Memaparkan catatan dengan label baitul muslim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baitul muslim. Papar semua catatan

Ahad, 6 Disember 2015

Hai Disember :)



officially tahun ketiga :)

 hai disember...cepat kan masa berlalu..huhuhu..dah nak masuk tahun 2016 n harap tahun depan akan buka lembaran baru, keluarga baru (amin,amin dan amin), anak buah baru dan harap mak ayah serta famili dipanjangkan umur n the last one, sentiasa dalam rahmat Illahi.


sweet n simple qoute * muah ciked

Rabu, 17 Oktober 2012

Menjemput Bidadari-Epicentrum


rasa nak tumbuk2 ja en.truper tu bila dia cakap 'Menjemput Bidadari' buat dia ngantuk...belasah baru tau kot...^_^



Menjemput Bidadari

imantizz dah try cari mtv Menjemput Bidadari tapi bila cari dekat Youtube,imantizz jumpa yg nie ja...dan sewaktu dengannya..

best dengar lagu nie..serius tak jemu langsung...imantizz jumpa lagu nie dalam Versus karya Hlovate..

p/s : Ya Allah,moga aku dan muslimah2 lain adalah 'bidadari' itu...
buat en.truper,cik imantizz tak tumbuk lah...may Allah bless u...^_^


Khamis, 23 Ogos 2012

Kisah di hari raya kedua

Assalamualaikum dan salam Aidil Fitri.Akhirnya....setelah berapa ketika jari langsung tak menekan keyboard,hari nie imantizz dapat jugak 'update' blog..hehehe.Bukan apa,tak ada masa langsung nak memerap dalam bilik.Banyak aktiviti luar yg imantizz kena buat.Raya la katakan.Tahun nie punya raya lain sikit.Nak tau kenapa imantizz cakap mcam tu? imantizz cakap macam tu sebab raya pertama imantizz adalah pada raya ketiga.Raya ketiga ja yg ada peluang nak keluar jalan-jalan.Tapi raya kali best sebab imantizz raya dengan sepupu merangkap kawan baik..hehehe.Keluar rumah sehari suntuk dengan kereta.Tapi imantizzz tak dapat nak tangkap gambar sebab hnset yg macam bubble bee tu tersimpan comey dalam beg telekung.Slamber badak ja tinggai hnset dalam keta.Haru2...

Raya kedua imantizz kena ikut mak ayah pi rombongan nikah + kahwin kawan rapat abang.Geng 1 kampung ja.


itulah pengantin lelakinya..abg Pija..


kalut nak pakai sampin segala bagai





rombongan pengantin



nampak tak si kecik baju oren tu? asyik dok paggil 'kakak' dekat imantizz ja..hehehe


pengantin bersama ibu dan ayah mertua

 makan dulu!!!! nasi lemak di pagi raya kedua


akad nikah


nervous la tu..hahaha




lepas akad nikah...makan lagi


masjid jamek..tempat kami semua berehat sekejap


luar dewan


pintu pagar dewan






mak ayah


dewan yg besar



pasangan mempelai




abg pija dan kak arifah

moga baitul muslim yg terbina akan berkekalan hingga syurga abadi.

p/s : ada siapa2 dekat sini yg bakal bina baitul muslim tak? hehehe

Selasa, 10 Julai 2012

Beruntungnya Muslimah..............

Assalamualaikum...sekadar perkongsian...


6 Sebab Beruntungnya Wanita yang Mempunyai Rahim


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia
tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati

naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA


Sumber : Love Love Islam..


p/s : rasa beruntung sangat2 bila dilahirkan sebagai seorang perempuan...terima kasih Allah

Ahad, 24 Jun 2012

Nikah....errr...saya tak layak lagi...

Assalamualaikum semua..


Baitul Muslim...impian semua umat Islam

Perkongsian gambar.Ambik dari laman web iLuveIslam.com.Cantik sangat gambar nie....buat abang sulung,abg Razif dgn kak Yus,pemilik blog Teratak FiQra, kak Mas dgn abg Afiq,moga kalian akan bina baitul muslim dan bercinta sampai syurga..masing2 akan diijab kabulkan bulan 12 nie..

