Rabu, 23 Mei 2012

Segalanya Rahmat untuk Kita

Assalamualaikum...

Rahmat...

Panas itu rahmat

Hujan tu rahmat

Mati tu rahmat

Hidup tu rahmat

Senang itu rahmat

Susah tu rahmat

Sakit tu rahmat

Sihat tu rahmat

Miskin tu rahmat

Kaya tu rahmat

Dekat itu rahmat

Jauh tu rahmat

Suka itu rahmat

Benci tu rahmat

Segalanya rahmat buat kita.Kadang-kadang kita tak sedar apa yang jadi pada kita tu adalah rahmat.Kita selalu anggap apa yang buruk tu musibah,termasuklah imantizz_truper sendiri,sedangkan yang sebenar-benarnya semua tu rahmat untuk kita.Kebaikan untuk kita.Anugerah yang Allah berikan buat kita cukup besar dan penuh rahmat.


salah satu rahmat buat imantizz_truper...terima kasih Allah kerana berikan hambaMu kasih sayang dari mereka ini

Rahmat yang terbesar yang imantizz_truper terima adalah keluarga imantizz_truper.Mungkin ada cacat cela tapi pasti ada rahmat atas segala yang berlaku.Mungkin tak mewah,tapi imantizz_truper rasa bertuah lahir dalam keluarga imantizz_truper.Dan,buat sahabat baik imantizz_truper,adik Uni.Terima kasih sebab sudi jadi  
pendengar setia dan peneman imantizz_truper selama kita berkawan.Aku sayang dekat hang sangat.Jo,nikah la cepat2..pastu kita pi UNIMAS lepas raya nanti.Hang doakan kita dapat UNIMAS tau? 

kenangan sewaktu Karnival Kebudayaan Jepun dekat sekolah tahun lepas..kawan2 dok studi sebab trial STPM dah dekat tapi km keluar jalan2 dekat dewan besar...hilangkan tension...paling best km kena reka poster pasal karnival ni untuk sekolah..bangga kot poster rekaan km ada sekeliling sekolah..

Itu saja untuk malam nie.

p/s : UNIMAS dengan POLIMAS....emm,dah dekat tu.Kalau imantizz_truper dapat UNIMAS,kira sepadan dengan pemilik hati..hehehe
  

Random Giveaway by Cik Fie

Assalamualaikum

Malam nie imantizz_truper tak tau nak buat apa...**tengah fikir nie..


So,imantizz_truper pun dengan berbesar hatinya join random giveaway Cik Fie nie...


klik SINI kalau nak join

imantizz_truper saja syok2 nak join GA nie.Bukan nak menang,tapi nak tambahkan kawan.

nak ajak adik Uni dengan Sue join jugak lah.

Itu saja.

Assalamualaikum



Ahad, 20 Mei 2012

# Indah Tanpa Kata 5 #








saja letak gambar-gambar yang memenuhi Cik Acer selain gambar-gambar ILuvIslam..


p/s : orang yang layan cerita anime nie tak matang ke? imantizz_truper suka tengok kartun Jepun nie dari kecik lagi...rasanya sama ja kalau tengok ke tak....

Contest 2 : Kata-Kata Indah

Assalamualaikum semua.

Waktu imantizz_truper dok berjalan dekat dalam dunia maya nie,imantizz_truper terjumpa satu contest nie dari blog kak Akmar nie


klik SINI untuk join!!

imantizz_truper bukannya pandai sangat dalam bermadah-madah nie.Setakat reka atau buat yang boleh menyedapkan hati boleh la..hehehe...

" Kita boleh kesiankan orang yang kita sayang Tapi kita tak boleh sayangkan orang sebab kesian"

 Dah lama imantizz_truper pegang kata-kata nie..dah dekat empat tahun kot..emm,nak tag adik Uni..moga2 dia pun ada jugak ayat indah untuk dikongsikan bersama...

Itu saja.Assalamualaikum..

p/s : tetiba ja dengar lagu sedih dekat tv...mendayu-dayu ja....rasa air mata nak cecah lantai...lagu orang putus cinta..( ehem..instrumen ja...)

Jumaat, 18 Mei 2012

#Indah tanpa Kata 4#


p/s : teringat  dekat pemilik hati yang jauh beribu-ribu batu dalam ukuran kura-kura......

**yang melukis bentuk hati tu,imantizz_truper tau? hahaha...perah santan..perasan...

Maher Zain

Assalamualaikum semua.

imantizz_truper nak tanya sikit,sapa yang tak kenal dengan jejaka yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Aya Zain nie? ( kalau tak kenal,memang macam katak dalam balang kaca la...hehehe)



Kenalkan nie,Maher Zain.Agak terkenal dengan lagu yang berunsur keagamaan.Banyak peminat En Maher Zain nie.Budak-budak kecik yang umur baru 3 4 tahun pun boleh hafal lagu2 beliau macam Insya-Allah,Barakallah dan banyak lagi.Tapi,lagu-lagu tu popular 2 tahun lepas.Sekarang nie,dah ada album terbaru..


nie muka depan album terbaru  **alhamdulillah,dah beli album nie

Antara banyak-banyak lagu dalam album nie,imantizz_truper paling suka lagu Number One For Me.Lagu yang berkisar tentang ibu...**dalam mtv Number One For Me tu,budak comel tu nakal betul...tapi mak dia sabar ja..
Mula-mula dengar tu dekat Hot FM,tapi tak tahu apa tajuk dia.Last sekali bila dengar lagu dekat cd Maher Zain,baru tau apa tajuk lagu tu.Kiranya tak rugi la beli cd nie.

Sapa-sapa yang minat Maher Zain,cepat2 la beli cd nie ya? Dalam cd nie juga ada lagu yang diambik dari ayat-ayat Ma'surat juga tapi ditukar jadi lagu.Best dengar.

Itu saja.Assalamualaikum.

p/s : nak balik rumah....huhuhuhu...rindu dekat my ummi walaupun my ummi tu selalu berleter....

Selasa, 15 Mei 2012

Aku Perlukan-Mu ya Allah




Serius...aku tengah serabut...( kan dah terkeluar panggilan 'aku'...uhh...)

Aku perlukan seseorang......

Rasa nak hentuk kepala dekat dinding pun ada....

Kadang-kadang aku tak percaya...

Tapi,aku kena percaya...

Allah,bantulah hamba-Mu ini....rasa nak nangis....rasa nak duduk tepi sawah bendang sambil peluk lutut....tapi,mungkin 2 3 hari lagi baru aku boleh buat macam tu....

Terasa rindu makin menebal dekat mak ayah yang jauh.....

Dekat adik Uni....

Haa...jiwa aku kacau,hati aku bilau,rasa macam nak meracau...

Aku perlukan Dia....

Ya Rabbi,ya Rahman,ya Rahim.....

Tenangkan hatiku setenang tenangnya hati seorang ibu menatap bayinya yang sedang tidur...

Amin

p/s : otw nak habiskan novel ' 5 Tahun 5 Bulan'....hari nie dah masuk hari ke 5 imantizz_truper 'berada' di Aberdeen...seksa kot nak habiskan novel sekarang nie...


Isnin, 14 Mei 2012

Segmen 2 : 6 perkara tentang saya..

klik banner kalau nak join

6 perkara tentang saya

1.Sukakan Buku

 Tidak dinafikan kalau imantizz_truper masuk mana2 kedai buku tak kira lah Hasani Bookstore ka ( ada dekat Sungai Petani,Kedah ),Popular ka,mesti tak duduk sekejap.Tambah2 kalau ada adik Uni.Kami hantu buku.Dari satu rak,ke satu rak imantizz_truper akan singgah.Wajib bermula dengan rak buku2 agama,lepas tu rak novel dan akhir sekali rak majalah..( nak intai majalah Solusi dan Perajurit ).Kalau novel tu,dok mencari novel karya pasangan novelis secocok,Ustazah Fatimah dan Dr. Farhan serta novel Hilal Asyraf.Kadang-kadang ja tengok novel cinta-cinta nie.

2.Tak suka marah orang,dan tak suka kena marah

 imantizz_truper tak suka marah orang.Kalau marah,mesti rasa nak nangis.Bukan apa,rasa kesian pulak dekat orang imantizz_truper marah tu.Dulu,masa adik imantizz_truper sekolah rendah,imantizz_truper selalu marah2 dia walaupun kesalahan dia kecik teramat sangat.dan bila fikir balik,' ya Allah,kesian dekat adik aku..patutnya aku kena bersyukur ada adik macam dia..kalau tak ada adik,sapa lah nak tolong masak dekat aku..dah la adik lelaki,bukan semua orang ada adik macam aku'.Sejak hari tu,imantizz_truper tak marah2 adik dah...kesian dekat dia...

