Memaparkan catatan dengan label adik Uni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adik Uni. Papar semua catatan

Jumaat, 19 September 2014

The Versatile Blog Award : Seven Random Fact about Me

Assalamualaikum dan selamat pagi semua :)


Rules;
-Thanks the person who gave you this award.
- Include a link to their blog.
-Select 15 blogs/bloggers you've recently discovered/followed regularly.
- Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award.
- Tell the person who nominated you with seven things about yourself.


Hohoho...setelah berapa lama aku tak mengodek2 blog, akhirnya aku bakal mengemaskan sawang blog. Semalam cik Edo mesej aku..siap bagi link blog. Aku dah agak, mesti dia suruh baca blog. Dan keluaq apa yang dia tulis, iaitu perkara yang berkaitan dengan diri dia. Trimas la syg sebab tag guwa..hahaha. So, aku..* letupkan jemari*..jawab soklan tu...dah lama aku tak buat qeja nie..hahaha


1. Aku suka warna pink-purple

Haa..percaya tak? Hahaha..aku memang suka warna pink-purple. Sebab tu la blog aku warna pink purple, Tapi aku tak pernah miliki barang warna yang aku suka tu. Banyak barang aku yang lain warna ikut suka hati. Henset warna hitam, casing hitam. Baju kurung pink purple pun sikit ja sebab aku suka hitam. Hitam nampak kemas dan boleh sembunyikan apa yang jadi aib kita..hehehe. Sekarang aku suka hitam campuran dengan warna lain. Latest aku suka warna hitam gabung dengan kuning. Transformers!!! hahahaha


Dark Samsung ;p



2. Sukakan Jepun

Aku memang gilakan Jepun...hahaha. Pencinta bunga sakura yang kembang setahun sekali di bulan April. Bunga tu sangat cantik......dan lembut. Macam aku..hahahaha. That's truth ok..aku memang lembut pun. Aku suka Jepun, suka kimono, suka design rumah Jepun dan suka musim bunga Jepun. Harap nanti aku dapat jejak kaki ke negara yang waktu dia sejam awal dari kita tu..amin!! ^_^


lovely sakura



kimono


3. Suka berjalan

Rasanya sebab aku ada tahi lalat di kaki, so, memang aku qajin berjalan. Sebelum studi, aku selalu mengajak si Edo keluaq. Tak kisah lah keluaq pusing2 pekan area tempat kami tinggal. Sekarang pun masih buat. Cuma berbeza transport. Dulu dengan keta. Sekarang kami buat travel keliling KeYel dengan bas dan LRT..hehehehe :)


gambar kandid :p


4. Book Lovers ^_^

Aku pencinta buku. Hang bagi la aku pilihan sama ada nak ajak makan ais kacang, naik itik keliling Taman Tasik Tepeng dengan jalan2 di Popular Bookstore @ Hasani Bookstore @ MPH. Tobat lahom aku pilih segala mak nenek yang berkaitan dengan buku. Tapi package sekali bodyguard la. Buat simpan nak angkut buku..hahaha.


terpengaruh dgn Edo..x pasai2 ada koleksi Hlovate.. =_="


5. Minat anime

Agak pelik dalam kalangan kawan2 aku bila disoal pasai hobi aku.Yes, aku suka tengok anime. Sampaikan lagu dlm hnset time org call pun aku letak OST cita anime. Dari dulu, tak ubah2. Abang aku cakap aku otak kartun tapi aku rasa aku still budak pmpuan kampung yang biasa. Membesar dengan anime dh macam sebati dengan aku. At least, aku ada jugak kenangan waktu kanak-kanak yang aku warisi sampai sekarang. Aku bangga dengan diri aku,der..hahahaha


my sweetheart SAO ;')


6. Seorang yang lembut

Orang cakap, anak no 3 nie kasar, rempang, dan sewaktu dengannya tapi aku terbalik pulak. Seriously, aku seorang yang lembut. Lembut hati, lembut jantung, lembut buah pinggang..eh! Hahahaha. Lembut2 aku pun sekali menggila, haru..hahahaha. Tapi aku dok pegang prinsip, 'lambat baran, cepat sejuk'. Kiter kan lembut..hohoho


