sekadar berkongsi ^_^
Rabu, 22 Mei 2013
Si Cantik Manis Bertudung Labuh
Label:
Islam agamaku,
luahan hati Mrs Adi
Selasa, 21 Mei 2013
Travel ke Aloq Setaq
Salam.
Alhamdulillah..berjaya jugak 'mini travel' ( 12 Mei 2013 ) ke Alor Setar dengan Uni..tapi kesian pulak dkt dia sebab dia sakit kaki kesan banyak berjalan..my bad..=_="...huhuhuhu..sebenarnya dah lama nak 'publish' tapi awat tau,maam tak bermaya nak 'publish' tau.....imantizz malas nak cita panjang2 sebab rasanya kalau nak baca perjalanan pi Aloq Setaq tu,baik baca dalam blog Uni..^_^..nie selingan ja..hehehe
Ok,bermula dengan pagi..sangat2 bersemangat nak berjalan jauh..excited sangat2..hahahaha
bas merah tu yg bawa imantizz dengan Uni sampai ke pekan..hampir2 terlepas kot..Uni smpat bgtau,bas nie best dan dia suka..alasan,p.cik bas tu pasang lagu hindustan...=_="...adik aku nie...grrrr...
rasa jangkal gila kot time imantizz jejak kaki naik bas nie waktu pagi..selalu kalau naik waktu tengahari hingga petang memang serbu..hehehehe
'buah tangan' dari Wang Kelian..Uni yang bagi..cute! Ulat beluncas lagi tu...^_^...novel tu peneman imantizz dari Sg Petani hingga Aloq Setaq..tak lupa jugak cik Bubble Bee dan earphone...'nyawa' dalam bas...mau jadi zombi kalau kena duduk termenung dalam bas..dah la sejam setengah dalam bas...^_^..Uni memang dah 'hanyut' dalam dunia dia,baca novel + dengaq lagu..
pekan Guaq Chempedak
beg kesayangan..BG purple..^_^...beg tu dah jadi macam poket Doraemon..macam2 imantizz sumbat..bangga*tepuk2 air *
Star Walk..
Time lalu Star Walk nie imantizz sempat bebel dekat Uni pasai Star Walk nie..tapi rasanya dia tak ambik tau kot...=_="
tujuan utama kami
Sesi men'dera' Uni..hahahaha
imantizz suka mengusik Uni bila nampak lambang McD tu..memang dah jangka dia akan buat muka kesian yang lebih bermaksud,'jgn sebut McD depan aku'...hahahaha..saja ja usik..^_^
Oleh sebab tak nak buat apa,km berdua tengok cita 99 Kali Rindu...nak ajak dia tengok cita hantu,dia tak mau..ok,kita tengok cita yg dia mau tengok..hehehe
benda wajib
Seriously,km berdua selalu gelak ja tengok cita nie..ada benda yang agak tak masuk akal dan km brdua pun gelak ja la..hahahaha...tapi Uni agak terkesan dengan apa yg dailog Ustaz Attar..^_^..
Lepas habis movie,km berdua jalan2 keliling City Plaza.Men'dera Uni lagi..awat la aku nie suka dera Uni ya? =_="....Pukul 3 lebih baru ajak Uni makan lepas teman dia solat.Dan dalam pukul 4 lebih kami balik SP..sangat2 penat tapi macam best la pulak tunjuk tempat yang imantizz selalu datang dengan m.ngah,dengan family dekat Uni...hehehehe
p/s : sakit kaki kot banyak berjalan..tak pasai2 kaki melecet...=_="
Rabu, 8 Mei 2013
Mini Travel @ Kepala Batas,Pulau Pinang
Salam..
siapa dia??????