3. Sukakan arnab

 Arnab...i really love it!!! imantizz_truper sukakan arnab sejak my abi belikan arnab waktu imantizz_truper darjah 6.Pertama kali bela arnab tu.Mata merah dan badan putih gebu.Sebelum tu asyik tengok my ummi bela lembu ja.My abi belikan arnab sepasang,sekor jantan,sekor betina.Adik imantizz_truper dapat arnab yang jantan,nama Comel.Arnab imantizz_truper nama apa ntah..dah lupa..huhuhu..Putih kot..tapi,sekarang arnab tu dah tak ada.Bila imantizz_truper nak bela arnab,my ummi tak bagi.Mungkin my ummi takut tak ada sapa nak jaga arnab tu kalau imantizz_truper sambung studi bulan 9 nie..emmm...arnab nie comel,diam.Kalau peluk arnab nie,gebu ja rasa...best!! hahaha

4.Sensitif

 budak yang kuat menangis.Kalau sedih sikit,mesti nangis.Kena marah sikit,air mata dah meleleh macam air terjun Titi Hayun.Kalau tension,mesti nangis.Kalau rindu dekat my ummi dan abi,nangis..hai,keja menangis ja.Dalam seminggu kalau tak nangis,memang imantizz_truper sakit.Tapi,menangis bukan bermakna imantizz_truper lemah.Menangis kan salah satu cara nak kuatkan hati.Kalau menangis,mesti imantizz_truper akan cakap dengan nanai gegirl....buat macam nanai tu faham..( nanai adalah patung kura-kura yanag berwarna pink )

5.Suka sejarah

 imantizz_truper memang sukakan sejarah..apa2 saja yang berkaitan dengan sejarah..tapi sejarah tak pernah dapat A pun...hahaha...tak tau kenapa,kalau baca buku sejarah,mesti tak ngantuk dan bertambah celik lagi ada la...hehehe...lain la kalau bagi buku math...conform dah sampai Aberdeen...( pengaruh novel 5 tahun 5 bulan )...cadang nak pi muzium tentera dekat Pulau Pinang..

6.Sukakan warna ungu dan lavender

 haruman lavender memang memikat hati..haa...heaven~....dulu,imantizz_truper tak berapa suka warna ungu tapi sejak pemilik hati sukakan warna ungu,imantizz_truper pun dah mula sukakannya....cute warna ungu nie...bukan pengaruh Dingin Lavenda tau? hahaha..

Itu saja..harap adik Uni boleh join sekali..berkongsi untuk ukhuwah muslimah sejagat...hehehe




Ahad, 13 Mei 2012

Contest Saya Nak Header By Cik Fie


Assalamualaikum semua...

First time join contest macam nie...harap2 boleh dapat header yang Cik Fie nak bagi tu..huhuhu..( gementar)...tak boleh ajak adik Uni sebab dia keja...kesian dia...contest nie akan berakhir tengah malam nie...Cepat2 la join ya? Kilik ja dekat banner nie...gd nite!!!



Rabu, 9 Mei 2012

Sesuatu yang nak dikongsi buat semua...

Assalamualaikum...moga2 semua sihat.km tak mau bercerita panjang malam nie sebab km kekontangan idea..hehehe..serius..

tapi,km ada sesuatu yang nak dikongsi dengan kawan-kawan semua..

" Awas Tanda Peace"




Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati!! Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala.Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa tu adalah tanda kegemarannya.Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist).



Harap kawan-kawan faham dengan apa yang km sampaikan nie..sekadar perkongsian bersama..sharing is caring..

p/s: km yakin mesti banyak kawan2 yang selalu buat lambang macam nie bila bergambar atau bergurau dengan kawan-kawan ( km pun tak terkecuali )..lepas nie tak boleh buat dah lambang macam nie sebab tak elok buat lambang nie..

wajib dengar....Maher Zain feat Aya Zain- My Little Girl 

Selasa, 8 Mei 2012

Lagu Cintaku....

Assalamualaikum...sekadar perkongsian untuk semua....

Mahar Cinta

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..



p/s: Insya-Allah,lagu mahar Cinta nie akan jadi lagu kebangsaan...( kebangsaan? Emmm...)...opps...lagu rasmi blog km nie...harap betul la...kot2 la terpikat dekat lagu lain pulak...emm...buat semua,selamat malam...nak tido dulu sebab esok last keja untuk minggu nie...hari khamis cuti..( lari bajet nak simpan gaji...huhuhu...be strong,muslimah!!!!)


Wajib dengar....Maher Zain-Number One For Me..

Jumaat, 4 Mei 2012

Ciri-ciri Gadis Muslimah....kita boleh lakukan perubahan demi Islam..




1.Solat tepat waktu

2.Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.

3.Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah,alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.

4.Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.

5.Bercakap dengan rendah suara.

6.Lembut dan halus tingkahlakunya.

7.Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.

8.Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.

9.Rambut, leher, dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.

10.Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.

11.Pandai mengambil hati orang tua.

12.Menghormati dan taat ibubapa.

13.Kesayangan keluarga dan tetangga.

14.Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.

15.Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.

16.Rambut tak diwarnakan.

17.Banyak dan murah dengan senyuman.

18.Banyak mendengar dari bercakap.

19.Senyuman adalah ketawanya.

20.Tidak ketawa terbahak-bahak.

21.Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.

22.Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan              fitnah.

23.Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.

24.Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.

25.Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.

26.Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.

27.Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.

28.Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.

29.Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.

30.Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.

31.Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.

32.Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.

Banyak jugak kan ciri-ciri muslimah yang kita semua tak tahu? Emm..memang kena banyak berubah nie.Semua nie boleh diikut oleh semua rakan-rakan muslimah dekat luar sana.Berubah untuk kebaikan tak salah kan tapi kena istiqamah dan tekadkan hati nak berubah.Jangan berpaling ke belakang dah kalau kita sedang mara ke hadapan.Bak kata mak km,jam tak pernah berpusing ke belakang tapi jarum jam akan terus berpusing ke hadapan.

Berubah bukan senang.Macam km dulu...nak jaga solat pun agak susah tau? Bila masuk asrama baru boleh disiplinkan diri.Masa km f.3 dulu,kalau tak silap,ustazah pernah tanya dekat kawan sekelas, solat mana yang paling liat sekali nak buat awal2.Pastu kawan km tu bagitau yang dia paling liat nak solat Maghrib sebab dok 'ralit' ( bahasa orang Kedah,maksud dia 'leka' ) main bola sepak..( dia tu lelaki).Km pun liat jugak nak solat dulu.Ya la,duduk rumah,bukan duduk asrama.Masa dok kem motivasi dekat Pokok Sena dulu,memang solat yang akan didahulukan sebelum aktiviti dijalankan.( rindu betul dekat kem motivasi macam tu..).Kem tu dah buat km berubah  untuk dekati agama..moga2 semua nie akan berterusan sampai km mati,AMIN..


Dulu km pernah terbaca satu petikan nie.Petikan nie macam bagi semangat ja dekat km.

" Kita tak perlu mati demi Islam tapi kita perlu hidup untuk Islam"

Terasa semangat membara-bara ja sebab bila difikirkan balik,bukan senang nak hidup sebagai seorang Islam di akhir zaman nie.Macam2 yang kadang-kadang kita langsung tak terjangka dek akal boleh berlaku sekarang nie.Jadi,kita kena kuatkan hati,cekalkan iman,sayang mak ayah bila nak buat sesuatu dan ingat Allah selalu.Km bukannya orang yang baik atau alim ulama sebab km rasa,kalau la km dijemput Allah sekarang,amalan km sekarang 0.00%..km hamba Allah yang sentiasa kosong dengan amalan dan wajib mencari bekalan untuk akhirat.Jadi,kita sama2 mencari cinta Allah ya?

Moga Allah berkati kita sebab kita adalah kejadian Allah yang paling indah.Bersyukurlah dilahirkan sebagai muslimah yang hidup dalam persekitaran Islam sebab tak semua muslimah di dunia nie nikmati hidup macam kita....

Islam,cara hidupku...Islam,agamaku hingga nafas terakhir....

p/s : rindu pulak dekat adik Uni..malam nie dia keja....kesian dekat dia...2 3 hari nie km asyik rindu dekat orang ja...rasanya orang tak pernah rindu dekat km...hahaha...

Selasa, 1 Mei 2012

Saya adalah saya...takkan sama dengan orang lain..

saya bukan cantik..tapi saya adalah hamba Allah yang dicipta-Nya tanpa kecacatan fizikal..moga kesempurnaan ini kekal hingga saya bertemu dengan pencipta saya yang Maha Agung...saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana...bukannya keluarga yang kaya tapi bukan juga keluarga yang perlu mengharap belas ikhsan dari orang lain untuk terus hidup..ibu bapa saya berupaya berusaha mencari rezeki yang halal buat menyara adik beradik saya..

saya beruntung....saya miliki ibu bapa yang menyayangi saya..saya ada abang,kakak dan adik..keluarga saya lengkap meskipun tidak besar..saya punyai saudara mara yang turut menyayangi saya..saya beruntung...mereka sentiasa menasihati saya ke arah kebaikan....

saya adalah saya...saya bertuah kerana saya miliki peluang untuk melanjutkan pelajaran dan bersekolah di sekolah-sekolah yang hebat...saya bertuah kerana dapat menimba ilmu dari pendidik yang berdedikasi...walaupun saya terpaksa tinggal di asrama,tapi saya redha...Allah sayangkan saya...saya dah berusaha,tapi saya tidak berjaya seperti orang lain...mungkin Allah dah tetapkan takdir yang terindah buat saya... 

saya adalah saya...takkan sama dengan orang lain...saya bertuah punyai rakan-rakan yang begitu memahami saya....terima kasih semua...saya nak bersahabat dengan kamu semua sampai akhirat...biar mereka yang menjadi saksi,saya berusaha menjadi hamba Allah...

saya adalah saya...saya sayang pemilik hati saya...saya bertuah berada di sampingnya....saya tak perlu jadi orang lain untuk bersamanya...moga pemilik hati lebih kuat mencari cinta Akhbar....

kadang-kala saya rasa,saya tak macam orang lain....mereka punyai segala-galanya..saya tak...tapi saya silap...saya adalah saya..saya takkan jadi orang lain...mungkin saya kurang,dan mereka lebih...tapi mungkin saya lebih dari mereka...

