Isnin, 19 November 2012

Ini Semua Takdir...

Assalamualaikum semua..( entri ini menggunakan ganti nama 'aku' )



jalan depan rumah

Akhirnya,selepas seminggu,aku kembali menjengah dunia maya nie.Dah seminggu aku tak 'on' laptop,b.band a.k.a berukband ( abg aku yg bagi nama..^_^ ).Hobi terbaru aku lepas tak menghadap skrin laptop adalah BASUH BAJU.

Setiap masa aku basuh baju.Pagi,petang,waktu Maghrib,pendek kata,setiap masa lah,minah Jepun warganegara Malaysia a.k.a mesin basuh Khind tu dok berputar ja.Seluar sehelai pun aku basuh.Dan aku rasa,tauke sabun BioZip tu mesti senyum sampai ke telinga ja sebab hujung bulan nie aku akan 'angkat' lagi sebungkus sabun serbuk berplastik biru keluar dari kedai dkat pekan Pendang yang ada 'cashier' yang muka sebijik macam Hafiz Hamidun tu.Serius,muka sebijik gila sampai aku jadi 'bisu tak terkata apa-apa'...hahahaha.tapi,aku tak boleh tengok lama-lama dan aku pun tak hingin nak tengok dia lama sebab dia 'klon' Hafiz Hamidun ja,bukan Hafiz Hamidun.Lagipun,aku kan dah ada 'pengarang surat cinta, jantung pisang hati aku'...hehehehe

Sebenarnya,aku nak cita pasai kamikaze aku.Alhamdulillah,kamikaze aku berjalan dngan lancar tapi pengakhiran tak seindah cita Ombak Rindu.Pengakhirannya macam cita Detective Conan.Dah lama aku tak buat kamikaze nie.Bagi aku,kamikaze yang aku buat,aku menyampaikan hasrat kepada seseorang dengan 'berani'nya.Dan untuk kamikaze yang baru aku buat nie,aku menghulurkan pertanyaan kepada seseorang dan selepas 'seseorang' itu membalas jawapan,aku akan sampaikan keputusan jawapan tu pada 'seseorang' yang lain.Kiranya macam orang tengah la..

Memang gementar buat benda macam nie tapi aku kuatkan semangat.Walaupun aku cuma orang tengah,tapi aku pun nak tahu jugak apa jawapan bg setiap persoalan tu.Jadi,aku tempis segala benda yang ganggu hati aku,dan aku tebalkan hati,kuatkan iman,sabar sebab aku yakin,aku akan dapat jawapannya.

Dan,alhamdulillah,aku dah dapat jawapannya.Macam yang aku kata tadi,jawapannya macam Detective Conan.Negatif.Hati aku terkilan jugak tapi mungkin nie takdir,just terima ja.Allah dah rancang semua nie untuk kita dan pasti ada hikmah.

Hati aku mungkin terkilan sikit sebab dulu,aku buat kamikaze,jawapannya positif.Tapi,sebelum aku dapat jawapan positif,aku dah banyak menangis.Aku berkorban waktu aku buat kamikaze tu.Aku berpindah dari daerah kenangan aku ke daerah yang asing,berkenalan dengan kawan2 yang baru,menjadi penghuni hostel puteri yang penuh cabaran,jauh dari mak ayah...semuanya pahit tapi akhirnya,yang pahit tu bertukar menjadi manis dan tak mungkin aku lupakan sampai bila2..




langit biru yang cantik


nampak tak kabut dekat sebelah kanan tu? yang tu hujan..dkat kawasan kg tercinta aku kot...^_^


sampai bila2 aku takkan lupakan impian aku..nak bina rumah tepi sawah...


itulah aku..tengok bayang2 pun jadi ja lah..

Aku tak pasti yang aku akan buat lagi ka dak kamikaze tu.Biarlah masa yang menentukan...

p/s : kamikaze best...2 3 lepas,aku ada mimpi pasai 'instructor' taekwondo aku masa f.1-f.3...aku rindu taekwondo kot...=_="

2 ulasan:

  1. what type of ayat la..
    brbelit2, tp aku pham haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. elok la aku buat ayat belit2...otak aku pun tengah berbelit...hahahaha

      Padam

Nak Hadiah ?