Memaparkan catatan dengan label Luh Mahfuz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luh Mahfuz. Papar semua catatan

Isnin, 5 November 2012

Kamikaze


~ memori lama ~

Apa la nak jadi dengan imantizz ya? dah la biar blog terbiar macam anak kucing kena tinggal dengan mak,selekeh ya amat...=_=..lepas tu terus update blog dgn 'kamikaze'...

Apapun,sekarang imantizz dalam mood 'kamikaze'.Hgpa tau dak apa tu 'kamikaze'? Kamikaze tu maknanya 'berani mati' tapi imantizz ambik yg 'berani' tu ja.'mati' tu kerja Allah...^_^...

Dah lama imantizz tak buat benda yang 'sedarah sedaging' dengan kamikaze nie.Moga2 semuanya selamat dan aman bahagia.Amin!!!

p/s : Jodoh,rezeki,ajal maut,pertemuan..semua Allah tentukan tapi,kita sebagai hamba wajib berusaha..^_^

Jumaat, 4 Mei 2012

Ciri-ciri Gadis Muslimah....kita boleh lakukan perubahan demi Islam..




1.Solat tepat waktu

2.Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.

3.Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah,alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.

4.Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.

5.Bercakap dengan rendah suara.

6.Lembut dan halus tingkahlakunya.

7.Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.

8.Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.

9.Rambut, leher, dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.

10.Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.

11.Pandai mengambil hati orang tua.

12.Menghormati dan taat ibubapa.

13.Kesayangan keluarga dan tetangga.

14.Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.

15.Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.

16.Rambut tak diwarnakan.

17.Banyak dan murah dengan senyuman.

18.Banyak mendengar dari bercakap.

19.Senyuman adalah ketawanya.

20.Tidak ketawa terbahak-bahak.

21.Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.

22.Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan              fitnah.

23.Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.

24.Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.

25.Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.

26.Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.

27.Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.

28.Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.

29.Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.

30.Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.

31.Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.

32.Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.

Banyak jugak kan ciri-ciri muslimah yang kita semua tak tahu? Emm..memang kena banyak berubah nie.Semua nie boleh diikut oleh semua rakan-rakan muslimah dekat luar sana.Berubah untuk kebaikan tak salah kan tapi kena istiqamah dan tekadkan hati nak berubah.Jangan berpaling ke belakang dah kalau kita sedang mara ke hadapan.Bak kata mak km,jam tak pernah berpusing ke belakang tapi jarum jam akan terus berpusing ke hadapan.

Berubah bukan senang.Macam km dulu...nak jaga solat pun agak susah tau? Bila masuk asrama baru boleh disiplinkan diri.Masa km f.3 dulu,kalau tak silap,ustazah pernah tanya dekat kawan sekelas, solat mana yang paling liat sekali nak buat awal2.Pastu kawan km tu bagitau yang dia paling liat nak solat Maghrib sebab dok 'ralit' ( bahasa orang Kedah,maksud dia 'leka' ) main bola sepak..( dia tu lelaki).Km pun liat jugak nak solat dulu.Ya la,duduk rumah,bukan duduk asrama.Masa dok kem motivasi dekat Pokok Sena dulu,memang solat yang akan didahulukan sebelum aktiviti dijalankan.( rindu betul dekat kem motivasi macam tu..).Kem tu dah buat km berubah  untuk dekati agama..moga2 semua nie akan berterusan sampai km mati,AMIN..


Dulu km pernah terbaca satu petikan nie.Petikan nie macam bagi semangat ja dekat km.

" Kita tak perlu mati demi Islam tapi kita perlu hidup untuk Islam"

Terasa semangat membara-bara ja sebab bila difikirkan balik,bukan senang nak hidup sebagai seorang Islam di akhir zaman nie.Macam2 yang kadang-kadang kita langsung tak terjangka dek akal boleh berlaku sekarang nie.Jadi,kita kena kuatkan hati,cekalkan iman,sayang mak ayah bila nak buat sesuatu dan ingat Allah selalu.Km bukannya orang yang baik atau alim ulama sebab km rasa,kalau la km dijemput Allah sekarang,amalan km sekarang 0.00%..km hamba Allah yang sentiasa kosong dengan amalan dan wajib mencari bekalan untuk akhirat.Jadi,kita sama2 mencari cinta Allah ya?

Moga Allah berkati kita sebab kita adalah kejadian Allah yang paling indah.Bersyukurlah dilahirkan sebagai muslimah yang hidup dalam persekitaran Islam sebab tak semua muslimah di dunia nie nikmati hidup macam kita....