Allah dah tetapkan segala takdir kita sejak kita berumur tiga bulan dalam rahim ibu....saya tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan...begitu juga dengan orang lain...jadi,masing-masing akan berusaha dengan cara masing-masing....

saya adalah saya....saya tak perlu mengubah apa yang saya ada untuk jadi cantik...saya perlu ikut apa yang Allah tetapkan buat saya...saya tak perlu mengubah apa-apa...cukup lah saya mensyukuri apa yang saya ada...

saya banyak buat salah....dengan orang,binatang,benda,...banyak sangat-sangat....saya minta maaf...saya manusia,bukan malaikat yang tak bernafsu,tak makan minum,setia pada tuannya....

saya bukan baik..tapi saya bukan jahat juga....saya tak layak masuk syurga tapi saya juga tak sanggup biarkan api neraka mensalai tubuh saya...

saya mengejar cinta Allah...saya nak kejar akhirat dalam dunia tapi saya harap saya tak tersasar...moga ada takdir yang terindah buat saya....

saya ingin ke Palestin...tempat kelahiran para anbiya...saya ingin merawat luka dan bawa kegembiraan saya di sini untuk kanak-kanak di sana...terasa mereka memanggil saya...tapi saya tak pasti Allah izinkan saya ke sana atau tidak..

saya ingin bina sebuah rumah di tepi sawah yang menghijau...rumah saya berdekatan dengan masjid...saya harap macam tu sebab bila azan Subuh berkumandang,saya dan pemilik hati akan menjadi orang yang terawal menjadi tetamu rumah Allah....

saya adalah saya....saya berbeza dari orang lain...cuma saya harap saya dan orang yang saya sayang akan dapat bersama sewaktu di Padang Mahsyar,sebagai hamba Allah yang Allah rindui...

Ya Allah,temukan hamba-mu ini dengan mereka ini kembali....

gambar waktu semua pergi jamuan kelas dekat RFC Bandar Laguna Merbok.Ambik gambar waktu atas bas 'ombak'...

Kenangan waktu belajar dekat SM Teknik Sungai Petani 2,Sungai Petani untuk kursus Perkembangan Awal Kanak-kanak.Km semua 'batch' 2008/2009.Kami semua anak-anak dara Puan Siti Nazly Bt Abdul Shattar dan Puan Hathijah Ghazali..Rasa beruntung sangat sebab kami semua dijaga selama 2 tahun oleh dua orang cikgu yang solehah,ibu yang penyayang,kawan yang memahami dan kaunselor yang tak putus-putus bagi nasihat yang membina.

Teringat pulak kalau waktu cuti panjang,mesti cikgu Nazly akan pesan dekat km semua sebelum berangkat keluar dari bengkel

" Cuti elok-elok.Jaga diri,jaga 'body"


Cikgu memang wajib pesan macam tu sebab kami semua kan anak dara.Dalam kelas ada 21 orang dan bayangkan lah cikgu boleh tau perangai kami semua macam mana.Dalam kelas,ada kawan-kawan yang tinggal dekat Gerik,KL,Pulau Pinang,macam2 lagi lah....

Tempat tinggal Pelajar  5 PPK 2009


KEDAH
Sungai Petani- 3 orang ( Nabilah,Nyok,Zue)
Baling- 4 orang ( Afifah,Ijan,Syafiqah,SyanSyan)
Padang Serai-2 orang ( Khairunnisa,Amira)
Langkawi-1 orang ( Azimah)
Alor Setar-2 orang ( Umi,Fadz)
Pendang-1 orang ( tuan punya blog)
Yan-1 orang ( Nani) 
Sungai Piai ( Tanjung Dawai)-1 orang ( Sakinah..)
Merbok-1 orang ( Ashyla...dia puji km dulu sebab km org pertma yg tau eja nama dia..bangga oo)

PERLIS-1 orang ( Zahirah...semalam km mimpi dekat dia..huhuhuhu)


PULAU PINANG
Permatang Pauh-1 orang ( ZaZa) 
Bandar Perda-1 orang ( Cik Lat...sebab dia selalu pengsan lepas kepala terhantuk payung dekat padang...kira pening lalat la)


PERAK
Gerik-1 orang ( Eyra) 


KUALA LUMPUR-1 orang ( Qultaz)

Amacam? Ckup 21 orang tak? Alhamdullillah,Allah kurniaan km ingatan yg kuat.Smua km ingat lagi pasal kawan2 km nie.Nie baru kwan2 kelas.Bukan kawan2 dorm lagi.Nama yang km letak pendek tu semua geng    
geng km." Geng meja petak"..termasuk lah si cantik manis dari KL tu.Dia tu terrer dalam BI.Jadi 'best student' kesayangan Tr. Lisa yang cute..



Gambar lepas turun bas.Tapi,kami semua tak cukup seorang.Zue tak boleh join.dan dia halalkan bayaran untuk jamuan tu.Harap km boleh bersama lagi dan tangkap gambar ramai-ramai.Dah 2 tahun km berpisah.harap korang semua tak lupa dekat aku nie...huhuhuhu...Masa tu muka budak-budak lagi wei...
Kalau tangkap gambar sekarang,mesti lagi matang kan?

p/s; rindu sangat2 dekat semua.Moga Allah berkati hgpa semua...



Isnin, 23 April 2012

My Ummi...


Assalamualaikum.***malam nie nak jadi formal jap....hehehe.Sebenarnya imantizz_truper tak tau nak cakap apa.Jadi,imantizz_truper pun letak lah gambar dekat atas tu...

Dok mengemas beg cik lappy tadi,imantizz_truper pun terjumpalah sesuatu.Jumpa yang spesis macam nie....


" My Lovely Cincin"

imantizz_truper tak boleh nak tunjukkan gambar cincin tu sebab  imantizz_truper  tak ada kamera ataupun gajet yang membolehkan  imantizz_truper  berkongsi gambar tu dengan semua.Cincin tu cantik tapi cincin tu bukanlah cincin emas yang tulen.baru beli ja cincin tu dan itulah cincin pertama yang  imantizz_truper  beli guna duit sendiri.Cincin yang ringkas dan tak lah begitu mewah.Sebenarnya cincin tu imantizz_truper beli dengan sepupu tersayang Mulanya kami berdua cadang nak beli cincin yang sama bentuk tapi cincin untuk saiz jari imantizz_truper tak ada.Mungkin bukan rezeki kami berdua nak beli barang yang sama.Banyak jugak barang kami berdua sama.Mungkin kami banyak ber'dating' berdua kot.

Akhirnya imantizz_truper pun pilih cincin yang telah mencuit hati kecilku.Tak dinafikan imantizz_truper suka sesuatu yang biasa-biasa dan tak menyemakkan pandangan.Cincin tu ada ukiran emas putih yang bentuk macam empat butir batu hiasan cincin.Nice..bak kata adik Amir..

Bila sampai dekat rumah ja,km terus tunjuk dekat mak.memang teruja sangat-sangat...** sori,dah hilang 'keformalan...

Km : Mak,cincin nie cantik tak? ( mak ambik cincin dan memerhati dari jarak dekat)
 Mak : Emm,boleh tahan.Beli mana nie?
 Km : Beli dengan kak cik tadi.Cadang nak beli sama tapi cincin cik tak ada saiz.
Mak : Ooo....cantik jugak.
 Km : Nanti,cik nak pi tempah cincin macam nie dekat kedai emas boleh dak?
 Mak : Boleh.
 Km : Cik nak buat cincin macam nie sebijik lah.Cincin nie 'simple' ja mak.
  Mak : Bila nak tempah cincin macam nie,bagi cincin nie dekat tukang emas tu.Tapi,dekat sana 
             lagi banyak pilihan tau? Yang lebih cantik dari nie pun ada.
  Km : Tak apalah,cik nak tempah cincin maca nie ja.Muktamad.
   Mak : Ya la tu,harap-harap tak ubah fikiran.Mana tau,kot2 nampak yang lagi cantik,dah tak                            
               pandang cincin nie.
   Km : Insya-Allah,moga2 cik tak ubah fikiran.Cik nak yang nie ja.Mak tau kan anak pempuan
             bongsu mak nie macam mana.Kalau nak yang.yang tu lah.. ( mak senyum ja)

Itulah sebahagiaan perbualan km dengan mak tengahari Jumaat yang lepas.Bila fkirkan tentang pilihan,ikhlas mak ayah km tak pernah mengongkong.Teringat pulak kata-kata mak waktu mak nak meminang tunang abang sulung km dulu.
   " Mak tak kisah sapa pun jadi menantu mak,asalkan
    semua berkenan dekat hati.Mak tak mau buat pilihan 
    hangpa semua sebab bukan mak yang nak kahwin tapi 
    hangpa"

Tak dinafikan,bila mak buka mulut dan mula berceramah,mak tak pernah tujukan 'ceramah' tu dekat sorang-sorang anak.Semua akan kena tempias.Termasuklah km sendiri.Ceramah ok lagi,jangan marah2 sudah lah.               
Bila teringatkan balik apa yang km bersembang dengan mak pasal cincin tu,km teringat,mak pernah pesan dekat km bila mak tau km nie berkawan dengan pemilik hati.

