Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Ahad, 15 Jun 2014

Selamat Hari Bapa,Ayah..^_^

Selamat Hari Bapa buat semua insan yang bergelar bapa dan juga yang lelaki yang bakal bergelar bapa..in shaa Allah..^_^

Seriously,aku tak pernah ucap Hari Bapa pada ayah aku..tapi,aku rapat dengan ayah..mak cakap aku untung,dapat ayah yang boleh gurau,usik2..semua tu anugerah Allah kan? :')

Kalau aku nak apa-apa dan tak bebankan ayah,on the spot ayah akan tunaikan..:) Untungnya jadi aku, dari kecik aku nie ayah yang uruskan...contohnya, bangun pagi nak ke sekolah rendah..ayah yang kejutkan..ayah aku yang mandikan aku, siap mandi boleh nyanyi lagi :') Aku? Mandi dalam keadaan mamai...hahahaha

Aku orang kampung, so ayah aku keja kampung. Kiranya ayah aku boleh tolong mak siapkan aku time nak gi sekolah. Mak aku pagi-pagi lepas subuh, mesti masuk dapur. Nak siapkan sarapan..kejap lagi anak-anak nak makan sebelum gi sekolah ^_^

Pernah sekali, aku terfikir, 'kenapalah ayah aku tak kerja kerajaan? Boleh pakai kereta..tak payah bersusah kerja kebun..kan panas,' tapi lama-lama aku sedar, ada hikamh semua nie berlaku. Ada hikmah ayah keja kampung ja..ada hikmah aku bukan anak pada seorang yang bergaji bulan-bulan. Kalau ayah keja macam tu,mesti ayah takkan mandikan aku bila aku nak gi sekolah :')

Sebenarnya, aku rindu ayah..tapi aku tak pernah belikan apa-apa pada ayah..selalu beli untuk mak ja :'( Aku tak tau nak beli apa..hahahaha. Aku anak perempuan ayah yang bongsu, yang tak pernah pukul dengan ayah, yang manja dengan ayah walaupun aku tahu ayah sayang kakak aku lebih dari aku :') Tapi aku tak kisah, janji aku ada ayah..*sebak

Pernah sekali,ayah ada cakap,'kalau ayah tak ada nanti,macam mana nie? Suka berkepit,'..Allahu,nak menitik air mata aku..:'( Terus aku diam sambil sandar kepala dekat bahu ayah..Aku langsung tak bersedia nak hadapi semua tu..

 Maaf ya en.truper,saya sayang ayah lagi dari awak :') Saya kenal ayah lagi dari kenal awak :') Ayah segala2nya untuk saya..jadi, sebelum awak sayang saya, baik awak sayang ayah saya dulu..:')

Ayah, terima kasih ya sebab bersusah payah besarkan kakak..apa yang ayah buat,sampai kakak mati pun kakak takkan boleh balas semua tu :') Sampai gunung Jerai jadi emas, dan kakak beli,bagi pada ayah dengan mak, itu tetap tak cukup nak balas apa yang ayah dengan mak jaga kami adik beradik.

Ayah,terima kasih sebab pernah doakan kakak untuk jadi anak yang solehah..kakak janji,kakak akan bina istana di syurga untuk ayah,abang,adik dengan bakal suami dan juga untuk mak..:) Kakak doakan ayah dengan mak sihat selalu dan boleh beribadat dengan sempurna :)


Khamis, 23 Januari 2014

Kenangan Hujung Semester 1

Salam.Hai semua! hehehehe..

Sebenarnya dah lama aku nak 'update' gambar nie tapi biasa lah,bila dah tak pakai bb nie,banyak la kekangannya..huhuhuhu...kenangan sem 1 weh..hehehehe

Apapun,kita tengok gambarnya...hehehehe..

