Sabtu, 13 Oktober 2012

Cinta...perasaan yang pelik kan?


tanah kenangan imantizz

Err...cinta tu perasaan yang pelik kan? Bila kita inginkannya,perasaan tu langsung tak ada.Sampai kita kena paksa diri untuk cari.Tapi,bila kita langsung tak terfikir,perasaan tu akan segera menganggu kita.Malah,macam ada tali yang ikatannya teramat kuat.Cinta tu...memang anugerah yang kita langsung tak terduga kan?

Tapi,tak ada hukum dekat dunia nie yang kata orang yang kita suka mesti sukakan kita balik.Dan bila hasrat hati kita ditolak,kita patut redha sambil tu fikir positif,'Allah nak bagi aku seseorang yang lebih baik dri si dia'.
Ditolak dan menolak.Dua benda yang berbeza dari perbuatan atau sebutan tapi hasratnya tetap sama,iaitu cinta.Cinta nie banyak makna,banyak pengertian...

Semua tu pengalaman imantizz.Betul kata orang,pengalaman memang mendewasakan kita,mengajar kita jadi lebih matang.Mengajar kita betapa indahnya hidup selepas terluka.Betapa indahnya hidup yang mulanya kita menangis bagai nak luruh jantung,sekarang kita mampu tersenyum ceria menjalani hidup yang mendapat.

Segalanya indah walaupun cinta tu perasaan yang pelik.Apa yang Allah rencanakan memang cantik.Lengkap,teratur..Allah memang pemilik cinta yang abadi..

p/s : terpengaruh dengan cik Edo rasanya,imantizz asyik dengar 'Menjemput Bidadari' setiap masa.Love indie + nasyid..^_^

7 ulasan:

Nak Hadiah ?