 Km : Mak marah dak cik kawan dengan 'dia'? ( 'dia' tu pemilik hati)
  Mak : Tak marah,tapi pandai-pandai la jaga diri.Ingat mak ayah kalau nak buat apapun.
   Km : Insya-Allah...
 Mak : Kalau nak kawan tu,kawan biasa-biasa dah la...

Haa....bagaikan tsunami melanda hati ja bila mak cakap macam tu." biasa2" yang mak maksudkan tu mak nak km berkawan saja,tak ada lebih2.Tapi,waktu mak cakap tu km dengan pemilik hati dah mula rapat,km pun dah rapat dengan pemilik hati punya mak.Ya Allah,tenangkan lah hatiku.Mak km cakap macam tu waktu tahun 2010.dah lama tu.

Lepas dua tahun,km dengan ringan mulut bertanya lagi dekat mak.Takut gak,tapi,kena kuatkan hati sebab banyak lagi cabaran yang bakal km tempoh.Baru nak masuk 20 tahun kot...

 Km : Mak,cik nak tanya sikit boleh dak?
  Mak : Tanya apa? ( ketaq2...)
 Km : Awat mak suruh cik kawan biasa2 ja dgn dia tu?
  Mak : Nanti dekat u,banyak lagi orang.Boleh pilih yang mana2,yang hebat.
  Km : Ooo...macam tu ka? ( mak angguk)
            Salah ka cik kawan dengan orang dekat?
 Mak :........mak tak cakap salah pun tapi hg tu tak masuk u lagi..banyak lagi org yang hg tak jumpa
          Dok nampak yang depan mata ja
 Km : Cik bukan nampak dia selalu....( nada bergurau,tapi,terus tak jadi sebab mak macam marah..)
          Cik bukan apa,cik dah lama kawan dengan dia.Lepas cik masuk sekolah teknik,cik kawan
            dengan dia..(mak diam).
            Ikutkan hati,cik nak cari kawan dekat sekolah teknik tu tapi tak ada berkenan di hati.
 Mak : Tapi,hg tak masuk u lagi...mana la tau kot2 dapat laki yg jauh sikit..
 Km : Cik tak mau kahwin dengan org jauh.Nanti tak boleh balik raya dengan mak..
             Kalau boleh,cik nak kahwin dengan org dekat.Boleh balik rumah selalu,tak payah gaduh
              gaduh...
 Mak : Ya la tu..ntah2 bila dah kahwin,lupa dekat mak.
 Km : Insya-Allah,tak lupa.Mak nak duduk dengan cik pun boleh.
 Mak : Mak tak mau duduk dengan anak-anak.Mak nak duduk dekat pondok,nak mengaji bab
                    bab agama.Bekalan untuk mati.
Km : Kalau macam tu,mak duduk pondok dengan ayah.Cik bagi mak hnset pastu tiap-tiap bulan
\ cik 'bank-in' duit dekat mak.Kalau boring duduk pondok,telefon cik,mak boleh mai rumah,main
 dgn anak-anak cik..( mak senyum..manis sangat2) Kalau boleh,cik nak kawan dengan 'dia' sampai bila2 sebab mak 'dia' baik dengan cik.Lagipun 'dia' dengan cik duduk satu daerah.Tak payah gaduh2 bila balik kampung...( mak buat bodo ja)

Memang dah jadi perangai km,km akan suka pada sorang tu dan takkan suka orang lain dah.Hrap km tetap akan tempah cincin yang km nak tu dan takkan pilih cincin yang lain.Moga2 Allah tetapkan hati km.Macam tu juga dengan pemilik hati km.Harap sangat2 dia lah jodoh yang dah tertulis dekat Luh mahfuz untuk km sebab km yakin,dia boleh bahagiakan km...

My ummi...mak memang perempuan yang baik,garang bila dengan anak-anak,tapi tak pernah pukul km berempat.Syg mak sangat2...terima kasih mak sebab mak tak pernah halang cik buat pilihan sendiri.Cik harap,anak cik nanti dapat warisi hidung mancung mak sebab cik,abang,kak dgn adik hidung sama2 penyet...huhuhuhu...



Bila tengok gambar nie.terus ingat dekat pemilik hati...dia suka warna purple dan mula hari nie dia dah final.Abg,good luck untuk exam..studi elok2..moga Allah berkati abg...

p/s : hari rabu nie km ada 'date' dgn Nisah,tengah fikir nak buat apa dekat Alor Setaq...untuk adik Uni,
       jumpa doktor dekat hospital elok2...

Sabtu, 14 April 2012

Saat puteri ayah menjadi suri hati seorang insan bergelar suami...

Assalamualaikum semua.Harap semua sihat di bawah rahmat dan kasih Illahi.Ok tak tajuk km hari nie? Bukan apa,semua kawan2 km yang muslimah,bukan muslimin  akan menjadi hak kepada seorang insan yang bernama suami.Lepas kita dilahirkan,kita akan menjadi tanggungan ayah sampai la kita kahwin.Bukan setakat tanggungjawab duniawi ja macam keperluan,tempat tinggal,keselamatan dan kesihatan tapi tanggungjawab terhadap Allah pun ayah kita yang tanggung.Dan ini yang km jumpa waktu telah berjalan-jalan dalam blog **kira blogwalking la..




"SAAT LAFAZ SAKINAH"


Saat Lafaz Sakinah-Far East

Heningnya

Sunyi suasana

Lafaz sakinah bermula

Apa rasa

Diterjemah hanya

Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku

Serah kini amanahku ini padamu

Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Chorus

Dulu esakannya sandar di bahuku

Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur

Akan pesanmu

Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Mungkin semua tak pernah dengar lagu nie sebab km tau bukan semua yang gemari lagu yang bercorak nasyid tapi ada juga yang suka dengar kan? Lagu nie dinyanyikan oleh salah satu kumpulan nasyid iaitu Far East.Kalau nak dengar,boleh ziarah  SINI.

Lagu nie berkisarkan tentang pesanan seorang ayah kepada bakal suami kepada puterinya.Sayu ja dengar lagu sebab km nie anak manja ayah.Macam2 pesan ayah buat puteri yang disayangi.Siapa-siapa yang anak manja mesti akan rasa lain bila dengar.Jangan pula bila dengar lagu nie,terus tak nak kahwin.Mula dengar lagu nie waktu ayah km buka siaran radio IKIM.Paling menyentuh hati bila dengar bait-bait lirik,"Jadikan dia wanita syurga".Tersentak ja jantung nie bila terfikir ayah kita berharap kita akan jadi salah seorang penghuni syurga Firdaus milik Allah.


Ayah,maafkan anakmu ini andai pernah sakiti hati ayah.Walaupun anakmu sering membuatmu sedih,tapi,anakmu ini berharap,akan terbina sebuah mahligai milik ayah di syurga kelak.Auratku,solatku,tingkahku,hatimu akan anakmu jaga dengan sepenuh hati.Moga Allah sentiasa berkati ayah hingga akhir waktu ayah bernafas di muka bumi Allah ini..Moga syurga milik ayah.. 

p/s: bila sampai waktu kita akan pergi jauh dari mak ayah dan menjadi hak kepada suami kita,kita takkan dapat menikmati saat indah bersama mak ayah sebagai anak yang manja..mungkin la,takut ada orang cemburu dengan kita..hehehe 

Selasa, 3 April 2012

**Indah tanpa Kata 3**

p/s: gementar menunggu 7 April yg bkal tiba....ketaq sangat2...ya Allah,bantulah hamba-Mu yg lemah ini...demi cita2,impianku,harapn org tersayang..

Ahad, 1 April 2012

Buku oo buku....