1. BBW dekat The MINES,Serdang


buku berjuta-juta..hehehe

Aku langsung tak terjangka dan terfikir nak pi BBW nie..sekali dapat pi,memang rezeki tercampak dari langit UNISEL gamaknya..hahahaha..jejak kaki ja,aku sangat teruja tengok betapa banyaknya buku.Tapi,buku lelong ja.Kalau ada novel Hlovate bagai,mau jugak aku merembat banyak2...hehehehe


hasil rembatan sendiri + kawan punya separuh


2. Hasil assigment individu sem 1..^_^



Untuk sem 1,banyak assignment berkumpulan.Yang nie la satu-satunya assignment individu a.k.a kajian ilmiah.Mungkin budak baru lagi kot,hehehe.So,aku harus la bangga dengan apa yang aku dah buat..hahahaha.Penat kot mencari bahan,kongsi sumber dengan kawan2 satu tajuk dan yang paling mencabar waktu sentuhan terakhir iaitu,edit balik format.Mau lenguh pinggang...hahahaha...

alhamdulillah,berbaloi la keja aku nie bila dapat A- untuk kursus tu..hehehe

Untuk sem 2,iman memang kena kuat sebab banyak assignment individu..siap dengan jurnal,amali lisan dan aktiviti kanak-kanak..penulisan ilmiah nak kena buat dah..huhuhuhu..

3. Cucu mak..hehehe

Sebelum nie aku ada ja update pasai cucu mak a.k.a  anak abang sulung aku...dah makin besar si kecik tu..T_T...

time aku cuti sem lepas,aku ada jaga si kecik tu time kakak ipar aku kena pi mesyuarat..senang ja nak menjaga si kecik comel Iffah tu..hehehe


1 bulan


2 bulan


3 bulan

Nur Iffah Farwizah ..* hai iffah,ini ma awak! hehehe 

asal aku balik dari u,si kecik nie makin membesar..lama2 aku balik,mesti dah pandai bercakap,pandai merengek dekat aku..T_T..tapi aku tak kisah,anak buah pertama kan? hehehehe...rindu la pulak dekat dia..huhuhu...

mak aku cakap,dulu aku macam dia..kecik..bangga siot..hehehehe..

dah kot update segala bagai nie...nak siapkan keja dulu..penat..huhuhu

ok,babai...hehehehe

p/s : agak2 aku boleh siapkan segala keja sebelum cuti raya cina tak????
       ok,aku boleh kot..hehehehe...

Isnin, 25 November 2013

Study Week ~ ~

Assalamualaikum semua...waa..akhirnya,dapat jugak aku update blog...dah berapa kurun aku tak update,hehehehe...aku bukannya malas nak update blog tapi tak ada kemudahan...huhuhuhu..lain la dngan cik Edo,

And now,alhamdulillah,aku dah ada kemudahan tu...sekarang dah masuk penghujung bulan November..bermakna,aku dah dekat dengan final exam...insya-Allah,7 Disember aku exam koku..cepatnya sem 1 nak berakhir..rasa macam baru semalam ja aku kemas barang,angkut mai UNISEL...huhuhuhu

Minggu depan dah start 'study week' tapi kelas ganti untuk subjek wajib dan subjek kursus ada lagi.Minggu nie minggu test..banyak benda yang nak kena hadam,baca,telan dan perati betoi2...huhuhu..assignment dah siap hantar cuma petang nie,untuk yang terakhir kali,kena buat forum...bercakap di petang Isnin waktu kelas koku dah macam sebati dengan aku dan hampir buat aku padam sikap aku yang sebenar-benarnya dulu seorang pendiam..keja bercakap ja..mungkin sebab aku bakal cikgu kot..kalau nak bercakap sepatah dua,aku kena ambik kursus Sains Perpustakaan la kan? 'Bercakap' dengan buku..hehehe

Apapun,aku nak kenalkan 'buah hati' aku yang terbaru selepas en.truper..baru ja nie...jeng3...

