Sabtu, 26 April 2014

Baju Kurung dan Aku

Assalamualaikum semua budak2...:) Dengan besar hatinya, dan serta rajinnya,aku, cik imantizz buah hati incik truper akan menghadapi FE untuk sem 2 bermula 3 Mei ini..maka, dengan bangganya aku mengumumkan aku kini dalam studi week dan gap seminggu sebelum peperiksaan  menjelang..:)

baru tadi,sebelum aku solat Asar, kawan serumah aku a.k.a kawan sekelas bangkitkan isu aku berbaju kurung. Okey, aku tak nafikan aku suka berbaju kurung tiap kali keluar dan gunakan pengangkutan awam macam tren KTM.


tren Sungai Gadut..:)


Banyak kali jugak aku pakai baju kurung time naik tren, naik LRT dan naik bas. Bas dekat tempat aku belajaq nie bukan stok bas tempat aku, nun Pendang sana. Sini yang selalu jadi penumpang bas banyak orang luaq..orang Bangla,orang Vietnam..so,nak jumpa mamat Melayu hensem naik bas memang tipis harapan la..hahaha..

RapidKL pun payah nak jumpa mamat hensem..kalau jumpa macam Edo jumpa,iaitu 'seorang mamat hensem yang sedang baca al-Qur'an dalam bas RapidKL' ,memang sejuk hati aku. Bukan takat sejuk hati mak dia, aku yang dah jadi mama Iffah nie pun teringin nak menantu macam tu tau? hahahaha

Okey,berbalik pada isu baju kurung. Aku mula selesa pakai baju kurung nie bila aku kerja pakai baju kurung. Kan aku keja degan m.lang,tolong dia dekat kedai makan sebelum aku masuk u..jadi,sambil aku keja tu, aku nak ubah metaliti orang yang keja dekat kedai makan nie yang selalunya kita nampak pakai t-shirt saiz adik, pakai jeans dan bersanggul tinggi. Tu tak masuk dengan mekap ala-ala pi dinner fakulti....aku rimas dan jadi tak berapa berkenan..

Maknanya,masa aku keja dengan m.lang,pakai rasmi aku adalah baju kurung dan cuba elakkan untuk pakai pakaian yang tak menepati syarak..manis tau pakai baju kurung :) M.lang aku sendiri pun pakai baju kurung dengan jubah time buka kedai..:')

Aku bukan baik tapi aku cuba jadi baik..dan sekarang,oleh sebab aku belajaq kos yang bakal melayakkan aku menjadi pendidik khalifah-khalifah kecil ahli Jannah,aku cuba nak ubah cara aku berpakaian,cara bergaul dan cara aku berbudi bahasa...better aku berbaju kurung dan berjubah..macam ahli2 keluarga perempuan aku amalkan sekarang :)

Aku harap,semua ahli keluarga aku akan berubah jadi yang lebih baik..macam tu jugak aku harapkan pada semua kawan2 aku,isteri2 kenalan aku yang lain..berusaha menjadi wanita penghuni Jannah..:)


aku jatuh cinta dengan baju kurung :)

" sopan itu cantik"

11 ulasan:

  1. yup.. sopan itu cantik.. :) sejuk mata memandang.. x perlu berpakaian hot, kerana neraka itu hot.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betoi3..hehehehe..'sebaik2 perhiasan dunia adalah wanita solehah'

      Padam
  2. hihihi abg hensem dlm rapidkl... jatuh cinta hahaha..... jom2 martabatkan baju kurung

    BalasPadam
  3. sbg manusia kita mmg perlu berubah apatahlagi ke arah kebaikan ... follow sini (151)

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. yap..terus maju ke hadapan bersama imej sopan..^_^

      Padam
  5. imantizz telah ditag.. :)
    http://pening-pala.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-hunyeda.html

    BalasPadam
  6. Salam, hi sy bru nak masuk unisel bulan 6 ni . nak tanye kalau dr unisel nak g ktm mcm mane ye ? kene naik bas ke ? and turun kt stesyen ktm yg mane 1 yee

    BalasPadam
  7. Salam, hi sy bru nak masuk unisel bulan 6 ni . nak tanye kalau dr unisel nak g ktm mcm mane ye ? kene naik bas ke ? and turun kt stesyen ktm yg mane 1 yee

    BalasPadam

Nak Hadiah ?