Selasa, 29 Januari 2013

Selamat Pengantin Baru! ^_^

Lokasi yang sama tapi masanya yang berbeza..


waktu pertunangan pada tahun 2011


waktu majlis kahwin sebelah perempuan pada penghujung 2012


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


akhirnya...kahwin dah abg sulung imantizz nie..selamat datang kak ipar yang sangat comel..sepadan dengan abg..^_^



time akad nikah..

imantizz tak rakam pun sesi akad nikah abang sebab masa tu imantizz tengah 'rampas' telefon yg adik sepupu pegang.Gambar yang imantizz ambik pun sikit ja..dah tu,ambik pulak guna telefon abang.Dan,sebelum abang nak di'akad nikah'kan tu,imantizz sempat bagi perhatian 'time' tok imam tu soal abang.Macam2 yang ditanya..dan alhamdulillah,abang berjaya jawab.Elok pulak 'time' ijab kabul,imantizz tak bagi perhatian langsung.Dok khusyuk berebut telefon,hahaha.Bila tok imam nak bacakan doa,imantizz dengan muka 'blurr'nya tanya dekat kakak.." Dah nikah ka?".Kakak pun laju ja mengangguk.

Mungkin waktu akad nikah abang biasa-biasa ja bagi imantizz.Serius,tanya soalan yang berkaitan agama.Tak macam majlis akad nikah 'makwe' abang dulu,abang Pija yang ada unsur 'lawak' yang boleh buat orang terhibur..^_^

Tapi,bagus jugak tok imam tu tanya soalan-soalan yg boleh 'refresh' otak kita.Tak ada lah duduk dpan pengantin,tanya pengantin lelaki macam mana kenal dengan bakal isteri lepas tu terus akad nikah..

Apapun,imantizzz harap abang sulung,abang Rozif dengan kak ipar imantizz,kak Yus akan bahagia sampai syurga abadi.Dah bertambah sorang lagi menantu mak ayah.Dan bagi imantizz,itulah kakak ipar sulung dan terakhir.Tak ada kak ipar yang lain dah sebab imantizz ada serba seorang ja.Abang sorang,kakak sorang dan adik lelaki sorang.Abang ipar sorang dan kak ipar sorang..^_^

p/s : tak sabar nak tunggu cuti minggu CNY...semua ahli keluarga berkumpul..si kacak tingggi lampai PLKN tu jejak bumi Pendang..

imantizz panggil abang Pija tu 'makwe' abang sebab sebelum masing2 kahwin,depa kawan baik..rapat sangat2..hehehe

8 ulasan:

  1. tahniah buat abang nya. semoga bahagia till jannah

    BalasPadam
  2. wahh .. tahniah .. bagai pinang dibelah dua noo .. haha .. kak imantizz pulak , bila lagi ? hihi ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak? err...tanya dekat en.truper..hehehehe

      Padam
  3. igtkan imantizz yg kahwin.. heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. ish,tak ada lah..mana boleh langkah longkang..^_^

      Padam

Nak Hadiah ?