7. Seorang yang weird @ mungkin unik??

Hobi baru bila masuk u. Kawan2 aku pelik aku selalu buat keja sendiri. Maybe tak baik tapi itu lah cara yang boleh sejukkan hati bila marah dan bermuhasabah diri :) Time orang tido, aku boleh bangun siapkan assgnmnt ataupun khatam cita anime. Begitulah sebaliknya.  Oh ya, walaupun aku minat Jepun, aku tak pilih bahasa Jepun sebagai pilihan bahasa ketiga di u. Aku pilih bahasa Arab :p

8. Seorang anti-kafein

Aku tak berani ambik kafein sebab benda tu akan mudaratkan aku. Tapi kalau aku nak buat keja gila, aku ambik la kafein cam nescafe.Kopi..ai..sampai kesudah aku tak sentuh. Orang cakap la kopi susu sedap tapi aku tak pernah sentuh. Pernah sekali aku try ambik kopi waktu join YouthAce lepas..konon2nya sachet Nescafe yang pihak hotel sediakan menggoda aku. Sekali, pakat mentido, prepare utk event esok, mata aku segaq sampai ke pagi. Ngok betoi..T_T Tapi aku tak serik dan aku buat lagi sekali masa sem lepas. Minum sikit, berjaga sampai subuh. Elok pakat makan, aku sedap qada tido dr pukul 11 pg smpai 4 ptg. Selang seli dengan bangun solat la...hehehehe

nak tag si comel2 nie...





Jumaat, 18 April 2014

Pengakhiran Sem Panjang

Salam Jumaat semua.Harap semua sihat..hehehe..dan masih sempat lagi semua nak baca al-Kahfi...:)


al-kahfi ya kawan2 ?  ^_^


start hari nie, aku bertapa dekat rumah abang dekat Perak..stay dalam 2 3 hari ja. Penat aku asyik menghadap Selangor negeri ter'centa'..hahahaha..bukan bermakna aku jemu, tapi sekali sekala bertukaq angin tak salah kan? :) Bermula hari nie, keja aku sekarang adalah menghadap buku..mood 'study week' dah bermula kot...

Fuh..aku nak habiskan 2 sem kot..cepatnya masa berlalu..:')


jadual FE untuk sem nie..*abaikan tulisan cikgu' to-be' yg macam cakar ayam


Sengaja aku lekat dekat dinding, dengan sticky note..supaya senang hilangkan rasa malas aku nak study..=_="...

Sebenarnya, aku bukan stok nak studi 24/7 dengan buku..kadang2 mata aku macam scanner..tengok ja boleh serap,kadang2 satu pun tak boleh pakai...hahahaha

Yang paling banyak aku buat kalau nak skor dalam exam, aku fokus time kuliah..hehehehe...sekali dengaq ja,hahahaha..


result sem 1..alhamdulillah..:)

ok,perancangan kantoikan muka sendiri..hahahaha..rezeki aku untuk sem lepas...alhamdulillah, geng aku ada 5 orang..semua pointer 3 dan ke atas..4 orang dapat dekan tapi aku tak dapat lagi sijil dekan..kawan2 aku dah dapat..=_="..Lagi sorang dah kembali ke tempat asal..dia dapat offer keja sebagai guru sandaran..so,tinggal lah kami berempat bersama2 untuk teruskan perjuangan sampai konvo lagi 3 tahun..:)

Untuk sem nie, aku harap ok jugak..tak mau bayaq duit PTPTN banyak2 bila dah habis nanti..bayaq setengah pun ok tapi rasanya tak payah bayaq langsung lagi bagus untuk aku..hahahaha..boleh simpan duit beli rumah, beli Alza sebijik..hahahaha

Sekarang, aku cuma kena siapkan lagi satu assignment...penulisan esei hasil nota yang aku translate dari bahasa Indon ke bahasa Melayu baku..kena submit hari khamis minggu depan..:) aku pernah update entri tu..hehehehe..


bekalan aku masuk kelas :)

sengaja aku selitkan gambaq nie..hahahaha...aku start exam awal bulan 5 walaupun tarikh sebenar exam 28 haribulan nie..so,aku ada masa seminggu lebih sebelum exam. Keja aku, stay dekat umah sewa, studi apa yang mampu dan bersiap siaga untuk pindah masuk rumah baru...hahahaha. Sem baru,rumah sewa pun baru lah..hehehe.