Baca ja entri nie..imantizz malas nak cita banyak..
p/s : insya-Allah,next mini travel Ahad nanti..tempatnya...masih RAHSIA....hahahahaha
Selasa, 7 Mei 2013
Mini Travel @ Yan ( Titi Hayun + Pantai Murni ) - 121228 -
Salam.Apa khabar semua? Lama imantizz tak 'update' blog.Banyak kekangan dan kekurangan idea pun jadi salah satu faktor..hehehe.Seriously,banyak benda yang jadi dalam masa pertengahan bulan April sampai la awal bulan Mei.Cuti sekolah,ulangtahun cik imantizz dan en.truper..hehehe...dah 5 tahun..kak ipar masuk hospital sebab fibriod,PRU-13 dan perkembangan terbaru,adik imantizz bakal masuk F.I.M.Nak tau apa itu F.I.M? Tanya la p.cik Goggle..hehehehe.Insya-Allah,minggu depan nak hantaq dia pi sana..hehehe
Dia masuk kos Bakeri 'time' SPM dekat SM Vokasional Sungai Petani 2 dulu..( sekolah lama imantizz time SPM dulu..^_^)..'so',dia nak teruskan minat dia dalam Bakeri.Dia ada 'apply' politeknik tapi bila tawaran F.I.M sampai awal dari politeknik,dia nak pi sana terus.Malas nak tunggu katanya.Mak ayah izinkan dia pi walaupun F.I.M tu swasta punya.Tak kisah lah sebab dia muda lagi.Nak halang dia dan paksa dia masuk pra-u pun macam tak sesuai ja sebab dia bukan spesis 'baca buku tebal-studi memanjang-budak skema'.
Btw,imantizz sebenarnya nak cerita pasai 'mini-travel'...mini travel la sangat..hahaha.Mini-travel yang imantizz dah buat nie cuma jalan sehari suntuk,dari pagi sampai petang..sampai malam pun ada tau? hahaha..imantizz dah buat mini-travel dua kali dan imantizz buat dengan kawan-kawan.Best sangat2..^_^..Mini travel yang pertama imantizz buat waktu hujung bulan 12 tahun lepas.Kalau tak silap 28 haribulan,3 hari selepas sibuk mengemas rumah sebab 25 haribulan tu kenduri kahwin abang Long imantizz.Penat mengemas lepas tu pakat2 ajak kawan2 pi berkelah + berendam dekat air terjun Titi Hayun..imantizz ajak mak ikut sekali sebab mini travel nie ayah bagi guna keta kesayangan untuk angkut lagi 2 orang kawan sekelas masa tadika -> sekolah rendah -> sekolah menengah dan ambik PMR sekali..tapi mak tak mau ikut.Katanya nak mengemas sikit2 sambil rehat2..
Yang sebenar benar benarnya,imantizz dah janji dengan kawan rapat time sekolah teknik dulu nak mandi dekat Titi Hayun juga.Jadinya kami pi berempat + dua orang anak sedara perempuan Nani ( kawan sekolah teknik )..maknanya nie geng2 perempuan punya mini travel'nya.
kandid! time keluar dari parking keta
Alhamdulillah senang sangat nak parking keta sebab hari tu keta tak banyak..* senyum sambil lompat2..
Asiah dan Ika yang semangat nak mandi..hahaha
si comel Auni dan Aufa
Ingatkan orang tak banyak 'time' tu..sekali kami semua masuk..mak aii,banyak gila..macam tak boleh mandi ja..huhuhu..hancuss harapan nak berendam sepuas2 sebab setiap kali imantizz pi air terjun,imantizz tak pernah mandi.Pi dua kali kot...waktu pertama kali imantizz pi tu,imantizz 'cuti' so,tak boleh mandi.Kali kedua imantizz segan dekat abang ipar.Baru rancang nak berendam sebab pi dengan perempuan,nak berendam pun dengan perempuan...tapi harapan tipis..~ ~ ~ ~
kandid 2!
makanan kami yg agak simple..
puding jagung tu Asiah yang buat..imantizz buat roti gulung sosej + telur dengan kentang goreng,Ika pulak 'sponsor' air..