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+


kenalkan,si comel Nur Iffah Farwizah...anak abang..cucu pertama mak ayah dan cicit sulung tok dan wan..perempuan tu...tercapai hajat mak nak cucu perempuan..aku tak jangka langsung nak dapat anak sedara perempuan tapi ok jugak kot...rindu la dekat si kecik nie...huhuhuhu...muka memang fotostat muka ayah dia..kulit macam ibu dia,cerah..lahir 23 September lepas..en.truper dok gelak ja bila aku bagitau yang Iffah lahir 23 haribulan...
dia cakap,'awat tak tunggu lagi 2 hari..kalau tak,sama dngan dia..' aku,..=_="...dia kan lahir 25 September..
dan,bila Iffah lahir,secara automatik aku jadi 'mama'..bangga wei ada anak walaupun hanya anak sedara...hehehe

Banyak benda yang aku nak update dekat blog tapi rasanya aku patut tumpu pada final dulu kot...subjek aku,walaupun tak ada kira mengira,dan aku kena banyak membaca,aku patut tumpu..hehehe

Ok,bye...^_^

p/s : aku call mak + kelas dah habis,masuk mood 'studi week' + mak macam rindu dekat aku + final nak dekat..so,adakah aku perlu balik kg??????

Selasa, 25 Jun 2013

Musim Durian...Lepak Ramai-ramai Dekat Dusun!!!!

                   
 Sapa suka durian? Cepat angkat tangan tinggi-tinggi..hehehe..dan bagi sapa-sapa yang tak suka durian,sila duduk jauh-jauh.Nie zon orang suka durian ja..hehehe..tapi imantizz bukan nak tunjuk gambar durian ke apa.Saja ja nak kongsi gambar-gambar yang imantizz sempat tangkap dekat dusun tokwan hujung minggu lepas..berkongsi itu perlu..(",) v

Ingatkan m.lang nak balik kampung hari Jumaat pagi tapi alih-alih pagi Khamis nak berangkat balik kampung a.k.a balik rumah dah..imantizz tak kisah sangat pun..balik pagi Jumaat ka,balik pagi Khamis ka,sama ja.Jarak perjalanan dari Sg.Petani sampai Pendang memang sejam pun.Sapa-sapa pun tak boleh ubah..hehehe


nak tempek sikit gambar pondok a.k.a dangau yang abang ipar imantizz n the gang buat 2 minggu lepas.Waktu depa semua buat dangau nie,imantizz dah balik SP..huhuhu..bila jejak tanah Pendang,dah siap dangau yang tak berpintu nie.Best la depa semua..lepak sini sambil tunggu buah durian jatuh.Oh ya,dua model yang duduk dekat dangau tu,tok imantizz dengan m.lang.Depa jadi model yang tak bertauliah pulak..hehehe..Gigih kot abang ipar,pak su,abang long,adik imantizz dan kawan2 abang ipar buat dangau nie.Sekurang2nya kami ada tempat lepak dengan tempat nak baring2 bila penat main.Dusun nie sangat best tau? Setahun sekali ja masing2 nak berkumpul sini.Lagipun mak ada cakap,kalau nak bagi buah durian gugur cepat,tuan punya dusun dengan suku-sakat kena kumpul dekat dusun.Ambik semangat nak luruh.Yala,takkan nak goncang pokok durian satu..keja yang sia2..hehehe

Sebenarnya,walaupun dekat dusun dah ada dangau yang sangat cantik dan agak sempurna,bagi imantizz semua tu bukannya jadi tumpuan.Tapi,yang jadi tumpuan dengan 'port' terbaik nak kumpul adalah...

+
+
+
+
+
+






charuk yang tersedia dalam dusun..siap dengan titi kot.


adik2 sepupu la yang best main dekat air tu..kakak2 dengan abang main dngan lepak tepi tu..ja..imantizz suka duduk atas titi tu sambil tunggu durian luruh..^_^

Rasanya yang tu ja imantizz cita..nanti ada sambungannya..

Rabu, 13 Mac 2013

Menghargai Mereka

( entri ini mengandungi kata ganti nama diri 'aku' )


bermula di sini...