Letih woo nak angkut barang2..tapi takkan aku nak stay lagi dekat rumah sewa yang jauh dari kampus. Mulanya aku dah rancang nak stay dekat rumah sewa belakang kampus dari awal sem nie lagi  tapi ada masalah. Sem depan ja lah aku stay dekat situ. Lagipun 7 minggu ja.

Sem pendek nanti aku akan merasai pengalaman berpuasa di negeri orang..Aku kan anak rantau..^_^


2 orang kawan aku..:) next entri la ya?


insya-Allah, habis jawab exam yang last sekali, aku kena cepat2 pi Ampang..sebab aku dengan Edo join YouthACE 2014 anjuran Langit Illahi..program tu start 10 Mei..Edo ajak sebab dia memang nak join semua tu..aku pun,ikut ja la sebab selama nie aku dok pi mesyuarat,seminar ja..kita cari pengalaman pi YouthACE pulak..:)

time tu bermula la kisah aku pi Ampang dengan tren, LRT dan teksi..hehehehe...insya-Allah,11 mei aku balik Pendang dengan bas..lama tak balik naik bas Cosmic..hehehehe..

Ok, nak rehat sebelum mula berjuang siapkan assignment..hohohoho..jumpa lagi..:)

Isnin, 31 Mac 2014

Belajar Benda Baru..hehehehe

Salam..tudia..berabuk punya blog..malas den nak update..hehehehe...haa,tapi ada juga benda yg nak dikongsi...

Dua tiga minggu lepas,lecturer suruh la aku dgn kawan2 lain buat 'print screen' assignment mingguan. Mulanya jenuh jugak nak pikiaq sebab Mdm Aisyah,lecturer untuk Technical English II nak dalam masa 12 jam..12 jam wei..mana nak cekau semua tu..huhuhuhu..

Time dalam kelas lagi,aku dah mesej Cik Edo cepat2,tanya macam mana nak buat 'screen capture' tu..mujur la Cik Edo tolong aku..alhamdulillah,dia seorang rakan yang cepat bagi bantuan..love u till syurga,sayang :')...

Dia punya nasihat,'download photoscape'...alhamdullilah,semua dah ada..balik nak online,buat bagi siap ja..dan sebelum jejak rumah,aku dgn kawan2 sekelas a.k.a kawan serumah buat MoU dulu dgn abang kedai print assignmnt kami dekat pekan Bestari Jaya..abang tu baik kot walaupun dia non-Muslim..moga Allah bg hidayah dekat dia nak peluk Islam sebab akhlak dia baik..:)

Kami semua pesan dekat dia,'jgn tutup kedai selagi km semua tak pi print dekat kedai dia'..dia tutup kedai pukul 10 malam...lepas tu dia balas,' dia tutup pukul 11 malam nie'..ok,km semua rushing gila nak balik buat..dan,alhamdulillah,semua berjalan dgn lancar...hehehehe

Dan,semalam,aku terpaksa buat translate nota Indon ke bahasa melayu baku untuk subjek Sosiologi Pendidikan.Asal aku adu dekat en.truper ja,boleh dia kata," tak habis2 dengan muntah hijau dia.."..siap la dia,keta dia memang aku calarkan nanti..hahahaha..gurau ja en.truper..


kerja aku yg tak sudah2...muntah hijau sat..=_="


Kalau aku penat,aku boleh ja online..godek2 blog sapa2..hehehe..awatnya keja tak siap..hehehe..tapi penat kot hadap laptop..kalau aku penat,pakai spek sat..kalau penat lagi,pi sembahyang,rehat2...kalau rasa nak kamikaze sambil tahan muntah, aku teruskan keja dengan dengar lagu 'Bebaskan Palestin'...semangat sikit...hehehe..aku lemah la bab2 indon nie..tak faham..tapi pikiaq balik,'nie baru indon..bukan aku kena translate bahasa Jerman...yg tu nak kena transit pi Inggeris sat baru nak sampai tanah Melayu...jenuh2..' hahaha..gelak sorang2..

Dan,finally 'screen capture' aku..taraa....


mohon Edo jangan jeles..saja syok2..hehehe..tapi seriously,Cik Edo banyak tolong aku...pernah sekali dia jadi google translate aku untuk buat keja...kalau orang lain,mau berkoyan aku kena maki...

Edo,aku sayang hg ketat2...muah3!!!! hahahaha

Selasa, 21 Mei 2013

Travel ke Aloq Setaq

Salam.