Elok sampai dekat kampung Nani,imantizz boleh pulak teringat lupa nak bawak ais dan bekas letak ais..takkan nak minum air tanpa ais pulak kan? =_="...dan dengan muka tahu malunya,imantizz pinjam bekas ais dengan minta ais masa sampai rumah Nani..lama kot lepak dekat rumah Nani,bersembang dengan mak ayah dia..hehehe..Asiah pulak minta = pinjam kain batik dekat Nani sebab dia dengan Ika lupa nak bawak kain untuk salin baju..nasib baik ada Nani..hehehe
Mujur orang makin sikit lepas makan.So,masing2 tukar tudung,dan terjun..hahahaha.Best sangat2..gambar time mandi ramai2 tak sempat nak 'snap'.Lupa nak suruh Nani tolong 'snap'kan.Nani 'cuti' time tu,so kami bertiga lah yang jaga Auni dan Aufa mandi.Air sangat kuat dan sejuk..best2..hahaha.Dan aurat masih terjaga time tu..kami mandi bertudung litup..^_^
Lepas mandi,kami terus mandi sekali lagi dekat tandas..imantizz siap bawak sabun jenis gel tu dan mandi dekat tandas awam..Lepas siap mengemas,buang sampah atau apa2 yg patut,kami gerak balik.Tapi tak balik rumah lagi..kami hantar Auni dan Aufa balik dekat rumah Nani dan lepas tu terus pecut tengok laut dekat Pantai Murni..
berjalan-jalan
Pantai Murni nie pantai berlumpur ja..kalau nak pantai berpasir,sila pecut ke Tanjung Dawai ataupun ke Pantai Merdeka..hehehe.Kami lepak2 dekat tepi tembok dan makan laksa.Kerja makan ja...hahaha..Pukul 6 lebih hantaq Nani balik dan kami sendiri balik rumah.Memang penat sebab sampai rumah ja terus terbongkang dekat depan tv..letih sangat..hahaha..mana kena drive,berendam.Disebabkan kesan berendam,keesokkan harinya imantizz 'ABC'.penangan berendam..hahaha..
p/s : Nani dengan Asiah dan Ika tu bukan orang lain..depa dulu 1 poli,1 kos tapi lain 'batch'..Asiah dan Ika masih studi dekat poli tapi Nani dah berhenti poli sebab dia dapat tawaran dekat Kolej Kejururawatan KKM Jerantut..
Jumaat, 19 April 2013
Hari Jumaat
Masjid Sultan Muzaffar Syah,Sungai Petani
Jumaat yang membuatkan aku tak tau nak buat apa.Kalu minggu lepas,aku boleh buat aktiviti dekat rumah tapi malangnya minggu nie aku tak baik rumah dekat kampung.Otak dah pening + bosan + rasa berat semacam...
Lagi dua bulan ja aku nak lalui waktu2 yang amat2 membosankan macam nie...lagi dua bulan ja aku boleh habiskan masa dengan drive keliling Sg Petani yang agak ter'centa' nie..hahaha.Pejam celik,pejam celik,dah masuk 5 tahun aku jejak kaki ke sini.Mula dengan belajar di sekolah teknik dan habiskan sesi pengajianku dekat Ibrahim's skool.Cerita macam2 beserta dengan kenangan yang pelbagai.Dan tak sangka pulak yang aku akan keja sementara dekat sini jugak sebelum aku nak jejak tanah UNISEL bulan 6 nie,insya-Allah.
Pendang dan Sg.Petani...kalau nak bas Trannasional,mau ambik masa sejam setengah.Kalau nak keta,45 minit ja kalau ikut 'highway' dan sejam kalau ikut jalan biasa.
Harap aku akan rindukan semua nie bila aku jejak dekat tempat lain..
p/s : aku rindu seseorang...
Jumaat, 22 Mac 2013
Dah Janji...
Transformers
Hari tu,sebelum datang ke Sungai Petani,imantizz dah janji dengan ayah yang imantizz nak tengok cita Transformers dengan ayah 23 haribulan ( esok la ) dekat tv2..dan sepatutnya petang tadi imantizz balik rumah tapi hujan lebat pulak.Bila imantizz bagitau ayah,ayah cakap ok..
Tup-tup,tadi imantizz sempat tengok jadual tayangan tv2 malam nie dekat surat khabar.Rupa-rupanya malam nie pun ada jugak tayangan cita Transformers.Rasa...rasa macam nak nangis ja..rasa macam nak suruh ja mak ayah datang SP,ambik imantizz balik..