Seminggu dua nie,aku mula jadi seseorang yang banyak berfikir.Apa yang aku fikirkan bukan lah benda-benda mengarut macam fikir nak beli gajet terbaru,keluar jalan-jalan,ataupun apa-apa sahaja yang budak perempuan seusia aku fikirkan.Tapi,aku fikirkan sesuatu yag melibatkan hubungan aku dengan keluarga aku.Ya,hubungan aku dengan keluarga besar aku.

Jika difikirkan balik, aku bukanlah seseorang yang pentingkan keluarga.Tak pentingkan keluarga tu bukannya bermakna aku nie anak 'kurang kasih sayang',mak ayah tak hiraukan aku,aku tak dapat ajaran agama ataupun aku bebas keluar dengan orang yang tak sepatutnya mahupun keluar tak kira waktu.Alhamdulillah,selama aku  hidup 20 tahun 9 bulan 1 hari di muka bumi nie sebagai anak perempuan bongsu mak ayah,aku dapat didikan yang sepatutnya.Sekolah habis,'exam' besar macam UPSR,PMR,SPM dan STPM aku dapat tempuh,insya-Allah aku bakal sambung ke u,mak ayah hantar aku ke kem Islamik untuk perbetulkan diri aku dan didik aku jadi Muslimah,dan juga aku dikelilingi dengan suasana keluarga bahagia.Mak ayah izinkan aku keluar dengan kawan-kawan satu sekolah dan aku belajar berdikari.Dan aku nie bukannya budak perempuan yang terkurung dalam rumah setiap masa sebab ayah nak aku belajar segalanya.Tapi,aku wajib jaga maruah keluarga aku walau aku duduk mana pun.Aurat kena jaga,solat jangan tinggal dan bila nak buat sesuatu aku wajib fikir dalam-dalam.

Berbalik pada tak pentingkan keluarga tu,aku mula sedar yang dulunya aku tak kisah langsung dengan keluarga aku.Contohnya,bila aku pergi mana-mana,bila balik aku mesti tak bawa sesuatu untuk orang yang menunggu aku dekat rumah.Teruk sungguh betul bila aku fikirkan balik.Tapi,aku rasa,tindakan yang aku buat tu mungkin sebab sikap aku agak ke'budak-budak'an.Dan,perlahan-lahan aku berubah sikap.Bila pergi mana-mana,aku akan pastikan yang aku akan bawa balik sesuatu untuk orang dekat rumah aku walaupun depa tak minta.Walaupun benda tu kecik dan tak bawa makna apa-apapun,aku tetap bawak balik juga.


kakak dan abg ipar


keluarga


adik dan sepupu-sepupu


kakak dan kak ipar


keluarga besar..kenangan raya 2010


Masa terus berlalu dan aku perlahan-lahan boleh berdikari.Alhamdulillah,mak ayah izinkan aku bergerak dengan kenderaan sendiri untuk ke tempat yang lebih jauh dari apa yang aku sering pergi.Dan,dalam pengalaman itu juga aku belajar sesuatu.Belajar,belajar,belajar dan belajar menghargai keluarga aku dari orang lain.Selama ini aku berdikari,aku lebih faham yang keluarga kita lebih bermakna daripada orang lain.Walaupun aku bukan lah seorang yang ingin bergantung 200% pada keluarga tapi bila aku dekat dengan keluarga aku sekarang,aku nak jadi seorang yang lebih menghargai mereka dari orang lain.Kalau aku jauh,baru lah aku akan menghargai orang yang dekat dengan aku.

Keluarga aku bukanlah keluarga besar aku semata-mata.Tapi,keluarga dalam konteks hidup aku adalah orang yang sentiasa bersama dengan aku susah atau senang,orang yang pernah lihat aku menangis dan pinjamkan bahu dia untuk aku bersandar,mencari ketenangan dan juga orang yang inginkan aku merasai keperitan atau kemanisan hidupnya.Itulah keluarga aku yang sebenar-benarnya.