Alhamdulillah..berjaya jugak 'mini travel' ( 12 Mei 2013 )  ke Alor Setar dengan Uni..tapi kesian pulak dkt dia sebab dia sakit kaki kesan banyak berjalan..my bad..=_="...huhuhuhu..sebenarnya dah lama nak 'publish' tapi awat tau,maam tak bermaya nak 'publish' tau.....imantizz malas nak cita panjang2 sebab rasanya kalau nak baca perjalanan pi Aloq Setaq tu,baik baca dalam blog Uni..^_^..nie selingan ja..hehehe

Ok,bermula dengan pagi..sangat2 bersemangat nak berjalan jauh..excited sangat2..hahahaha




bas merah tu yg bawa imantizz dengan Uni sampai ke pekan..hampir2 terlepas kot..Uni smpat bgtau,bas nie best dan dia suka..alasan,p.cik bas tu pasang lagu hindustan...=_="...adik aku nie...grrrr...




rasa jangkal gila kot time imantizz jejak kaki naik bas nie waktu pagi..selalu kalau naik waktu tengahari hingga petang memang serbu..hehehehe


'buah tangan' dari Wang Kelian..Uni yang bagi..cute! Ulat beluncas lagi tu...^_^...novel tu peneman imantizz dari Sg Petani hingga Aloq Setaq..tak lupa jugak cik Bubble Bee dan earphone...'nyawa' dalam bas...mau jadi zombi kalau kena duduk termenung dalam bas..dah la sejam setengah dalam bas...^_^..Uni memang dah 'hanyut' dalam dunia dia,baca novel + dengaq lagu..


pekan Guaq Chempedak


beg kesayangan..BG purple..^_^...beg tu dah jadi macam poket Doraemon..macam2 imantizz sumbat..bangga*tepuk2 air *


Star Walk..

Time lalu Star Walk nie imantizz sempat bebel dekat Uni pasai Star Walk nie..tapi rasanya dia tak ambik tau kot...=_="




tujuan utama kami

Sesi men'dera' Uni..hahahaha




imantizz suka mengusik Uni bila nampak lambang McD tu..memang dah jangka dia akan buat muka kesian yang lebih bermaksud,'jgn sebut McD depan aku'...hahahaha..saja ja usik..^_^



Oleh sebab tak nak buat apa,km berdua tengok cita 99 Kali Rindu...nak ajak dia tengok cita hantu,dia tak mau..ok,kita tengok cita yg dia mau tengok..hehehe




benda wajib

Seriously,km berdua selalu gelak ja tengok cita nie..ada benda yang agak tak masuk akal dan km brdua pun gelak ja la..hahahaha...tapi Uni agak terkesan dengan apa yg dailog Ustaz Attar..^_^..

Lepas habis movie,km berdua jalan2 keliling City Plaza.Men'dera Uni lagi..awat la aku nie suka dera Uni ya? =_="....Pukul 3 lebih baru ajak Uni makan lepas teman dia solat.Dan dalam pukul 4 lebih kami balik SP..sangat2 penat tapi macam best la pulak tunjuk tempat yang imantizz selalu datang dengan m.ngah,dengan family dekat Uni...hehehehe 

p/s : sakit kaki kot banyak berjalan..tak pasai2 kaki melecet...=_="

Isnin, 5 November 2012

Kamikaze


~ memori lama ~

Apa la nak jadi dengan imantizz ya? dah la biar blog terbiar macam anak kucing kena tinggal dengan mak,selekeh ya amat...=_=..lepas tu terus update blog dgn 'kamikaze'...

Apapun,sekarang imantizz dalam mood 'kamikaze'.Hgpa tau dak apa tu 'kamikaze'? Kamikaze tu maknanya 'berani mati' tapi imantizz ambik yg 'berani' tu ja.'mati' tu kerja Allah...^_^...

Dah lama imantizz tak buat benda yang 'sedarah sedaging' dengan kamikaze nie.Moga2 semuanya selamat dan aman bahagia.Amin!!!

p/s : Jodoh,rezeki,ajal maut,pertemuan..semua Allah tentukan tapi,kita sebagai hamba wajib berusaha..^_^

Selasa, 9 Oktober 2012

Emm,Kami Berdating...Best!