Assalamualaikum semua!!!! Hari nie ok.Pg sampai petang dkt Sg. Petani nie cerah tapi bila mai petang sampai waktu Maghrib,hujan pulak.Tapi,nie bukan hujan biasa,nie hujan rahmat.Allah kan sayang kita...hehehe.Bila hujan turun,tanah,pokok2 yang sepanjang hari di simbah dgn cahaya matahari akan jd sejuk sikit bila hujan turun.Bukan k rahmat tu? hehehe..Ok,nak dijadikan cerita pasal buku nie,hari Jumaat yg lepas km pi 'mencari' buku dekat kedai buku.Dekat Sg Petani nie,ada tiga kedai buku yg agak terkenal..antaranya ialah... Hasani Bookstore
Kedai buku Hasani nie memang kedai buku yg paling suka dan kerap dikunjungi oleh km dan kawan2 bila keluar bersama2.Km memang minat buku dari benda2 lain macam nak shopping baju2.Shopping buku lagi best...hehehe.Mujur adik Uni km tu minat sama dgn km.Dia tu hantu novel.Untuk permulaan cuti dulu,x tau berapa buah novel yg dia baca..ish2,sambil geleng kepala.Km selalu singgah Hasani nie bila nak beli majalah,buku pelajaran dan buku agama dan juga minuman.Ya la,penat oo bila mencari buku nie.. Popular Bookstore
Banyak cawangan Popular bookstore nie.Ya la,seluruh Malaysia ada..hehehe.Kedai buku nie memang wajib disinggahi oleh adik Uni.Nak tau kenapa? Sebab ada....
Hgpa x nampak ka? Yg nie kenal x?
Ok,adik Uni minat dgn komik Detective Conan.Dia wajib pi Popular Bookstore sebab dia nak 'borong' komik nie.Sekali borong,ambik dua.Harga pun berpatutan la.X mahal sangat.Bila dia beli,kak dia nie boleh tumpang jugak..hehehe...hai,macam nak buat entry utuk adk Uni plak.. Kedai buku seterusnya...
Kedai buku nie ada dekat Tesco Sungai Petani dgn Tesco Selatan kot..Popular pun ada dekat Tesco Selatan.Kedai buku nie jrg2 km masuk sebab km jarang pi Tesco.Pernah kot km masuk dulu,waktu form 5.Masa tu km outing dgn mak ayah junior 1 dorm km dan waktu tu bekalan air dekat hostel x ada.Mak ayah adik dorm km tu dtg ke sekolah sebab depa nak bawak balik anak tunggal depa balik Jitra tp depa x jd bawak balik sebab lori JKR dah angkut air ke sekolah.Bila dah x jd,km pun outing pi Tesco.Waktu km beli novel Ayat2 Cinta...best sangat2..hehehe.Macam apa ntah,dlm x ada air tu sempat lg outing dgn beli novel baru.Tp tu cita lama. Apapun,km beli buku nie masa pi Hasani hari jumaat lepas....
Buku terbaru Dr. Farhan Hadi nie km beli dgn harga RM 23.Comel sangat2 sebab muka depan buku nie warna biru..km suka warna biru .Dulu dah beli novel Denyut Cinta Medik.Boleh bg lima bintang sebab novel nie senang faham bila baca..hehehe.Pertama kali km baca buku yang mengenai perubatan + cinta + fiqh wanita dan paling penting 90% berkisarkan agama.Untuk novel terbaru nie,tetap berkisarkan perubatan tp dicampurkan sedikit dgn pelbagai jenis perubatan yg agak terkenal dekat negara kita nie macam perubatan Islam dan juga amalan perubatan yg berunsurkan tahyul misalnya bomoh dan perubatan yg tidak berlandaskan agama.Perubatan yg tidak berlandaskan agama nie macam x berpandukan ayat al-Qur'an la.Selain tu jugak,dalam novel nie juga ada juga pengajaran dan cara-cara untuk memilih bakal 'bidadari hati'.Dalam novel nie,ada ditekankan jgn pilih wanita yg cantik paras rupa tp x cantik agama.Kalau cantik paras rupa,paras rupa tu akan hilang.Agama penting sebab agama tu yg bawa kita jumpa Allah nanti.Setakat nie,walaupun km x habis baca lagi,bg km novel nie bagus.Banyak pengajaran yg dapat bila baca novel nie,macam kita kena percaya pada sains dan teknologi kalau kita sakit walaupun ada perubatan yg lain.Dan kita patut rujuk pada org yg lebih pakar bila kita ada masalah.Kalau kita masalah pasal agama,kita kena tanya org yg lebih mahir dlm agama dan jangan tanya pada org jahil.Nanti takut kita sesat dlm masalah sendiri.Ok lah,setakat tu saja.Km nak sambung baca novel tu balik.Kalau nak novel tu,sila dapatkan dekat kedai buku2 yg berhampiran ya? ok,assalamualaikum.. p/s: km beli dua buah buku nie sebab km nak hadiahkan pada seseorg.....moga Allah rahmati kita semua...

Khamis, 29 Mac 2012

Sepi tanpa Dia..