Dalam tu juga,seseorang yang amat aku sayangi dalam dunia nie pernah pesan pada aku,' boleh buat baik pada orang lain tapi,jangan terlalu berlebihan'.Mulanya aku jadi tak faham,dan hati aku memberontak sendirian tapi bila aku fikir dalam-dalam,baru aku faham.'beliau' yang ungkapkan kata-kata,inginkan aku faham,kalau aku susah,belum tentu 'orang-orang' yang agak aku pentingkan tu akan tolong aku.Dan 'beliau' nak aku dahulukan orang yang sentiasa bersama dengan aku.Maknanya,aku patut dahulukan keluarga aku dari orang lain.Dan akhirnya aku faham.Terima kasih sebab 'beliau' berjaya sedarkan aku.

Apa yang aku harapkan,aku dapat berubah jadi seorang yang matang,seiring dengan usia aku yang pastinya menuntut aku bertindak seimbang dengan keadaan sekeliling.Moga aku lebih menghargai orang yang berada di samping aku tak kira keluarga aku,orang-orang yang rapat dan juga teman yang sentiasa bersama dengan aku.

Isnin, 11 Mac 2013

Walau Sejauh Mana Kita Pergi...



....kalau dia jodoh kita,kita tetap akan kembali pada dia...


kawan imantizz yang pesan macam tu..dan imantizz sentiasa ingat semua tu...tapi,imantizz lagi percaya pada ketentuan Allah..jodoh,pertemuan,rezeki,ajal,maut,Allah tentukan..


gambar nie ada persamaan dengan abg sulung imantizz yang baru kahwin 2 bulan lepas..insya-Allah,dia bakal jadi ayah..bercermin mata + ada janggut....tak sabar nak tunggu kelahiran baby lepas raya nanti..^_^..

p/s : teringatkan kak ipar..huhuhuhu..

Selasa, 26 Februari 2013

Kejutan 4 Feb


Salam..

Hai semua! Sihat? Wahh...sekarang hujan dekat kampung.Maunya kalau ikut hati,nak tido sampai ke tengahari.Tapi,bila fikirkan takut mak berleter dan orang2 sebelah rumah dengar,imantizz ambik keputusan untuk segarkan muka,buat2 la jahit baju..hahahahaha..

Btw,apa yang imantiz nak bagitau nie sebenarnya cita lama.Dah nak masuk bulan 3 kot.Apa pa ja lah.

Untuk cita 4 Feb lepas,pagi2 lagi ja imantizz dapat kejutan.Serius..sangat2 terkejut.Elok bangun pukul 7 pagi...ehem,imantizz 'ABC' time nie..hehehe,imantizz terus dapat mesej dari kawan.Baru lepas gosok gigi,cuci muka dan bercadang nak kemaskan katil,terus mesej dari kawan masuk..

kawan : ada dekat mana? Dekat kg ka?
imantizz : ada dekat kg...awat?

elok imantizz letak hnset lepas balas msej,dia terus 'call'..

kawan : aku nak pi umah hg..boleh?
imantizz : mai la..bila?
kawan : sekarang..
imantizz : ?????
kawan : wei,hg dengaq dak?
imantizz : dengaq..mai la..( muka mamai..)

bila dia cakap dia dah otw,imantizz terus kmas katil dan tukar baju tido.Takkan nak pakai baju tido depan dia kan? mau dia terkejut imantizz dengan baju Hello Kitty tu,haru2..ehem,kawan imantizz tu perempuan..kira buah hati kawan baik en.truper la tapi kami dah memang kawan rapat dari sekolah rendah.Hubungan kami langsung tak renggang walapun imantizz dah pindah sekolah teknik time kami tingkatan 4.Kawan dunia akhirat..hehehe

bila dia sampai,imantizz ajak dia masuk dan bersembang dari pukul 7.30 pagi sampai pukul 9 lebih.1st time dia masuk dalam rumah sebab bila diingatkan balik,'last' dia masuk dalam rumah imantizz pun waktu kami tingkatan 3.Rumah dia selang 2 buah kampung ja.Dekat sangat2..hehehe.Dia terkejut tengok rumah imantizz sebab 5 tahun lepas rumah banyak lagi yang tak siap..

kunjungan dia agak2 memeranjatkan sebab pertama kali imantizz terima kedatangan kawan di pagi2 buta..hahahaha

imantizz tak ada gambar dia nak tunjukkan sebab kami tak pernah ambik gambar sekali even usia persahabatan kami dah masuk 11 tahun..sekarang dia studi dekat UiTM Merbok dan insya-Allah,hujung tahun nie dia akan tamatkan pengajian diplomanya.