Assalamualaikum semua! Harap semua sihat.Penat imantizz hari nie...keja banyak yg kna uruskan.Kena uruskan bayaran BB,pos segala dokumen ke Tanjung Malim,penat kot...huhuhuhu.Cuaca dekat Sungai Petani sekarang pulak tak menentu kot.Semalam hujan,tapi hari nie ok kot...hehehe..

Btw,imantizz nak cerita pasai dating 2 hari lepas.Tak basi lagi kan? hehehehe...


 bila tengok gambar nie,dapat agak tak sapa yang dating dengan imantizz?

Nak tau sapa dating dengan imantizz? Shh...biarlah rahsia..hehehehe.Yang pasti bukan lelaki.Dating dengan 'mahram'...^_^.Sebenarnya,dating kami berdua bersebab.Dating kami sebab kami nak serbu PC Expo.Nak cari barang2 untuk laptop.Bila nak berdating tu,memang rancang macam2 kot.Nak pakai baju apa,nak tengok movie apa,nak makan apa.Segala2nya dirancang dan alhamdulillah,90 % ikut perancangan.Yang lain2,kiranya perancangan yang tergendala tu,kami tolak tepi.Tak sempat.Kami nie kalau keluar memang macam nak habiskan sehari.Nak buat aktiviti dari selepas Subuh,sampai lepas Isyak.Macam2 yang terlintas dekat kepala otak.Tapi,kami cepat2 sedar dan kembali ke alam nyata..hehehe.

Ok,kami mulakan dating kami dengan sampai di Village Mall a.k.a VM,salah satu tempat membeli belah dekat SP nie.Bagi imantizz dan 'dating partner',Cik Edo,VM bukan tempat kesukaan kami sebab VM tak ada kedai buku yang boleh kami jadikan tempat 'wajib singgah'.Tapi tak dinafikan VM adalah tempat tumpuan mana2 pameran ataupun 'road tour' apa2 saja.Mungkin sebab tempat dia luas dan cantik.

Balik pada cita dating kami,kami sampai di VM dalam pukul 11.00 pagi dengan kereta.Dulu,ayah yang hantar tapi sekarang,naik kereta sendiri.Anggap diri sendiri dah besar..hehehehe.Pinjam kereta m.lang..bukan apa,dah ada lesen,pi sendiri la.Tak payah susahkan orang lain.Salah satu perancangan kami iaitu berjanji pakai baju kurung berjaya.Cik Edo pakai baju kurung warna oren + putih,imantizz pakai baju kurung kuning air + coklat muda.Tapi,kami tak ambik gambar berdua pun..tak terfikir pun nak bergambar segala bagai.Mungkin kami tak suka ambik gambar sendiri kot..^_^

Sampai saja di VM,kami terus terjah panggung wayang.Dah jadi macam wajib plak...=_=..Mulanya nak tengok cita Hantu Kapcai,tapi tak ada dalam jadual.Yang ada pun,cita Ngorat..huhuhuhu...tak jadi nak tengok Izzue Islam..huhuhuhu..kenal Izzue Islam? Tak kenal? Tanya pak cik Goggle...hehehehe.Last sekali,kami tengok cita Hotel Transylvania...betul ka aku eja nie? Best jugak..^_^




Tutti Fruitti...Cik Edo belanja..arigato! ^_^

Lepas beli tiket wayang,kami serbu Tutti Fruitti.Dah la imantizz tak sarapan,tak pasai2 ais krim jadi pengganti nasi goreng.Jangan ditiru aksi ini di rumah...hehehehe

Lepas singgah di Tutti,kami terus jalan2 dekat PC Expo,dan cari barang yang kami nak beli.Cik Edo beli banyak benda jugak.Dia beli dakwat printer dan apa lagi ntah...imantizz rembat Cik tikus warna biru muda dan 'keyboard skin protecter'..mak dok berleter,keyboard laptop tak ada pelindung...takut habuk masuk..mak prihatin tu...hehehe..Lepas pusing2 PC Expo,kami masuk Pizza Hut,macam yang dirancangkan jugak.Tapi,tak ada tempat kot waktu mula2 masuk tu.Kami masuk,keluar dalam 2 3 kali.Sampai orang2 yang makan dalam PH tu tengok kami la..malu,huhuhuhu..lepas ronda 2 3 kali,baru kami dapat yang sepadan dan ada privasi...hehehe


yang pakai baju kurung corak batik tu la imantizz..^_^

Cik Edo mengidam nak makan...=_="


pizza imantizz...nice!

gambar dari blog Cik Edo


imantizz pilih masala supreme..tapi tak semacam yg ada dalam gambr...huhuhuhu

Tapi,buat pertama kali,imantizz rasa nie la dating paling best dengan Cik Edo.Kami asyik makan,bercerita macam2...dan yang paling best sekali,makanan yang kami pesan licin..tak ada yang terbuang langsung.Selalunya makanan mesti terbuang bila dating ataupun keluar dgn kawan2 lain..



