Selasa, 25 Jun 2013

Musim Durian...Lepak Ramai-ramai Dekat Dusun!!!!

                   
 Sapa suka durian? Cepat angkat tangan tinggi-tinggi..hehehe..dan bagi sapa-sapa yang tak suka durian,sila duduk jauh-jauh.Nie zon orang suka durian ja..hehehe..tapi imantizz bukan nak tunjuk gambar durian ke apa.Saja ja nak kongsi gambar-gambar yang imantizz sempat tangkap dekat dusun tokwan hujung minggu lepas..berkongsi itu perlu..(",) v

Ingatkan m.lang nak balik kampung hari Jumaat pagi tapi alih-alih pagi Khamis nak berangkat balik kampung a.k.a balik rumah dah..imantizz tak kisah sangat pun..balik pagi Jumaat ka,balik pagi Khamis ka,sama ja.Jarak perjalanan dari Sg.Petani sampai Pendang memang sejam pun.Sapa-sapa pun tak boleh ubah..hehehe


nak tempek sikit gambar pondok a.k.a dangau yang abang ipar imantizz n the gang buat 2 minggu lepas.Waktu depa semua buat dangau nie,imantizz dah balik SP..huhuhu..bila jejak tanah Pendang,dah siap dangau yang tak berpintu nie.Best la depa semua..lepak sini sambil tunggu buah durian jatuh.Oh ya,dua model yang duduk dekat dangau tu,tok imantizz dengan m.lang.Depa jadi model yang tak bertauliah pulak..hehehe..Gigih kot abang ipar,pak su,abang long,adik imantizz dan kawan2 abang ipar buat dangau nie.Sekurang2nya kami ada tempat lepak dengan tempat nak baring2 bila penat main.Dusun nie sangat best tau? Setahun sekali ja masing2 nak berkumpul sini.Lagipun mak ada cakap,kalau nak bagi buah durian gugur cepat,tuan punya dusun dengan suku-sakat kena kumpul dekat dusun.Ambik semangat nak luruh.Yala,takkan nak goncang pokok durian satu..keja yang sia2..hehehe

Sebenarnya,walaupun dekat dusun dah ada dangau yang sangat cantik dan agak sempurna,bagi imantizz semua tu bukannya jadi tumpuan.Tapi,yang jadi tumpuan dengan 'port' terbaik nak kumpul adalah...

+
+
+
+
+
+






charuk yang tersedia dalam dusun..siap dengan titi kot.


adik2 sepupu la yang best main dekat air tu..kakak2 dengan abang main dngan lepak tepi tu..ja..imantizz suka duduk atas titi tu sambil tunggu durian luruh..^_^

Rasanya yang tu ja imantizz cita..nanti ada sambungannya..

8 ulasan:

  1. ok aku jeles wlaupon aku bru je lpas makan durian 2bjik

    BalasPadam
    Balasan
    1. makan dekat umah tak berapa 'feel'..makan dkat dusun baru best..hahaha..

      jom,pi rumah aku..^_^

      Padam
  2. Wah, durian dah menjadi. Kebun mak saya baru berputik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya ka? sekarang durian banyak dah luruh..^_^

      Padam
    2. mungkin sebelah selatan masih belum musim durian kot...

      Padam
  3. suka durian ! buat serawa makan dengan roti. nyum!

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya suka makan durian dengan pulut..^_^

      Padam
  4. dulu saya paling tak suka durian sebab bau dia. perghh!! tapi bila masa tah saya jadi suka pulak dengan durian.. then bila dah lama tak makan, bila makan je durian perut mula pusing2.. macam tak biasa makan durian. baru makan 2 ulas perut dah meragam. sedih je rasa.. huhu

    BalasPadam

Nak Hadiah ?