Isnin, 30 Julai 2012

** Without Words**

Assalamualaikum.Salam Ramadhan ke 10...

Lirik Lagu without Words- Jang Geuk-suk

Aku tak patut melakukannya
Aku sepatutnya buat-buat tak tahu
Umpama sesuatu yang tak kelihatan
Umpama sesuatu yang tak mampu aku lihat
Aku tak seharusnya melihatmu

Aku seharusnya lari
Aku seharusnya buat-buat tak dengar
Umpama sesuatu yang tidak dapat kudengar
Umpama sesuatu yang tidak mungkin mampu kudengar
Aku langsung tidak seharusnya mendengar cintamu

Tanpa sebarang kata, kau buatku mengenal cinta
Tanpa sebarang kata, kau berikan aku cinta
Kau buatkan nafas kita senada
Tapi kau menghilang sebegini

Tanpa sebarang kata, cinta meninggalkan aku
Tanpa sebarang kata, cinta membuang diriku
Apa lagi yang harus kukatakan?
Bibirku terkunci sendiri lantaran terkejut
Tanpa sebarang kata, ianya datang (berakhir)

Mengapa ia begitu menyakitkan?
Mengapa ia masih lagi menyakitkan?
Walaupun tidak mungkin dapat melihatmu lagi
Walaupun dikau tiada lagi di sisi
Semuanya masih kekal seperti dulu

Tanpa sebarang kata, kau buatku mengenal cinta
Tanpa sebarang kata, cinta membuang diriku
Apa lagi yang harus kukatakan?
Bibirku terkunci sendiri lantaran terkejut
Tanpa sebarang kata, air mataku jatuh berguguran


Tanpa sebarang kata, hatiku hancur
Tanpa sebarang kata, aku menunggu (kata) cinta
Tanpa sebarang kata, aku terluka kerana cinta
Aku hilang diri/arah,
dengan bodoh merenung ke langit sambil menangis

Tanpa sebarang kata, perpisahan mencariku
Tanpa sebarang kata, perpisahan mendatangiku
Tanpa sebarang persediaan, mindaku terkejut/tidak bersedia untuk melepaskan dikau pergi
Tanpa sebarang kata, ianya datang (berakhir

Tanpa sebarang kata, ia datang
Tanpa sebarang kata, ia berlalu pergi
Umpama demam yang singgah
Sakitnya kelihatan cuma sekejap/sementara
(Namun) parutnya kekal dan berulang/selamanya

p/s : penat cari lirik dia...bertambah penat nak copy dan paste...huhuhu...dekat luar nampak redup..macam best ja puasa hari nie...hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nak Hadiah ?