Cik Edo_imantizz


Buat my dating partner,Cik Edo,

Terima kasih,best sangat2 keluar dating dengan hg..,kongsi,bersembang2 dgn hg,bergelak dgn hg..nanti kita keluar lagi..kita selesaikan 'perancangan' yang tak terlaksana lagi..emm,lepas nie kita pi Amanjaya Mall plak..hehehehe...ronda2 kedai buku..n aku belanja hg makan pulak..^_^..love u until Jannah..

p/s : serius,bila sampai umah ja,kepala aku pening..penat drive kot..tapi,it's nice! sweet momento...hahaha

Rabu, 19 September 2012

# Indah Tanpa Kata 8 #


Renung2 kan lah wahai Adam semua...^_^ terutama sekali buat en.pemilik hati

p/s : ada org tu nk makan masak lemak telur....gurau ja..hehehehe

Jumaat, 14 September 2012

Pencarian Kami..




layakkah aku memiliknya????

semalam imantizz ada ber'YM dengan Cik Uni..sambil2 tu imantizz sempat jalan2 dekat laman web Sony.Memang dah 'set' niat dalam kepala yg nak cari sesuatu yg lebih kurang macam di atas tu.Alhamdulillah,jumpa jugak akhirnya..imantizz ajak Cik Uni beli mp3 player nie.Serius..berkenan sangat benda nie.Tak sampai 200 hinggit..kira ok la dengan jenamanya....Sony tu.....hehehehe...bukan tak mau beli yg biasa2 tapi kalau boleh imantizz nak cari benda yg tahan lama.Lagipun saiz dia comel kot.Tak payah usung Cik Bubble Bee dah.Cik Bubble kami berdua tu lebar sangat..hehehe..

Bila imantizz cari dalam laman web Sony pasai si kecik comel nie,baru imantizz tau yg mp3 player nie ada 2 jenis.Yg gambar atas tu memori dia 2gb.Ada yg 1 lagi 4gb.Cadang nak beli yg 2gb nie ja..murah sikit..hehehe.Mulanya ingat harga dia dekat RM 300.Klau RM 300,memang tak pandang dah...mahal kot..huhuhu.Tapi Sony punya kedai dekat SP tak ada.Ada dekat Alor Setar ja.Kalau tak silap,dekat Jalan Pegawai kot.Lagi 1 dekat Kulim.

imantizz hrap sangat yg imantizz boleh beli 1 benda nie.Sekrang dah keja.Kalu sambung studi nanti,dah tak boleh beli benda macam2 nie.Mesti duit khas untuk benda lain.Doakn imantizz dgn Cik Uni dapat beli benda nie ya?? Amin!!

p/s : macam mana nak pujuk ayah pi A.Setar ya??? Takut sesat ja nie...

Rabu, 12 September 2012

Jauh....best ka???


(entri ini mengandungi kata ganti nama 'aku')

Aku tau kenapa,akhir2 nie aku terfikir ja yg aku tak mau duduk jauh dari mak..adakah tahap 'kemanjaan'aku makin melampau?? 

Semalam,aku mesej dgn adik Uni,kami berdua ada la isi 'something' yg berkaitan dgn keja dan secara tetiba,dia sebut pasai keja dekat Johor.Aku jadi cuak sangat2..tak tau kenapa.Padahal selama nie aku la org yg paling beriya-iya nak duduk jauh,nak merasa hidup dekat tempat org.Pening kepala aku.Adakah aku makin masuk fasa " remaja ke pra-dewasa" dan takut tinggalkan mak?

 Emm,Johor...'not bad' kot.

Negeri yg berada di selatan tanah air dan masih dalam semenanjung Malaysia.Tambah2 sekarang ada Legoland..( yg nie adik Uni suka ).Banyak tempat menarik...