Islam,cara hidupku...Islam,agamaku hingga nafas terakhir....

p/s : rindu pulak dekat adik Uni..malam nie dia keja....kesian dekat dia...2 3 hari nie km asyik rindu dekat orang ja...rasanya orang tak pernah rindu dekat km...hahaha...

Isnin, 23 April 2012

My Ummi...


Assalamualaikum.***malam nie nak jadi formal jap....hehehe.Sebenarnya imantizz_truper tak tau nak cakap apa.Jadi,imantizz_truper pun letak lah gambar dekat atas tu...

Dok mengemas beg cik lappy tadi,imantizz_truper pun terjumpalah sesuatu.Jumpa yang spesis macam nie....


" My Lovely Cincin"

imantizz_truper tak boleh nak tunjukkan gambar cincin tu sebab  imantizz_truper  tak ada kamera ataupun gajet yang membolehkan  imantizz_truper  berkongsi gambar tu dengan semua.Cincin tu cantik tapi cincin tu bukanlah cincin emas yang tulen.baru beli ja cincin tu dan itulah cincin pertama yang  imantizz_truper  beli guna duit sendiri.Cincin yang ringkas dan tak lah begitu mewah.Sebenarnya cincin tu imantizz_truper beli dengan sepupu tersayang Mulanya kami berdua cadang nak beli cincin yang sama bentuk tapi cincin untuk saiz jari imantizz_truper tak ada.Mungkin bukan rezeki kami berdua nak beli barang yang sama.Banyak jugak barang kami berdua sama.Mungkin kami banyak ber'dating' berdua kot.

Akhirnya imantizz_truper pun pilih cincin yang telah mencuit hati kecilku.Tak dinafikan imantizz_truper suka sesuatu yang biasa-biasa dan tak menyemakkan pandangan.Cincin tu ada ukiran emas putih yang bentuk macam empat butir batu hiasan cincin.Nice..bak kata adik Amir..

Bila sampai dekat rumah ja,km terus tunjuk dekat mak.memang teruja sangat-sangat...** sori,dah hilang 'keformalan...

Km : Mak,cincin nie cantik tak? ( mak ambik cincin dan memerhati dari jarak dekat)
 Mak : Emm,boleh tahan.Beli mana nie?
 Km : Beli dengan kak cik tadi.Cadang nak beli sama tapi cincin cik tak ada saiz.
Mak : Ooo....cantik jugak.
 Km : Nanti,cik nak pi tempah cincin macam nie dekat kedai emas boleh dak?
 Mak : Boleh.
 Km : Cik nak buat cincin macam nie sebijik lah.Cincin nie 'simple' ja mak.
  Mak : Bila nak tempah cincin macam nie,bagi cincin nie dekat tukang emas tu.Tapi,dekat sana 
             lagi banyak pilihan tau? Yang lebih cantik dari nie pun ada.
  Km : Tak apalah,cik nak tempah cincin maca nie ja.Muktamad.
   Mak : Ya la tu,harap-harap tak ubah fikiran.Mana tau,kot2 nampak yang lagi cantik,dah tak                            
               pandang cincin nie.
   Km : Insya-Allah,moga2 cik tak ubah fikiran.Cik nak yang nie ja.Mak tau kan anak pempuan
             bongsu mak nie macam mana.Kalau nak yang.yang tu lah.. ( mak senyum ja)

Itulah sebahagiaan perbualan km dengan mak tengahari Jumaat yang lepas.Bila fkirkan tentang pilihan,ikhlas mak ayah km tak pernah mengongkong.Teringat pulak kata-kata mak waktu mak nak meminang tunang abang sulung km dulu.
   " Mak tak kisah sapa pun jadi menantu mak,asalkan
    semua berkenan dekat hati.Mak tak mau buat pilihan 
    hangpa semua sebab bukan mak yang nak kahwin tapi 
    hangpa"

Tak dinafikan,bila mak buka mulut dan mula berceramah,mak tak pernah tujukan 'ceramah' tu dekat sorang-sorang anak.Semua akan kena tempias.Termasuklah km sendiri.Ceramah ok lagi,jangan marah2 sudah lah.               
Bila teringatkan balik apa yang km bersembang dengan mak pasal cincin tu,km teringat,mak pernah pesan dekat km bila mak tau km nie berkawan dengan pemilik hati.