Sunyi betul...macam hidup seorang ja dekat dunia ni.Tak ada apa yang boleh dilakukan...diam dan menanti...terus menanti hingga sampai waktu akan pergi.Mungkin satu hari nanti akan pergi jauh.Meninggalkan apa yang telah ada dalam genggaman dan pergi mencari jalan sendiri.Akan mula berdikari dalam tidak sedar yang ada akan menanti di belakang.Menanti untuk kembali bersama semula dan menanti saat bahagia setelah lama berjauhan.Bila sampai waktu itu,segala yang menjadi pegangan akan terlerai dan menuju ke hadapan tanpa sebarang panduan,hanya secebis nasihat penuh kasih memagari dalam benak fikiran yang kudus.Hanya percaya pada Allah,dan sentiasa percaya Dia bersama kita meskipun kita jauh dari yang bertanggungjawab menjaga kita. ******************************************************************************* Perlahan-lahan aku bangun bersama buku tebal dan mula berlalu ke tempat meletakkan basikal.Aku ingin segera pulang.Ingin melepaskan lelah sebelum kembali ke kampus semula petang nanti. “ Safiyya?” Aku berpaling ke belakang apabila sedar namaku diseru.Sebaris senyuman dari bibir merah terpampang di mataku. “ Ini,nota awak pinjamkan pada saya.Terima kasih.” Aku menundukkan sedikit kepalaku,tanda menerima penghargaannya.Tanganku menyambut huluran nota Tamadun Asia Timur milikku. “ Saya pulang dulu.” “ Emm,petang ni awak terlibat dekat dewan tak?” Aku mengangguk tanpa suara.Itu rakan sekuliahku.Namanya Ahmad Fathir. ********************************************************************************** “ Luq,letak bunga ni dekat penjuru pentas.” Ujarku sambil menunjukkan jambangan bunga lavender palsu yang terhias cantik di atas tangga untuk diletakkan di penjuru pentas.Bunga itu adalah pilihan bersama dengan ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab mengendalikan majlis orentasi bagi mahasiswa yang baru mendaftarkan diri semalam.Luqman yang masih berbaju melayu hanya menuruti perintahku. “ Sibuk betul saya tengok awak Safiyya?” Aku berpaling.Sebaris senyuman mula meniti di bibir Ahmad Fathir. “ Allah sayang saya lebih.Saya minta diri dulu ya?” ujarku tanpa memanjangkan perbualan.Bagiku,tidak manis rasanya Ahmad Fathir berbual denganku.Tambahan pula aku harus menjaga diri.Aku tak mahu perbualan antara kami menjadi bual bicara orang lain meskipun kami berada di khalayak ramai. “ Eh,Safiyya,Fathir tegur Safiyya ke?” Pertanyaan tiba-tiba dari Najwa membuatkan jantungku berdegup kencang.Ya Allah,ampunkanlah dosa hambamu. ********************************************************************************** “ Fiyya,Fathir suka dekat Fiyya.” Ujar kak Hanim.Mataku memandang wajah kak Hanim sayu.Tenang sekali wajah bersih itu menyampaikan khabar. “ Macam mana kak tau?” “ Dari Dr. Azzah.Prof Hasyir yang beritahu.” “ Bagus lah,ada orang tengah.” Ujarku lalu menyelak mashaf kesayangan.Pemberian dari ibu yang sering mengitip doa buat puteri tercinta. “ Mungkin akan ada taaruf dengan Ahmad Fathir.Antara Siti Nur Safiyya dan Ahmad Fathir.” Jari jemari halus kak Hanim menyentuh tangan kananku.Aku menuduk.Terdapat sebentuk cincin emas berbatu jernih di jari manisku di situ.Terhias molek. “ Insya-Allah,takkan ada taaruf itu.” Kak Hanim memandangku. “ Kak kenal Ahmad Fathir.Dia sepupu kak.” Gadis ini cuba menyakinkan aku. “ Bukan tentang kebaikan,kak,tapi,Allah dah tetapkan takdir yang terindah buat Fiyya.” “ Takdir? Kerana cincin nie ke?” Aku mengangguk dan mula tersenyum. “ Safiyya seorang isteri.Isteri kepada Muhammad Syahiran.” Pelukkan erat berselang seli dengan kalimah kesyukuran mula kedengaran. ********************************************************************************* Hari yang dinanti sudah tiba.Usai bertarung dengan soalan yang mencabar,aku berangkat pulang ke kampung dengan bas.Perjalanan tidak terasa dek kerinduan yang kian menggunung merajai hatiku. “ Assalamualaikum.” Huluran salam membuatkan wajahku dihiasi dengan senyuman.Tubuh mama dipeluk erat. “ Waalaikummussalam.Mama sihat?” Mama mengangguk. “ Mana abang?” soalku. “ Ada,dalam kereta.Dia tertidur tadi sebab penat.Dia pun baru sampai pagi tadi.” Aku dan mama beriringan menuju ke kereta. “ Mama nak ke tandas sekejap.” Ujar mama setelah beg pakaianku memenuhi bonet kereta.Daun kering yang gugur menyapa kepalaku.Segera aku ambil daun berwarna coklat muda dan dibiarkan di tapak tangan.Apa sahaja yang berlaku pasti bersebab.Daun ini gugur disebabkan musim kemarau sekarang. Begitu juga dengan aku.Aku pulang ke sini disebabkan rinduku yang kian menggunung tinggi. “ Assalamualaikum.” Terasa telingaku disapa nafas hangat.Anak mataku pantas membulat melihat abang yang tiba-tiba berdiri di tepiku. “ Waalaikumussalam.Abang..” Tanganku pantas meraih tangannya lalu dikucup mesra.Pandangan mata kami bersatu. “ Safiyya?” Lamunanku mati.Sentuhan lembut mama dibahu meleraikan daun yang berada di peganganku.Mama tersenyum.Aku berpaling melihat abang yang turut bersama kami,cuma jarak yang agak jauh membuatkan antara kami terdapat hijab.Ketika aku berada di kampus,aku langsung tidak mendapat sebarang panggilan dan sms dari abang.Hanya aku sahaja yang menghubungi. “ Jom,kita balik.Mesti abah tengah tunggu kita.” Ujar mama sambil memaut bahuku.Ya Allah,aku cuma bermimpi.Tanpa menghiraukan daun itu,aku masuk ke dalam kenderaan MPV milik abah.Awal-awal lagi aku mengambil tempat duduku di bahagian belakang dan berada di belakang tempat duduk mama.Aku tidak mahu wajahku menjadi mangsa jelingan maut abang.Seperti yang aku lalui sewaktu kami sekeluarga pergi ke majlis perkahwinan sepupu abah di Perak di mana waktu itu kami belum menjejakkan kaki ke kampus.Mataku memandang cincin yang masih kemas tersarung di jari manisku ini.Cincin ini bukan pilihan abang,sama dengan perkahwinan kami.Jika tidak kerana abah yang memaksa abang melangsungkan juga perkahwinan ini,pasti hubungan kami baik seperti dahulu.Bergurau senda,selalu tersenyum manis meskipun tika itu aku tidak halal kepadanya.Kehadiranku di sisinya tidak diundang. “ Kalau tak kerana Safiyya yang nak nikah cepat-cepat,mesti abah tak cepatkan pernikahan kita.” “ Abang,abah nak yang terbaik untuk anak sulung dia.Dia tak nak kita terus menerus bergelumang dengan dosa.” “ Dosa apanya kalau kita jarang bertemu.” “ Ehem,jauh menantu mama mengelamun.Teringat kampus ke?” Mama berpaling ke arah belakang sambil tersenyum. “ Tak adalah,ma.” Sempat mataku mencuri-curi memandang abang.Dia bersahaja,masih menumpukan perhatian kepada pemanduan.Jantungku berdegup kencang.Perasaan yang sama andai aku ingin bertemunya.Sampai sahaja di rumah,aku pantas menuju ke bilik untuk menyimpan barang-barang.Abang mengekoriku namun dia keluar tanpa bersuara. “ Abang...” panggilku sewaktu kami solat Zuhur berjemaah.Dia berpaling tanpa kata.Hanya pandangan mata yang menjadi pengganti suara. “ Abang sihat?” “ Alhamdullillah.” Melihat dia bersuara,aku mula merapatinya.Perlahan-lahan aku meraih tangannya lalu mengucup lembut. “Safiyya minta maaf sebab tak sempat nak kucup tangan abang waktu Safiyya sampai tadi.” Ingin sahaja aku menangis,namun,abang terus melepaskan pegangan tangan.Seakan tidak merelakan aku menyentuhnya. “ Syah nak keluar dulu.Kalau Safiyya nak apa-apa,minta pada mama.” Tanpa berpaling ke arahku,abang terus berlalu.Air mata yang ditahan agar tidak gugur akhirnya jatuh ke lantai jua tanpa dipinta. Mashaf kesayanganku dikucup lembut.Pintu bilikku terkuak sedikit.Terpampang wajah mama manis menguntumkan senyuman. “Safiyya,mama nak keluar beli barang dengan abah. Safiyya nak ikut?” Aku mengeleng perlahan. “ Tak apa,ma.Abang tak ada.” “ Syah izinkan Safiyya ikut.” Aku terus mengeleng,tetap dengan pendirianku. “Safiyya nak rehat dekat rumah ja.Mama pergi la dengan abah.” Mama mengerti.Pintu bilikku kembali terkatup rapat.Selesai mengemaskan bilik,aku keluar dari rumah.Rumah kayu semi batu sederhana besar sunyi sekali.Tinggallah aku sendirian,seperti yang aku alami sewaktu di kampus.Semenjak aku menjadi penghuni rumah ini,aku lebih suka menghabiskan masa di rumah.Seakan aku menanti cinta abang kembali padaku. “ Cinta kita dah berakhir bila Syah lafazkan akad.” Masih terngiang-ngiang kata-kata pedih yang menyayat hati itu.Kaki yang bersarung alas perlahan-lahan menuruni tangga dan berlalu menuju ke arah gazebo kayu buatan abah.Tanganku pantas mengangkat sedikit jubah yang aku sarungkan agar labuhnya tidak mencecah pasir.Inilah pakaianku sejak aku menjadi Puan Siti Nur Safiyya.Pakaian ini pernah dipinta oleh abang sewaktu kami berkawan dahulu.Berpakaian sopan,bertudung labuh dan sedap mata memandang.Aku tahu,inilah tiket untukku kembali pada Allah bersama abang.Kembali ke