Kalau imantizz_truper masuk u,tak sure la boleh 'join' ke tak kenduri tu...dah la imantizz_truper adik perempuan bongsu abang...lagipun nie kenduri 'menyambut',bukan senang...nak harapkan kakak,kakak dah jadi isteri orang,susah...hmm....kalau tak sempat,kirimkan pemilik hati ja lah tolong abang...kena 'tempah' siap2 nie...lagipun,diorang dah kenal...hahaha

Bila tengok gambar nie lama2,imantizz_truper rasa,imantizz_truper tak boleh kahwin lagi.Sebab....sebab imantizz_truper tak puas lagi nak bermanja dengan mak ayah...( ya ka?..errr )....bukan,sebenarnya diri nie tak ckup 'solehah' lagi.Lagi,satu...imantizz_truper tak pandai lagi selok belok nak uruskan rumahtangga.Pasal masak dengan basuh baju,ok boleh lepas piawaian SIRIM mak tapi bab mengemas tu,rasanya tak lepas lagi.Nak kata imantizz_truper nie boleh bawak diri bergaul dengan orang yg tak pernah jumpa,50 : 50 sebab imantizz_truper ni tak ramah sangat,tak diam sangat.So,as conclusion,saya tak layak untuk membina baitul muslim lagi..tapi,kalau Allah dah tetapkan yang imantizz_truper akan terima semua tu dalam usia sekarang,imantizz_truper redha.Tawakal ja la...

Itu saja.Assalamualaikum.

p/s : adik Uni,cepat2 la nikah...hahaha....lepas hg nikah,aku nikah..serius...

Ahad, 17 Jun 2012

Tentang Aku,Dia....Tentang Kami


masjid yang teramat indah pada pandangan mata imantizz_truper....last ziarah masa tahun 2006...moga Allah panjangkan umur imantizz_truper untuk ziarah masjid tu bersama pemilik hati..,,

Rabu, 23 Mei 2012

Segalanya Rahmat untuk Kita

Assalamualaikum...

Rahmat...

Panas itu rahmat

Hujan tu rahmat

Mati tu rahmat

Hidup tu rahmat

Senang itu rahmat

Susah tu rahmat

Sakit tu rahmat

Sihat tu rahmat

Miskin tu rahmat

Kaya tu rahmat

Dekat itu rahmat

Jauh tu rahmat

Suka itu rahmat

Benci tu rahmat

Segalanya rahmat buat kita.Kadang-kadang kita tak sedar apa yang jadi pada kita tu adalah rahmat.Kita selalu anggap apa yang buruk tu musibah,termasuklah imantizz_truper sendiri,sedangkan yang sebenar-benarnya semua tu rahmat untuk kita.Kebaikan untuk kita.Anugerah yang Allah berikan buat kita cukup besar dan penuh rahmat.


salah satu rahmat buat imantizz_truper...terima kasih Allah kerana berikan hambaMu kasih sayang dari mereka ini

Rahmat yang terbesar yang imantizz_truper terima adalah keluarga imantizz_truper.Mungkin ada cacat cela tapi pasti ada rahmat atas segala yang berlaku.Mungkin tak mewah,tapi imantizz_truper rasa bertuah lahir dalam keluarga imantizz_truper.Dan,buat sahabat baik imantizz_truper,adik Uni.Terima kasih sebab sudi jadi  
pendengar setia dan peneman imantizz_truper selama kita berkawan.Aku sayang dekat hang sangat.Jo,nikah la cepat2..pastu kita pi UNIMAS lepas raya nanti.Hang doakan kita dapat UNIMAS tau? 

kenangan sewaktu Karnival Kebudayaan Jepun dekat sekolah tahun lepas..kawan2 dok studi sebab trial STPM dah dekat tapi km keluar jalan2 dekat dewan besar...hilangkan tension...paling best km kena reka poster pasal karnival ni untuk sekolah..bangga kot poster rekaan km ada sekeliling sekolah..

Itu saja untuk malam nie.

p/s : UNIMAS dengan POLIMAS....emm,dah dekat tu.Kalau imantizz_truper dapat UNIMAS,kira sepadan dengan pemilik hati..hehehe
  

Isnin, 23 April 2012

My Ummi...


