Selasa, 7 Mei 2013

Mini Travel @ Yan ( Titi Hayun + Pantai Murni ) - 121228 -

Salam.Apa khabar semua? Lama imantizz tak 'update' blog.Banyak kekangan dan kekurangan idea pun jadi salah satu faktor..hehehe.Seriously,banyak benda yang jadi dalam masa pertengahan bulan April sampai la awal bulan Mei.Cuti sekolah,ulangtahun cik imantizz dan en.truper..hehehe...dah 5 tahun..kak ipar masuk hospital sebab fibriod,PRU-13 dan perkembangan terbaru,adik imantizz bakal masuk F.I.M.Nak tau apa itu F.I.M? Tanya la p.cik Goggle..hehehehe.Insya-Allah,minggu depan nak hantaq dia pi sana..hehehe

Dia masuk kos Bakeri 'time' SPM dekat SM Vokasional Sungai Petani 2 dulu..( sekolah lama imantizz time SPM dulu..^_^)..'so',dia nak teruskan minat dia dalam Bakeri.Dia ada 'apply' politeknik tapi bila tawaran F.I.M sampai awal dari politeknik,dia nak pi sana terus.Malas nak tunggu katanya.Mak ayah izinkan dia pi walaupun F.I.M tu swasta punya.Tak kisah lah sebab dia muda lagi.Nak halang dia dan paksa dia masuk pra-u pun macam tak sesuai ja sebab dia bukan spesis 'baca buku tebal-studi memanjang-budak skema'.

Btw,imantizz sebenarnya nak cerita pasai 'mini-travel'...mini travel la sangat..hahaha.Mini-travel yang imantizz dah buat nie cuma jalan sehari suntuk,dari pagi sampai petang..sampai malam pun ada tau? hahaha..imantizz dah buat mini-travel dua kali dan imantizz buat dengan kawan-kawan.Best sangat2..^_^..Mini travel yang pertama imantizz buat waktu hujung bulan 12 tahun lepas.Kalau tak silap 28 haribulan,3 hari selepas sibuk mengemas rumah sebab 25 haribulan tu kenduri kahwin abang Long imantizz.Penat mengemas lepas tu pakat2 ajak kawan2 pi berkelah + berendam dekat air terjun Titi Hayun..imantizz ajak mak ikut sekali sebab mini travel nie ayah bagi guna keta kesayangan untuk angkut lagi 2 orang kawan sekelas masa tadika -> sekolah rendah -> sekolah menengah dan ambik PMR sekali..tapi mak tak mau ikut.Katanya nak mengemas sikit2 sambil rehat2..

Yang sebenar benar benarnya,imantizz dah janji dengan kawan rapat time sekolah teknik dulu nak mandi dekat Titi Hayun juga.Jadinya kami pi berempat + dua orang anak sedara perempuan Nani ( kawan sekolah teknik )..maknanya nie geng2 perempuan punya mini travel'nya.


kandid! time keluar dari parking keta

Alhamdulillah senang sangat nak parking keta sebab hari tu keta tak banyak..* senyum sambil lompat2..


Asiah dan Ika yang semangat nak mandi..hahaha



si comel Auni dan Aufa

Ingatkan orang tak banyak 'time' tu..sekali kami semua masuk..mak aii,banyak gila..macam tak boleh mandi ja..huhuhu..hancuss harapan nak berendam sepuas2 sebab setiap kali imantizz pi air terjun,imantizz tak pernah mandi.Pi dua kali kot...waktu pertama kali imantizz pi tu,imantizz 'cuti' so,tak boleh mandi.Kali kedua imantizz segan dekat abang ipar.Baru rancang nak berendam sebab pi dengan perempuan,nak berendam pun dengan perempuan...tapi harapan tipis..~ ~ ~ ~


kandid 2!


makanan kami yg agak simple..

puding jagung tu Asiah yang buat..imantizz buat roti gulung sosej + telur dengan kentang goreng,Ika pulak 'sponsor' air..


Elok sampai dekat kampung Nani,imantizz boleh pulak teringat lupa nak bawak ais dan bekas letak ais..takkan nak minum air tanpa ais pulak kan? =_="...dan dengan muka tahu malunya,imantizz pinjam bekas ais dengan minta ais masa sampai rumah Nani..lama kot lepak dekat rumah Nani,bersembang dengan mak ayah dia..hehehe..Asiah pulak minta = pinjam kain batik dekat Nani sebab dia dengan Ika lupa nak bawak kain untuk salin baju..nasib baik ada Nani..hehehe

Mujur orang makin sikit lepas makan.So,masing2 tukar tudung,dan terjun..hahahaha.Best sangat2..gambar time mandi ramai2 tak sempat nak 'snap'.Lupa nak suruh Nani tolong 'snap'kan.Nani 'cuti' time tu,so kami bertiga lah yang jaga Auni dan Aufa mandi.Air sangat kuat dan sejuk..best2..hahaha.Dan aurat masih terjaga time tu..kami mandi bertudung litup..^_^

Lepas mandi,kami terus mandi sekali lagi dekat tandas..imantizz siap bawak sabun jenis gel tu dan mandi dekat tandas awam..Lepas siap mengemas,buang sampah atau apa2 yg patut,kami gerak balik.Tapi tak balik rumah lagi..kami hantar Auni dan Aufa balik dekat rumah Nani dan lepas tu terus pecut tengok laut dekat Pantai Murni..




berjalan-jalan

Pantai Murni nie pantai berlumpur ja..kalau nak pantai berpasir,sila pecut ke Tanjung Dawai ataupun ke Pantai Merdeka..hehehe.Kami lepak2 dekat tepi tembok dan makan laksa.Kerja makan ja...hahaha..Pukul 6 lebih hantaq Nani balik dan kami sendiri balik rumah.Memang penat sebab sampai rumah ja terus terbongkang dekat depan tv..letih sangat..hahaha..mana kena drive,berendam.Disebabkan kesan berendam,keesokkan harinya imantizz 'ABC'.penangan berendam..hahaha..

p/s : Nani dengan Asiah dan Ika tu bukan orang lain..depa dulu 1 poli,1 kos tapi lain 'batch'..Asiah dan Ika masih studi dekat poli tapi Nani dah berhenti poli sebab dia dapat tawaran dekat Kolej Kejururawatan KKM Jerantut..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nak Hadiah ?