ini justru melindungi, mempertahankan, serta menyampaikannya kepada umat-umat lain.


Peradaban barat modern mendapatkan banyak manfaat dari kemajuan ini. Peradaban yang saya maksudkan adalah dunia Islam dari tahun 800 M sampai dengan 1600 M, termasuk di dalamnya wilayah Negara Khilafah Utsmaniyah, Baghdad, Damaskus dan Kairo, demikian pula masa-masa para pemimpin yang cemerlang, seperti Khalifah Sulaiman yang perkasa.".
Nah betul tak apa yang dinyatakan bahawa Avatar itu cerita betul, dan inilah sebuah kehidupan sebenar avatar?

Tetapi semuanya kini berubah. Setelah perencanaan yang panjang akhirnya, kuasa barat berhasil merobohkan kekuatan umat Islam. Tepatnya pada tanggal 3 Mac 1924, institusi pemersatu umat itu dibubarkan oleh seorang pengkhianat yang bernama Mustafa Kemal Pasha at-Turk. Sejak itulah, dunia Islam memburam. Kuasa barat menyuntikkan senjata racun yang mematikan kepada tubuh umat Islam, termasuk generasi muda. Senjata ini pula yang telah digunakan oleh barat dalam membunuh Khilafah tersebut.

Senjata yang dimaksudkan adalah idea-idea Barat yang hingga kini terus menerus dipaksakan kepada generasi muda muslim, seperti idea kebebasan, hak asasi manusia, nasionalisma, sekularisma (pemisahan agama dari kehidupan), demokrasi, dan idea-idea busuk lainnya.

Ketika kaum Muslim tidak lagi berada dalam pangkuan Khilafah, satu demi satu negeri kaum Muslim terpecah belah, yang disekat-sekat oleh ikatan nasionalisma. Dengan ini kuasa barat berleluasa menjajah dan menjarah negeri-negeri kaum Muslim bahkan hingga ke hari ini.Saudara-saudara kita di Palestin, Afghanistan, Pakistan, Kashmir, dan negeri-negeri lainnya menjerit meminta pertolongan.
Mereka dibunuhi, tanahnya dirampas, sumber daya alamnya dijarah dan dijajah oleh kaum kafir penjajah tanpa ada pembelaan. Makanya serupa tak dengan cerita Avatar?. Jika di dalam filem Avatar, yang jahatnya adalah si Raja Api, maka hari ini, raja Api itu adalah ibarat Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya yang terus menerus hingga kini menjajah negeri-negeri kaum Muslim.

Lantas Jom Kita Jadikan Avatar Ini Sebuah Yang Episod Nyata, nak tak?
Seperti halnya di filem Avatar, kejahatan akan segera musnah , dan dengan itu kejahatan dan kemunduran yang menimpa umat Islam pun akan segera berakhir, setelah sang islamic avataratau the caliphate alias Khalifah yang akan kembali hadir memimpin dunia dalam system pemerintahannya Al Khilafah Islamiyah. Seperti halnya Aang, dia masih muda dan terus berjuang menimba ilmu untuk menjadi sosok avatar.

Begitu juga, hari ini jutaan para pemuda Muslim di seluruh penjuru dunia bahu-membahu untuk kembali mewujudkan sang pembebas dunia dari penjajahan. Mereka bersatu di bawah panji Rasulullah dan menginginkan Khilafah kembali.

Kalian tak percaya? Kaji nih kata-kata dalam sebuah lirik rap anak muda Amerika sana yang dibawakan oleh SOA. Dia menyatakan, "Its time to take a STAND! Follow ONLY Allah's Commands! Put Khilafah back on the MAP. IT'S TIME TO BRING ISLAM BACK". Anak muda Muslim Britain juga tidak ketinggalan, mereka menyerukan"Bring Back Islam, Bring Back The Khilafah" dalam sebuah lirik hiphop nya.

Bagaimana dengan para pemuda Muslim di negeri ini? Jadi, pasti harus lebih dari itu. Di negeri David Beckham sahaja, para pemuda muslimnya menyerukan Khilafah. Masakan di negeri kita tidak. Malulah saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian! Jom mulai hari ini kita pelajari Islam sebagai agama yang lengkap, fahami, amalkan dan dakwahkan.

Seperti halnya Avatar, masih muda tapi terus belajar sekalipun dia adalah orang yang hebat untuk menghentikan segala kejahatan. Kalau ada yang ingin bertanya bila? Ya jawapannya, saat ini juga, sebelum ajal menjemput, hingga Islam berjaya kembali di bawah naungan KHILAFAH! Insya'allah sedikit waktu lagi.

p/s:entri nie km ambil dari blog Musafir Cinta Illahi...best sangat2 bila baca sebab km suka tengok cita kartun Avatar nie....dah tengok sampai habis dah tau? hehehe...kalau nak dgr lagu Bring Islam Back oleh Soldier of Allah,boleh singgah SINI.Adik Uni yg bagi km dgar lepas km baca novel Tunas,karya Hlovate...

Jumaat, 23 Mac 2012

**Indah tanpa Kata 1**



p/s: selamat menunaikan solat Jumaat buat kaum Adam...

Rabu, 21 Mac 2012

Cerita Dia....


Hai!!!! Sekarang dah start keja..( sebenarnya dah lama keja,dekat dua minggu..hehehe).Dua tiga minggu lepas km ada dgar lagu baru.Indie...bukan nasyid cm selalu..hehehe.

Ntah la,rasa terpikat ja bila dgr lagu tu bila first time dgr dekat radio.Terasa masuk dlm hati ja...

Best jugak...tajuk dia,Cerita Dia..Drama band..




**gambar nie comel,cute....



p/s:teman sejati adalah teman yg sanggup ketawa dan menangis sama2..

Salam Perkenalan


Assalamualaikum..salam perkenalan buat semua pengunjung blog yg x seberapa ni.Km cakap macam tu coz blog nie teramat baru sangat2...x macam adik Uni dan Sue.Depa ni dah profesional sangat2.Blog nie wujud taun lepas tp buat rasa cm x wujud ja coz x tau nak urus..hahahaha..rabun IT sikit..bukan x pandai langsung,tau la jugak sikit2..huhuhu..

Selamat berukhuwah dan jaga aurat kita selalu!!!!!


p/s : hidup kita x selalu indah.jadi,selama kita masih bernafas,kita kena berusaha untuk memperindahkannya..hargai anugerah Allah.

Nak Hadiah ?