pada Allah sebagai wanita Muslimah yang hidup dalam Islam. “Safiyya sayangkan abang.” Kepalaku tunduk memandang cincin perkahwinan kami.Cincin emas bertatahkan batu jernih itu manis sekali dipandang.Menjadi kebiasaanku jika teringatkan abang,mataku pasti singgah pada cincin tersebut.Bunyi deruman motosikal memasuki laman rumah mengejutkan lamunanku.Kelihatan abang memakirkan motosikalnya di sebelah gazebo yang aku duduki. “ Assalamualaikum.” “ Waalaikumussalam.” Aku bangun lalu mengucup tangan abang.Dia melabuhkan punggungnya di sisiku. “ Abang nak air?” Abang mengangguk.Aku pantas bangun menuju ke dapur.Dengan segelas air oren sejuk,aku kembali kepada abang.Dia masih di situ sambil tangannya menekan punat telefon bimbitnya. “ Safiyya tak ikut mama ke?” Aku mengeleng. “Safiyya penat. Safiyya ingat nak duduk rumah.Mana tau,boleh berbual dengan abang ke..” Bibirku menguntum senyuman. “ Syah takut Safiyya bosan,sebab tu Syah benarkan Safiyya keluar dengan mama.” “Safiyya takkan bosan selagi Safiyya ada abang.” “ Mama kan ada.” “Safiyya rindukan abang.” “ Rindukan Syah? “ Abang tersenyum sinis. “ Abang kan suami Safiyya.Mesti la Safiyya rindukan abang.” “ Rindu la sangat.Entah-entah,ada orang lain dekat u tu.Safiyya kan ramai peminat.” Aku menunduk. “Safiyya tahu tempat Safiyya.Cuma abang ja yang ada dalam hati Safiyya.” “ Abang,kenapa abang tak gunakan panggilan ‘abang’ bila kita berdua berbual?” “ Syah tak rasa itu adalah kemestian.” “ Abang....” “ Syah naik dulu.” Abang menghabiskan minuman lalu bangun menuju ke rumah.Pandangan mataku merelakan langkahnya pergi. Lampu bilik di penjuru bilik aku hidupkan.Di situlah aku bermunajat kepada Allah.Mengadu segalanya pada Penciptaku yang Esa.Abang masih lagi tidur nyenyak di katil. “ Bila kita dah nikah nanti,kita bangun tahajud bersama-sama ya?” Kenangan lalu menyapa mindaku.Semua kenangan itu manis belaka,tidak seperti sekarang.Namun,aku bersyukur kerana aku dapat menyiapkan kelengkapannya.Itu sudah memadai.Tidak perlu rasanya andai aku ingin meminta lebih daripada itu. Selepas sejam aku berteleku di tikar sejadah,sayup-sayup kedengaran azan Subuh berkumandang.Beruntung rasanya dapat tinggal di kampung halaman abang.Setiap pagi,pasti aku dapat mendengar azan berkumandang.Tidak seperti di rumahku.Emm,terasa rindu pula pada ibu dan ayah.Jika mereka berada di kampung,pasti aku dan abang akan pulang ke kampung,namun,awal-awal lagi aku diberitahu yang ibu dan ayah mengerjakan umrah di tanah suci Makkah.Perkhabaran itu diberitahu oleh kakak iparku yang juga isteri kepada Alongku. “ Lepas studi nanti,Alang boleh ajak Syah pergi umrah juga.” Ujar Kak Long berselang seli dengan ketawa. “ Iya la tu,Kak Long.Kami berdua bukan ada duit pun.Ibu ayah dengan mama abah yang sara kami lagi.Insya-Allah,lepas dah keja,baru boleh pegi sana.” “ Biasiswa kan ada.Banyak tu...” “ Macam-macam la kak Long nie.Insya-Allah,kalau ada rezeki nanti,ada la tu.Baby macam mana? Sihat?” “ Baby nak adik.” “ Wah! 2 in 1...” balasku dengan perasaan teruja.Gembira kerana Safwan akan memiliki adik. “ Bukan adik dari mama dia,tapi,adik dari umi acu dia la.” “ Kak Long..” Ketawa Kak Long berderai dari corong telefon. Gerakan kaki abang yang bergerak sedikit di atas katil mengejutkan lamunanku.Aku segera merapatinya. “ Abang....” “ Emmm...” “ Bangun...dah azan ni.” Sentuhan lembut dibahunya membuatkan matanya yang sepet itu sedikit sebanyak terbuka.Comel rasanya melihat dia sebegitu.Terasa ingin sahaja bibirku mengucup pipinya. “ Tak nak...nak tidur lagi.” Kemanjaannya kian terserlah.Aku tersenyum sendiri.Perlahan-lahan aku melutut di sisi katil.Telekung yang menutup kepalaku sebentar tadi ditanggalkan sekejap.Hanya skaf kepala sahaja yang masih tersarung. “ Abang,bangun solat.Sekejap ja...lepas tu boleh tidur balik.” Suaraku diperlahan sedikit. “ Emm....” “ Bangun...” Dengan perasaan malas,abang bangun dari pembaringannya dan duduk bersila di atas tilam. “ Haa,dah pukul berapa?” “ Dah dekat pukul enam lebih.Bangun..” Perlahan-lahan dia bergerak dan turun dari katil.Melihat abang yang mula berlalu ke bilik air,aku mengemaskan tempat tidur yang berselerak.Selimut tebal dilipat kemas dan dibiarkan tersusun kemas di hujung katil.Cadar katil dikemaskan supaya tampak menarik.Aku memandang ke segenap ruang bilik.Dengan dinding berwarna ungu lembut dan hijau muda,gabungan kedua-dua warna ini menyerlahkan suasana bilik.Ditambah pula dengan lampu tidur berbentuk hati dilekatkan di kepala katil,menaikkan suasana mengantuk yang cukup ketara.Lucu pula rasanya apabila bilik abang yang sememangnya bilik anak teruna bujang bertukar menjadi bilik kami berdua. “ Safiyya dah solat?” Aku menggeleng.Wajahnya lembab dengan simbahan air wuduk. “ Kita jemaah bersama.” Aku akur lalu menggantikan tempatnya di bilik air.Selesai mengambil wudhuk,aku menyarungkan telekungku kembali.Pasti aku akan merasa rindu untuk berjemaah lagi dengannya andai aku sudah kembali ke kampusku.Hatiku merintih syahdu tika abang membacakan doa.Aku mengaminkan sahaja bait-bait kata lontaran doa tersebut.Air mataku mengalir lagi pagi ini. “ Abang...” panggilku saat abang mahu bangkit dari tempatnya.Tanganku dihulur dan bibirku singgah di tangannya.Namun,pegangan itu tidak lama.Ini bermakna episod sedihku akan menyambung kisahnya lagi.Abang kembali ke katil dengan buku yang aku sendiri tidak pernah lihat.Mungkin buku itu berkaitan dengan bidang fotografi kerana abang mula meminati bidang tersebut.Telekung yang tersarung di tubuh ditanggalkan dan aku menggantikannya dengan tudung arini hitam. “ Fiyya keluar dulu.” Perlahan aku keluar dari bilik.Kakiku segera melangkah menuju ke dapur.Mama sudahpun menjerang air.Terlintas di hati kecilku untuk mengusik mama pagi ini.Tanganku mula mencuit pinggang mama yang membelakangiku. “ Opocot!” Ketawaku meletus melihat mama hampir melompat disergahku. “ Safiyya!” “ Mama terkejut ke?” “ Mesti la terkejut.Kan mama sorang-sorang ja ni.” Aku tersenyum.Fikiran serabutku mulai hilang apabila suara mama meyapa gegendang telingaku. “ Sorry la mama,Fiyya kejutkan mama.Fiyya rindu dekat mama.” “ Ok lah sayang.” Ujar mama lembut. “ Mama masak apa? Nak Safiyya tolong tak?” “ Mama nak masak nasi lemak.Fiyya boleh masakkan sambal kan? Mama tahu menantu mama nie handal buat sambal.” “ Boleh.Mana mama tahu yang Fiyya ‘terror’ masak sambal?” ujarku bernada nakal. “ Syah yang bagitau dulu.” Hatiku berlagu sayu kembali. “ Mama.....” Nada suaraku kembali mendatar. “ .....Fiyya rindukan ibu.” “ Mama kan ada.Mama pun ‘ibu’ Safiyya juga.” “...cuma,mama tak boleh jadi garang macam ibu la.” Mama memandangku.Air mataku seakan ingin jatuh. “ Mama sayang sangat dekat menantu mama ni sebab anak mama sayang sangat dekat Safiyya.” “ Bila Safiyya balik kampus,mesti Safiyya rindukan mama.” “ Rindukan mama ja? Syah?” Aku tersenyum. “ Dah lewat ni.Jom,kita masak?” Aku mengangguk.Tanganku mula menyediakan bahan-bahan untuk memasak.Terkadang terkial juga untuk kembali memasak kerana hampr tiga bulan aku tidak memasak,hanya memegang pen dan menaip pada papan kekunci komputer riba bagi menyiapkan tugasan. “ Rasa kekok pulak bila pegang pisau ni.” Ujarku sambil tersenyum. “ Tak apa,perlahan-lahan.” Balas mama. “ Mama,dulu mama bercinta macam Safiyya juga ke?” Mama tersenyum apabila aku berkata sedemikian. “ Lebih kurang macam tu la.Fiyya,kita kena banyak memberi daripada menerima.” “ Maksud mama?” “ Sebagai isteri,kita kena banyak memberi.Kita kena tanamkan niat yang kita perlu beri apa sahaja yang terbaik pada pasangan kita.Jangan biasakan diri meminta sebab kita akan kecewa bila kita tak dapat apa yang kita idamkan.Bila kita memberi,kita akan dapat puaskan hati kita.Bila kita kecewa,mesti kita akan selalu ingat apa yang kita dah beri pada orang kita sayang.” Panjang sekali nasihat mama pada pagi itu.Mungkin ada benarnya apa yang dilontarkan mama itu. “ Sedapnya sambal ni.Siapa yang buatkan ni?” Pujian abah yang terasa lucu menbuatkan aku tersenyum. “ Menantu abang la yang buatkan.” Ujar mama sambil mata melirik ke arahku.Aku menuang air teh ke dalam cawan abang.Bau haruman dari badan abang sedikit sebanyak membuatkan jantungku berdegup kencang.Itulah perasaanku andai aku mendekati abang. “ Wah! Bertuah abah dapat menantu macam Safiyya.Ma,jadi tak kita pergi hari ni?” soal abah kepada mama.Abang yang tadinya khusyuk menjamah sarapan mula mengangkat kepala. “ Insya-Allah,bang.” “ Mama nak pergi mana hari ni?” “ Mama nak pergi ziarah anak kawan mama.Dia bersalin dekat Hospital Yan.” Mendengar mama menyebut tentang bersalin,fikiranku cepat memikirkan tentang bayi.Senyum mula terukir