Kalau ada rezeki dapat duduk sana,bila balik kg,boleh naik keretapi time balik kg.Best kot! hahaha.Keretapi sejuk,ruang selesa..( ok,yg nie 'part' dah mula berangan..=_=" )

Rezeki,hidup mati,di tangan Tuhan.Keja mana2 pun tak apa lah.Janji keja.Dapat rezeki yg halal,boleh tolong mak ayah,jaga adik.Dan yg paling penting,pakaian waktu keja tu WAJIB menutup aurat..Betul tak adik Uni? Hehehe..

p/s : moga2 kami berdua dapat la 'tawaran' tu...Amin!!!!
kalau dapt u,kena buat istikharah 7 malam berturut kot...huhuhuhu

paling jauh nak duduk dgn pemilik hati nanti dekat Labuan...dan nak berjiran dgn kawan baik sendiri...hehehe

Isnin, 10 September 2012

Contest Segmen Warna Kegemaranku

Assalamualaikum..

klik banner di atas untk join..

Dah 2 hari imantizz tak 'online'..sibuk dgn hal2 peribadi..^_^.Bila 'online' ja,terus tengok segmen yg adik Uni join.Simple ja dan trus hati nie tertarik nak join jugak..hehehe..

Tentang warna kegemaran...sebenarnya imantizz suka warna pink..lembut kot tapi kadang ja pakai baju warna pink.Tak fanatik sangat la...setakat tempek dekat blog ja..hehehe.

gambar nie ja yg imantizz pakai baju warna pink..pink-merah..adik Uni pakai warna hitam merah..^_^

Itu saja..hehehe...

Selasa, 10 Julai 2012

Beruntungnya Muslimah..............

Assalamualaikum...sekadar perkongsian...


6 Sebab Beruntungnya Wanita yang Mempunyai Rahim


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia
tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati

naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA


Sumber : Love Love Islam..


p/s : rasa beruntung sangat2 bila dilahirkan sebagai seorang perempuan...terima kasih Allah

Sabtu, 7 Julai 2012

Aku nie anak bertuah.....??????


ayah yg tanam pokok buluh nie..



tempat kesayangan imantizz_truper

Mak pernah cakap,imantizz_truper anak bertuah.Bila tanya mak balik,baru imantizz_truper faham.

"hg untung,bertuah....hg ada abang sorang,kakak sorang dengan adik sorang"

" ayah pun baik...dah jadi anak dara pun dok berkepit dgn ayah lagi...kalau mak dulu,ayah garang macam singa"

" mak dulu tak pakai tudung2 macam sekarang nie pastu wajib simpan rambut panjang....aurat memang tak tutup..ayah mak yg suruh..sekarang,ayah hg tak kisah hg rambut panjang ka pendek,tapi bila keluar wajib tutup aurat.."

Bila difikirkan balik,betul cakap mak..imantizz_truper bertuah.Mak selalu cakap,tok wan garang.Nak cakap elok2 dengan anak pun susah.Dengan cucu ja tok wan cakap elok2,tapi sesetengah ja.Kadang-kadang terfikir jugak,awat la org dulu2 garang...kalau imantizz_truper lahir dalam zaman mak,mesti air mata keluar macam air paip ja..

imantizz_truper baru sedar,imantizz_truper memang anak bertuah.Hati nie,kdg2 macam tak tau bersyukur ja...padahal segalanya dah lengkap.Mak baik,boleh bincang macam2 dan boleh gaduh bersama...hahaha..sekejap ja,pastu still berkawan balik...hehehe,pasal kami berempat masa kecik,perangai masing2 waktu lahir sampai besar macam mana even pasal nikah kahwin sekali pun imantizz_truper pernah tanya mak.Ayah pulak,boleh bergurau,main usik2..boleh tanya macam mana keadaan ayah waktu ayah kecik2 dulu..kacau ayah waktu ayah sibuk dengan kereta.Mungkin imantizz_truper duduk rumah lepas habis exam STPM nie,jadi imantizz_truper banyak masa dengan mak ayah.Lepas nie,insya-Allah,kalau ada rezeki,imantizz_truper akan sambung studi dekat mana2 u..moga2 termakbul imantizz_truper nak masuk u..amin!!!



Nak Hadiah ?