" Buat Nur Izzatur Syaliana Baharom,terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku walaupun aku pernah lukakan hati hg,aku merantau ke sekolah lain,aku jarang berhubung dengan hg dan sebagainya..Harap persahabatan kita sampai syurga "

p/s : bila hujan nie,mak ada dekat rumah dengan ayah..bila 'loving couple ever after' tu tak pi kebun,mula la depa rancang macam2..dan terbaru,mak ayah dengan sepupu papat dalam proses pembikinan 'kacau dodol '.
^_^...lepas kenduri abang,sepupu sepapat yang tak berapa nak akrab jadi rapat ja..selalu ziarah rumah ja..moga hubungan nie akan akrab hingga ke syurga..hehehe

Selasa, 29 Januari 2013

Selamat Pengantin Baru! ^_^

Lokasi yang sama tapi masanya yang berbeza..


waktu pertunangan pada tahun 2011


waktu majlis kahwin sebelah perempuan pada penghujung 2012


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


akhirnya...kahwin dah abg sulung imantizz nie..selamat datang kak ipar yang sangat comel..sepadan dengan abg..^_^



time akad nikah..

imantizz tak rakam pun sesi akad nikah abang sebab masa tu imantizz tengah 'rampas' telefon yg adik sepupu pegang.Gambar yang imantizz ambik pun sikit ja..dah tu,ambik pulak guna telefon abang.Dan,sebelum abang nak di'akad nikah'kan tu,imantizz sempat bagi perhatian 'time' tok imam tu soal abang.Macam2 yang ditanya..dan alhamdulillah,abang berjaya jawab.Elok pulak 'time' ijab kabul,imantizz tak bagi perhatian langsung.Dok khusyuk berebut telefon,hahaha.Bila tok imam nak bacakan doa,imantizz dengan muka 'blurr'nya tanya dekat kakak.." Dah nikah ka?".Kakak pun laju ja mengangguk.

Mungkin waktu akad nikah abang biasa-biasa ja bagi imantizz.Serius,tanya soalan yang berkaitan agama.Tak macam majlis akad nikah 'makwe' abang dulu,abang Pija yang ada unsur 'lawak' yang boleh buat orang terhibur..^_^

Tapi,bagus jugak tok imam tu tanya soalan-soalan yg boleh 'refresh' otak kita.Tak ada lah duduk dpan pengantin,tanya pengantin lelaki macam mana kenal dengan bakal isteri lepas tu terus akad nikah..

Apapun,imantizzz harap abang sulung,abang Rozif dengan kak ipar imantizz,kak Yus akan bahagia sampai syurga abadi.Dah bertambah sorang lagi menantu mak ayah.Dan bagi imantizz,itulah kakak ipar sulung dan terakhir.Tak ada kak ipar yang lain dah sebab imantizz ada serba seorang ja.Abang sorang,kakak sorang dan adik lelaki sorang.Abang ipar sorang dan kak ipar sorang..^_^

p/s : tak sabar nak tunggu cuti minggu CNY...semua ahli keluarga berkumpul..si kacak tingggi lampai PLKN tu jejak bumi Pendang..

imantizz panggil abang Pija tu 'makwe' abang sebab sebelum masing2 kahwin,depa kawan baik..rapat sangat2..hehehe

Rabu, 3 Oktober 2012

# Indah Tanpa Kata 9 #
















masing2 sedang mengejar cita2..aku? aku bakal mengejar cita2 macam depa..

p/s : rindu dekat adik dgn abg...

Nak Hadiah ?