Assalamualaikum.***malam nie nak jadi formal jap....hehehe.Sebenarnya imantizz_truper tak tau nak cakap apa.Jadi,imantizz_truper pun letak lah gambar dekat atas tu...

Dok mengemas beg cik lappy tadi,imantizz_truper pun terjumpalah sesuatu.Jumpa yang spesis macam nie....


" My Lovely Cincin"

imantizz_truper tak boleh nak tunjukkan gambar cincin tu sebab  imantizz_truper  tak ada kamera ataupun gajet yang membolehkan  imantizz_truper  berkongsi gambar tu dengan semua.Cincin tu cantik tapi cincin tu bukanlah cincin emas yang tulen.baru beli ja cincin tu dan itulah cincin pertama yang  imantizz_truper  beli guna duit sendiri.Cincin yang ringkas dan tak lah begitu mewah.Sebenarnya cincin tu imantizz_truper beli dengan sepupu tersayang Mulanya kami berdua cadang nak beli cincin yang sama bentuk tapi cincin untuk saiz jari imantizz_truper tak ada.Mungkin bukan rezeki kami berdua nak beli barang yang sama.Banyak jugak barang kami berdua sama.Mungkin kami banyak ber'dating' berdua kot.

Akhirnya imantizz_truper pun pilih cincin yang telah mencuit hati kecilku.Tak dinafikan imantizz_truper suka sesuatu yang biasa-biasa dan tak menyemakkan pandangan.Cincin tu ada ukiran emas putih yang bentuk macam empat butir batu hiasan cincin.Nice..bak kata adik Amir..

Bila sampai dekat rumah ja,km terus tunjuk dekat mak.memang teruja sangat-sangat...** sori,dah hilang 'keformalan...

Km : Mak,cincin nie cantik tak? ( mak ambik cincin dan memerhati dari jarak dekat)
 Mak : Emm,boleh tahan.Beli mana nie?
 Km : Beli dengan kak cik tadi.Cadang nak beli sama tapi cincin cik tak ada saiz.
Mak : Ooo....cantik jugak.
 Km : Nanti,cik nak pi tempah cincin macam nie dekat kedai emas boleh dak?
 Mak : Boleh.
 Km : Cik nak buat cincin macam nie sebijik lah.Cincin nie 'simple' ja mak.
  Mak : Bila nak tempah cincin macam nie,bagi cincin nie dekat tukang emas tu.Tapi,dekat sana 
             lagi banyak pilihan tau? Yang lebih cantik dari nie pun ada.
  Km : Tak apalah,cik nak tempah cincin maca nie ja.Muktamad.
   Mak : Ya la tu,harap-harap tak ubah fikiran.Mana tau,kot2 nampak yang lagi cantik,dah tak                            
               pandang cincin nie.
   Km : Insya-Allah,moga2 cik tak ubah fikiran.Cik nak yang nie ja.Mak tau kan anak pempuan
             bongsu mak nie macam mana.Kalau nak yang.yang tu lah.. ( mak senyum ja)

Itulah sebahagiaan perbualan km dengan mak tengahari Jumaat yang lepas.Bila fkirkan tentang pilihan,ikhlas mak ayah km tak pernah mengongkong.Teringat pulak kata-kata mak waktu mak nak meminang tunang abang sulung km dulu.
   " Mak tak kisah sapa pun jadi menantu mak,asalkan
    semua berkenan dekat hati.Mak tak mau buat pilihan 
    hangpa semua sebab bukan mak yang nak kahwin tapi 
    hangpa"

Tak dinafikan,bila mak buka mulut dan mula berceramah,mak tak pernah tujukan 'ceramah' tu dekat sorang-sorang anak.Semua akan kena tempias.Termasuklah km sendiri.Ceramah ok lagi,jangan marah2 sudah lah.               
Bila teringatkan balik apa yang km bersembang dengan mak pasal cincin tu,km teringat,mak pernah pesan dekat km bila mak tau km nie berkawan dengan pemilik hati.

 Km : Mak marah dak cik kawan dengan 'dia'? ( 'dia' tu pemilik hati)
  Mak : Tak marah,tapi pandai-pandai la jaga diri.Ingat mak ayah kalau nak buat apapun.
   Km : Insya-Allah...
 Mak : Kalau nak kawan tu,kawan biasa-biasa dah la...