Bukan imantizz tak pernah tengok cita nie,tapi imantizz suka tengok cita Inggeris dengan ayah...tapi mungkin bukan rezeki kot.Entah-entah,mungkin kalau imantizz ada dekat rumah pun,ayah mungkin duduk dekat surau.Last2 imantizz tengok sorang2 jugak..* think positif,cik Adi..
p/s : ayah,rindu la dekat ayah...huhuhuhuhu..nak balik rumah...
Rabu, 20 Mac 2013
Kimono,Jepun,dan.....
tetiba ja imantizz rasa nak pakai kimono..time JCC ( Karnival Kebudayaan Jepun) masa sekolah dulu,imantizz sempat jugak lah pakai pakaian tu dengan cik Edo.Sekali pakai,terus jatuh cinta dan keinginan nak melawat ke Jepun tu makin kuat.
terasa lagi ikatan dekata belakang badan yang sangat2 ketat tu..best2..
lagi satu...
bunga sakura yang cantik..geram sangat2! macam nak gigit ja..hahahaha
lembutnya warna
cantik..
apa yang pasti,yang bertanggungjawab kenalkan negara Jepun pada imantizz nie adalah...
You're Under Arrest
best kartun nie tapi sepanjang imantizz tengok kartun nie,imantizz langsung tak pasang niat nak jadi anggota polis..hahahaha..
detektive conan..
inuyasha dan makwe lama..
inuyasha dan makwe baru..hensem ooo..
sakura dan shauran
gundam
hero yg sebelah kiri namanya Kira Yamato
kebanyakan cita kartun nie ditayangkan hari sabtu dan ahad.Tapi,imantizz ikut semua cita nie dari awal sampai habis.Waktu imantizz tu tengok sebab imantizz tingkatan 1 dan 2 dan bersekolah sesi petang.Memang boleh ikut la.Tambahan pula imantizz duduk rumah,tak duduk hostel lagi.
Dan,yang tak boleh lupa...taraaaaa...
Ultraman Taro
Power Rangers
yang nie pun imantizz layan...hahahahaha
tapi yang paling best sampai sekarang dok teringat lagi...
UFO baby..watak utama kena jaga baby yang datang dari angkasa lepas..
Fruit Basket..memang terkesan dalam hati bila tengok cita nie..boleh bayangkan perasaan seorang budak perempuan yang yatim dan mak dia mati sebab kemalangan...tak ada tempat bergantung sebab mak sedara dia tak mau dia jadi beban..
lagu tema yang gambarkan kesedihan Tohru nie jadi ringtone mesej handset imantizz...^_^
p/s : imantizz boleh layan semua nie sebab nak 'join' adik imantizz yang muda 3 tahun...time dia tengok tv waktu kecik2 dulu,memang dia yang menang sebab imantizz tak mau dia merayau kalau mak minta jaga adik..tak pasal2,otak pun dah jadi otak kartun..^_^
Rabu, 13 Mac 2013
Menghargai Mereka
( entri ini mengandungi kata ganti nama diri 'aku' )
bermula di sini...
Seminggu dua nie,aku mula jadi seseorang yang banyak berfikir.Apa yang aku fikirkan bukan lah benda-benda mengarut macam fikir nak beli gajet terbaru,keluar jalan-jalan,ataupun apa-apa sahaja yang budak perempuan seusia aku fikirkan.Tapi,aku fikirkan sesuatu yag melibatkan hubungan aku dengan keluarga aku.Ya,hubungan aku dengan keluarga besar aku.
Jika difikirkan balik, aku bukanlah seseorang yang pentingkan keluarga.Tak pentingkan keluarga tu bukannya bermakna aku nie anak 'kurang kasih sayang',mak ayah tak hiraukan aku,aku tak dapat ajaran agama ataupun aku bebas keluar dengan orang yang tak sepatutnya mahupun keluar tak kira waktu.Alhamdulillah,selama aku hidup 20 tahun 9 bulan 1 hari di muka bumi nie sebagai anak perempuan bongsu mak ayah,aku dapat didikan yang sepatutnya.Sekolah habis,'exam' besar macam UPSR,PMR,SPM dan STPM aku dapat tempuh,insya-Allah aku bakal sambung ke u,mak ayah hantar aku ke kem Islamik untuk perbetulkan diri aku dan didik aku jadi Muslimah,dan juga aku dikelilingi dengan suasana keluarga bahagia.Mak ayah izinkan aku keluar dengan kawan-kawan satu sekolah dan aku belajar berdikari.Dan aku nie bukannya budak perempuan yang terkurung dalam rumah setiap masa sebab ayah nak aku belajar segalanya.Tapi,aku wajib jaga maruah keluarga aku walau aku duduk mana pun.Aurat kena jaga,solat jangan tinggal dan bila nak buat sesuatu aku wajib fikir dalam-dalam.
