Assalamualaikum.Salam Ramadhan
Rooftop Rant
Terima kasih banyak-banyak adik Uni sebab kenalkan novel Hlovate nie.Best novel nie.Boleh gelak sorang-sorang,boleh nangis sorang.Nie novel kedua karya Hlovate yang imantizz_truper hadam.Novel nie dah lama keluar..bukan novel terbaru..rasanya ada kawan-kawan yang dah baca novel.imantizz_truper ja yang ketinggalan zaman baca novel nie..huhuhu
Novel nie bukannya novel jiwang karat segala bagai..dan paling best..tak ada unsur yang kena masuk piawaian SIRIM..faham tak?? Kalau tak faham,pandai2 lah hgpa fahamkan diri sediri..hehehe..Novel nie 60 % menjurus ke arah keagamaan.Siap ada tafsir al-Qur'an lagi,hadis.Ada panduan segala bagai walaupun untuk novel Hlovate kali ni nampak macam 'urban' sikit.Antara Trisy ( Khairul Batrisya ) dengan Jade ( Zaid ).Tentang masalah remaja yg kurang kasih sayang mak ayah,di'pulau' hanya disebabkan taraf akademik..( dipulaukan kah?..ntah la...).Paling terasa kesayuan tu,dekat 'part' Trisy menanti Jade yang menghilangkan diri,menuntut ilmu dekat Bandung.
Ada dua tarikan utama yang boleh buat kita takkan berhenti baca novel nie adalah suasana pelajar yang merantau di luar negara.Kita boleh faham dan rasa macam mana hidup dekat tempat orang.Best!..nama2 yg unik pun ada macam Jebat Iskandar,Lekiu Luqman.Jebat tu siap terrer masak lagi.Dan,latar tempat pertemuan antara Jade dengan Trisy nie dekat atas bumbung bangunan.imantizz_truper tak pernah baca lagi novel macam nie.Sangat3 unik!!!!!!
Sapa yg tak pernah baca novel macam nie,baca lah ya???? cari ja dekat Hasani Bookstore ( bagi yg duduk dekat area Kedah,terutama dekat Gurun,Sg. Petani,dan Kulim ) ataupun dekat Popular Bookstore ( seluruh negara pun ada ).Itu saja.
p/s : Esok 30 Julai.Esok pagi2 kena pi pejabat pos.Lesen mati esok.
Dah dkat sebulan dok cari komik Lawak Kampus...sedih...tak jumpa2 lagi
Second eh? Ingatkan second aA+bB. =)
BalasPadamnovel kedua yg saya baca..aA + bB tu memang novel Hlovate yg kedua..hehehe
Padamnovel ni paling dekat dgn hati.. setiap kali baca mmg banjir.. sbb ada persamaan kot
BalasPadam