 Km : Mak marah dak cik kawan dengan 'dia'? ( 'dia' tu pemilik hati)
  Mak : Tak marah,tapi pandai-pandai la jaga diri.Ingat mak ayah kalau nak buat apapun.
   Km : Insya-Allah...
 Mak : Kalau nak kawan tu,kawan biasa-biasa dah la...

Haa....bagaikan tsunami melanda hati ja bila mak cakap macam tu." biasa2" yang mak maksudkan tu mak nak km berkawan saja,tak ada lebih2.Tapi,waktu mak cakap tu km dengan pemilik hati dah mula rapat,km pun dah rapat dengan pemilik hati punya mak.Ya Allah,tenangkan lah hatiku.Mak km cakap macam tu waktu tahun 2010.dah lama tu.

Lepas dua tahun,km dengan ringan mulut bertanya lagi dekat mak.Takut gak,tapi,kena kuatkan hati sebab banyak lagi cabaran yang bakal km tempoh.Baru nak masuk 20 tahun kot...

 Km : Mak,cik nak tanya sikit boleh dak?
  Mak : Tanya apa? ( ketaq2...)
 Km : Awat mak suruh cik kawan biasa2 ja dgn dia tu?
  Mak : Nanti dekat u,banyak lagi orang.Boleh pilih yang mana2,yang hebat.
  Km : Ooo...macam tu ka? ( mak angguk)
            Salah ka cik kawan dengan orang dekat?
 Mak :........mak tak cakap salah pun tapi hg tu tak masuk u lagi..banyak lagi org yang hg tak jumpa
          Dok nampak yang depan mata ja
 Km : Cik bukan nampak dia selalu....( nada bergurau,tapi,terus tak jadi sebab mak macam marah..)
          Cik bukan apa,cik dah lama kawan dengan dia.Lepas cik masuk sekolah teknik,cik kawan
            dengan dia..(mak diam).
            Ikutkan hati,cik nak cari kawan dekat sekolah teknik tu tapi tak ada berkenan di hati.
 Mak : Tapi,hg tak masuk u lagi...mana la tau kot2 dapat laki yg jauh sikit..
 Km : Cik tak mau kahwin dengan org jauh.Nanti tak boleh balik raya dengan mak..
             Kalau boleh,cik nak kahwin dengan org dekat.Boleh balik rumah selalu,tak payah gaduh
              gaduh...
 Mak : Ya la tu..ntah2 bila dah kahwin,lupa dekat mak.
 Km : Insya-Allah,tak lupa.Mak nak duduk dengan cik pun boleh.
 Mak : Mak tak mau duduk dengan anak-anak.Mak nak duduk dekat pondok,nak mengaji bab
                    bab agama.Bekalan untuk mati.
Km : Kalau macam tu,mak duduk pondok dengan ayah.Cik bagi mak hnset pastu tiap-tiap bulan
\ cik 'bank-in' duit dekat mak.Kalau boring duduk pondok,telefon cik,mak boleh mai rumah,main
 dgn anak-anak cik..( mak senyum..manis sangat2) Kalau boleh,cik nak kawan dengan 'dia' sampai bila2 sebab mak 'dia' baik dengan cik.Lagipun 'dia' dengan cik duduk satu daerah.Tak payah gaduh2 bila balik kampung...( mak buat bodo ja)

Memang dah jadi perangai km,km akan suka pada sorang tu dan takkan suka orang lain dah.Hrap km tetap akan tempah cincin yang km nak tu dan takkan pilih cincin yang lain.Moga2 Allah tetapkan hati km.Macam tu juga dengan pemilik hati km.Harap sangat2 dia lah jodoh yang dah tertulis dekat Luh mahfuz untuk km sebab km yakin,dia boleh bahagiakan km...

My ummi...mak memang perempuan yang baik,garang bila dengan anak-anak,tapi tak pernah pukul km berempat.Syg mak sangat2...terima kasih mak sebab mak tak pernah halang cik buat pilihan sendiri.Cik harap,anak cik nanti dapat warisi hidung mancung mak sebab cik,abang,kak dgn adik hidung sama2 penyet...huhuhuhu...



Bila tengok gambar nie.terus ingat dekat pemilik hati...dia suka warna purple dan mula hari nie dia dah final.Abg,good luck untuk exam..studi elok2..moga Allah berkati abg...

p/s : hari rabu nie km ada 'date' dgn Nisah,tengah fikir nak buat apa dekat Alor Setaq...untuk adik Uni,
       jumpa doktor dekat hospital elok2...

Nak Hadiah ?