Berbalik pada tak pentingkan keluarga tu,aku mula sedar yang dulunya aku tak kisah langsung dengan keluarga aku.Contohnya,bila aku pergi mana-mana,bila balik aku mesti tak bawa sesuatu untuk orang yang menunggu aku dekat rumah.Teruk sungguh betul bila aku fikirkan balik.Tapi,aku rasa,tindakan yang aku buat tu mungkin sebab sikap aku agak ke'budak-budak'an.Dan,perlahan-lahan aku berubah sikap.Bila pergi mana-mana,aku akan pastikan yang aku akan bawa balik sesuatu untuk orang dekat rumah aku walaupun depa tak minta.Walaupun benda tu kecik dan tak bawa makna apa-apapun,aku tetap bawak balik juga.
kakak dan abg ipar
keluarga
adik dan sepupu-sepupu
kakak dan kak ipar
keluarga besar..kenangan raya 2010
Masa terus berlalu dan aku perlahan-lahan boleh berdikari.Alhamdulillah,mak ayah izinkan aku bergerak dengan kenderaan sendiri untuk ke tempat yang lebih jauh dari apa yang aku sering pergi.Dan,dalam pengalaman itu juga aku belajar sesuatu.Belajar,belajar,belajar dan belajar menghargai keluarga aku dari orang lain.Selama ini aku berdikari,aku lebih faham yang keluarga kita lebih bermakna daripada orang lain.Walaupun aku bukan lah seorang yang ingin bergantung 200% pada keluarga tapi bila aku dekat dengan keluarga aku sekarang,aku nak jadi seorang yang lebih menghargai mereka dari orang lain.Kalau aku jauh,baru lah aku akan menghargai orang yang dekat dengan aku.
Keluarga aku bukanlah keluarga besar aku semata-mata.Tapi,keluarga dalam konteks hidup aku adalah orang yang sentiasa bersama dengan aku susah atau senang,orang yang pernah lihat aku menangis dan pinjamkan bahu dia untuk aku bersandar,mencari ketenangan dan juga orang yang inginkan aku merasai keperitan atau kemanisan hidupnya.Itulah keluarga aku yang sebenar-benarnya.
Dalam tu juga,seseorang yang amat aku sayangi dalam dunia nie pernah pesan pada aku,' boleh buat baik pada orang lain tapi,jangan terlalu berlebihan'.Mulanya aku jadi tak faham,dan hati aku memberontak sendirian tapi bila aku fikir dalam-dalam,baru aku faham.'beliau' yang ungkapkan kata-kata,inginkan aku faham,kalau aku susah,belum tentu 'orang-orang' yang agak aku pentingkan tu akan tolong aku.Dan 'beliau' nak aku dahulukan orang yang sentiasa bersama dengan aku.Maknanya,aku patut dahulukan keluarga aku dari orang lain.Dan akhirnya aku faham.Terima kasih sebab 'beliau' berjaya sedarkan aku.
Apa yang aku harapkan,aku dapat berubah jadi seorang yang matang,seiring dengan usia aku yang pastinya menuntut aku bertindak seimbang dengan keadaan sekeliling.Moga aku lebih menghargai orang yang berada di samping aku tak kira keluarga aku,orang-orang yang rapat dan juga teman yang sentiasa bersama dengan aku.
Label:
keluarga,
kenangan 2013,
luahan hati Mrs Adi
Langgan:
Catatan (Atom)
































.jpg)



.jpg)

.jpg)
.jpg)