Haa....bagaikan tsunami melanda hati ja bila mak cakap macam tu." biasa2" yang mak maksudkan tu mak nak km berkawan saja,tak ada lebih2.Tapi,waktu mak cakap tu km dengan pemilik hati dah mula rapat,km pun dah rapat dengan pemilik hati punya mak.Ya Allah,tenangkan lah hatiku.Mak km cakap macam tu waktu tahun 2010.dah lama tu.

Lepas dua tahun,km dengan ringan mulut bertanya lagi dekat mak.Takut gak,tapi,kena kuatkan hati sebab banyak lagi cabaran yang bakal km tempoh.Baru nak masuk 20 tahun kot...

 Km : Mak,cik nak tanya sikit boleh dak?
  Mak : Tanya apa? ( ketaq2...)
 Km : Awat mak suruh cik kawan biasa2 ja dgn dia tu?
  Mak : Nanti dekat u,banyak lagi orang.Boleh pilih yang mana2,yang hebat.
  Km : Ooo...macam tu ka? ( mak angguk)
            Salah ka cik kawan dengan orang dekat?
 Mak :........mak tak cakap salah pun tapi hg tu tak masuk u lagi..banyak lagi org yang hg tak jumpa
          Dok nampak yang depan mata ja
 Km : Cik bukan nampak dia selalu....( nada bergurau,tapi,terus tak jadi sebab mak macam marah..)
          Cik bukan apa,cik dah lama kawan dengan dia.Lepas cik masuk sekolah teknik,cik kawan
            dengan dia..(mak diam).
            Ikutkan hati,cik nak cari kawan dekat sekolah teknik tu tapi tak ada berkenan di hati.
 Mak : Tapi,hg tak masuk u lagi...mana la tau kot2 dapat laki yg jauh sikit..
 Km : Cik tak mau kahwin dengan org jauh.Nanti tak boleh balik raya dengan mak..
             Kalau boleh,cik nak kahwin dengan org dekat.Boleh balik rumah selalu,tak payah gaduh
              gaduh...
 Mak : Ya la tu..ntah2 bila dah kahwin,lupa dekat mak.
 Km : Insya-Allah,tak lupa.Mak nak duduk dengan cik pun boleh.
 Mak : Mak tak mau duduk dengan anak-anak.Mak nak duduk dekat pondok,nak mengaji bab
                    bab agama.Bekalan untuk mati.
Km : Kalau macam tu,mak duduk pondok dengan ayah.Cik bagi mak hnset pastu tiap-tiap bulan
\ cik 'bank-in' duit dekat mak.Kalau boring duduk pondok,telefon cik,mak boleh mai rumah,main
 dgn anak-anak cik..( mak senyum..manis sangat2) Kalau boleh,cik nak kawan dengan 'dia' sampai bila2 sebab mak 'dia' baik dengan cik.Lagipun 'dia' dengan cik duduk satu daerah.Tak payah gaduh2 bila balik kampung...( mak buat bodo ja)

Memang dah jadi perangai km,km akan suka pada sorang tu dan takkan suka orang lain dah.Hrap km tetap akan tempah cincin yang km nak tu dan takkan pilih cincin yang lain.Moga2 Allah tetapkan hati km.Macam tu juga dengan pemilik hati km.Harap sangat2 dia lah jodoh yang dah tertulis dekat Luh mahfuz untuk km sebab km yakin,dia boleh bahagiakan km...

My ummi...mak memang perempuan yang baik,garang bila dengan anak-anak,tapi tak pernah pukul km berempat.Syg mak sangat2...terima kasih mak sebab mak tak pernah halang cik buat pilihan sendiri.Cik harap,anak cik nanti dapat warisi hidung mancung mak sebab cik,abang,kak dgn adik hidung sama2 penyet...huhuhuhu...



Bila tengok gambar nie.terus ingat dekat pemilik hati...dia suka warna purple dan mula hari nie dia dah final.Abg,good luck untuk exam..studi elok2..moga Allah berkati abg...

p/s : hari rabu nie km ada 'date' dgn Nisah,tengah fikir nak buat apa dekat Alor Setaq...untuk adik Uni,
       jumpa doktor dekat hospital elok2...

Nak Hadiah ?