di bibirku. “ Bersalin? Bayi lelaki ke perempuan?” soalku. “ Perempuan.Anak Firdaus.Safiyya dengan Syah mesti kenal kan?” Abang mengangguk. “ Syah ada kerja tak hari ni? Kalau tak ada kerja,kita boleh pergi sama-sama.” “ Syah ok ja.Fiyya?” Aku mengangguk. “ Fiyya sama dengan abang.Tak ada halangan.” “ Kalau macam tu,kita pergi pukul sepuluh nanti.” Usai makan,aku mengemaskan meja makan.Mama yang ingin membantuku langsung tidak diberi peluang bersuara. “ Mama pergi rehat,Tak pun pergi temankan abah.Kesian dekat abah.Dok sorang-sorang ja.” Ujarku dengan nada bergurau.Mata sempat menjeling ke arah abah yang berehat di ruang tamu.Tanganku pantas menolak tangan mama yang ingin meyusun pinggan kotor. “ Alaa,Syah kan ada.Dia boleh temankan abah.” “ Mama,kita kena banyak memberi dari menerima.” Bulat mata mama apabila melihat aku kembali mengulangi percakapannya pagi tadi. “ Pandai la menantu mama ni.Kalau ada apa-apa,panggil mama tau?” Mama mencuit pipiku mesra lalu mendekati abah.Mereke berdua kelihatan intim,tidak seperti aku dan abang.Pernikahan kami baru mendekati usia setahun namun hubungan kami tidak semesra mama dan abah yang sudah hidup bersama selama 23 tahun.Tanpa membuang masa,aku menyiapkan kerjaku.Pinggan-pinggan kotor dimasukkan ke dalam sinki.Cawan-cawan dilonggokkan di sinki kedua.Pinggan dan cawan tidak boleh dibasuh dalam waktu yang sama kerana mungkin sisa minyak pada pinggan akan melekat pada cawan.Itulah petua yang dikongsikan ibu untuk aku.Sambil tanganku mencuci pinggan,aku teringatkan tentang apa yang diperkatakan mama kepadaku pagi tadi.Banyak memberi dari menerima? Terkadang aku terfikirkan tentang cintaku pada abang.Adakah aku perlu menyerahkan segala cintaku pada dia? “ Mencintai tak seharusnya memiliki,Fiyya.Ada kalanya kita perlu melepaskannya demi melihat insan yang kita cintai bahagia.” Bait-bait kata Ain sedikit membuka mataku.Namun,pernikahanku perlu dipertahankan.Ini amanah Allah buatku.Apapun yang terjadi,aku akan mempertahankannya.Itu janjiku. Selesai membasuh segala pinggan kotor tersebut,aku berpaling untuk menggosak baju.Ingin menjerit rasanya apabila tubuh abang berada di belakangku namun suaraku seakan tersekat di kerongkong.Kepalaku yang beralas dengan tudung tersentuh dadanya sedikit.Badanku seperti terkena renjatan,terus kaku.Mataku yang tunduk mula merenung matanya. “ Abang...” “ Lain kali hati-hati.” Aku terdiam kaku.Kaki mula melangkah ke bilik.Air mataku mula mengalir lesu menuruni lekuk pipi.Ya Allah,kuatkanlah hatiku menggapai redha-Mu. “ Siapa nak memandu?” soal mama kepada abah dan abang.Masing-masing berpandangan.Aku yang baru mengunci pintu rumah turut memandang mereka. “ Syah yang pandu.” Abah tersenyum.Mama masuk ke dalam perut kereta dan aku mengekori perilaku mama. “ Lepas kita pergi hospital,abah nak singgah dekat rumah Achik Annur.” “ Rumah Achik Annur? Dekat Taman Samudera ke?” Mama mengangguk. “ Kalau Syah nak bawa Safiyya pergi Titi Hayun,pergi la.Mesti lama tak pergi sana.” “ Insya-Allah,ma.” Perjalanan ke Hospital Yan tidaklah terlalu panjang.Hanya mengambil masa selama setengah jam.Mungkin abah dan mama mengajak kami keluar bersama kerana hari ini abah bercuti.Bukan senang abah mengambil cuti kerana dia selalu sibuk dengan urusannya di pejabat.Sampai sahaja di hospital,kami terus masuk melawat isteri Firdaus,Syuhada yang bersalin anak mereka yang pertama.Firdaus merupakan pekerja abah yang seusia dengan abang.Aku mengenali mereka ketika mereka datang menziarah sewaktu Raya tahun lepas.Ketika itu Syuhada sedang hamil empat bulan.Mama memintaku mendukung anak Syuhada yang masih berbalut kain putih.Comel sekali wajah kudusnya itu.Bibirku pantas mencium dahi si kecil itu tatkala aku mendukungnya.Jariku mengelus pipi gebu lembut.Tanpa disangka-sangka abang mendekatiku. “ Nak tengok jugak.” Ujar abang.Pada mulanya aku ingin menyerahkan bayi yang masih tidur itu kepadanya namun,dia menolak.Tangannya menyentuh bahuku rapat.Kami berdua seakan berpeluk,hanya bayi yang menjadi penghadang antara kami. “ Kalau nak jugak,Syah dengan Safiyya kena cepat-cepat dapatkan la.” Ujar Firdaus sambil memandang ke arah kami berdua. “ Kami lambat lagi nak dapat kot.Kami berdua belajar lagi.Duduk pun jauh-jauh.” Ujar abang. “ Kalau ada rezeki,ada la tu.Safiyya kena banyak berdoa tau?” Syuhada memandangku. “ Insya-Allah,kak Syud.Bukan Safiyya tak nak anak,tapi,rasanya lebih elok kalau kami dapat anak bila penghujung semester nanti.Boleh tumpukan pada anak.Sekarang tumpu pada abang dengan studi.” Balasku sambil tersenyum. “ Baiknya Safiyya.” Syuhada memujiku.Abang sekadar tersenyum sambil memandangku.Terasa cinta yang hilang kembali padaku.Selesai bersalaman,kami berempat keluar dari perkarangan hospital. “ Ma,kita nak makan dekat mana?” soal abah.Giliran abah pula yang memandu.Abang menyertaiku duduk di belakang dan membiarkan mama duduk di sisi abah. “ Kita makan dekat Pantai Murni ya? Dekat dengan masjid.Syah dengan Safiyya macam mana?” “ Kami ikut ja,ma.” Ujar abang.Aku hanya terdiam.Mataku memandang ke luar tingkap.Menikmati pemandangan sawah yang terbentang di sisi Gunung Jerai.Cantik sekali pemandangan ini.Seandainya hubungan aku dan abang intim,pasti aku akan meminta untuk merakamkan memori di tempat sebegini.Banyak juga gambar yang berlatarkan pemandangan awah tersimpan dalam galeri gambar pada komputer ribaku.Gambar sebegini sangat tenang untuk dilihat. “ Cantik kan sawah ni.” Mama bersuara. “ Kalau Syah dengan Safiyya nak ambik gambar,nanti abah boleh bagitau dekat anak Achik Annur.” “ Sempat ke abah?” soal abang. “ Insya-Allah,sempat.Bila Along datang rumah kita,abah bagitau dekat dia.Dia kan ‘photografer'” Aku hanya mendengar.Aku tetap seperti dahulu,hanya suka mendengar dari berkata-kata andai tiada apa yang perlu diperkatakan. “ Bila Safiyya balik kampus?” soal mama. “ Tiga hari lagi,ma.” Abang memandangku. “ Awalnya.” Aku memandang abang,ingin menentang arus pandangannya. “ Safiyya ada hal dekat kampus.Sebab tu Safiyya kena pulang awal.” “ Tapi,bukan sebulan ke cuti Safiyya? Safiyya baru balik kampung tak sampai lima hari.” “ Safiyya kena pergi.Banyak kerja yang perlu disiapkan.Mungkin akan sibuk sampai hujung tahun ni.” Ujarku. “ Safiyya pegang jawatan penting ke dekat kampus?” Abah menyoal. “ Lebih kurang,abah.Safiyya pegang jawatan ketua penyelaras Persediaan Pentas dan Komunikasi.” “ Mesti sibuk.” Mama pula menyampuk.Aku tersenyum.Sebenarnya,aku ingin pergi jauh dari abang kerana aku sedar ,kehadiran aku tidak disenanginya.Biarlah aku pergi jauh,merawat luka yang makin berdarah. “ Tiket bas dah beli ke?” Abang bertanya.Aku mengangguk.Suasana makan tengahari itu seperti biasa.Makan,solat dan kemudian berlalu ke Taman Samudera.Belum sampai sepuluh minit punggungku hangat di atas sofa rumah Achik Annur dan Achik Fatah,abang megajakku ke air terjun Titi Hayun yang tidak jauh dari rumah sepupu mama itu. “ Syahiran nak bawak Safiyya pergi jalan-jalan ke?” Achik Annur mengusik.Aku tersenyum. “ Lebih kurang la.Achik nak ikut ke?” Abang cuba bergurau. “ Tak nak lah.Nanti Achik kacau daun pulak.” Aku ketawa kecil. “ Kami pergi dulu ya?” Aku dan abang meminta diri.Kereta Proton Inspira milik abah menjadi pengangkutan kami ke sana. “ Kenapa pulang awal ke kampus?” “ Fiyya ada tugasan.” “ Bagus la.Utamakan tugasan.” Aku memandangnya.Entah itu satu pujian ataupun satu sindiran.Namun,itulah perkara yang pastinya dia amat nanti-nantikan. “ Lepas Safiyya pergi,abang tak perlu susahkan diri lagi.Mesti abang akan rasa selesa bila Safiyya dah tak ada.” “...lama jugak Safiyya pergi ke kampus.Mungkin Safiyya akan balik raya nanti ataupun Safiyya takkan balik.” “ Buat apa duduk lama-lama dekat kampus tu?” “ Safiyya akan ke Sarawak nanti.Untuk program baktisiswa.Sebab tu Safiyya kena siapkan tugasan semua tu,supaya tugasan tu tak bertindih dengan jadual belajar Safiyya.” “ Mama ada cakap yang Safiyya kena banyak memberi dari menerima.Abang,Safiyya betul-betul cintakan abang.” “ Safiyya bekerja dengan lelaki tak?” “ Tak,semuanya perempuan.Abang,abang bencikan Safiyya tak?” “ Syah akan balik kampus hujung bulan ni.Sempat lagi nak tolong abah dekat pejabat.” “ Abang,Safiyya sayangkan abang sangat-sangat.” “ Dah,jangan cakap macam tu lagi.” Air mataku mula bertakung tatkala abang melarangku berkata sebegitu. “ Safiyya akan pergi jauh dari abang kalau abang tak selesa dengan Safiyya.Safiyya takkan susahkan abang andai kehadiran Safiyya tak pernah dinantikan.” “ Walaupun hati abang bukan untuk Safiyya lagi,hati Safiyya akan tetap pada abang.” Kereta yang dipandu abang berhenti.Pintu pemandu sebelah abang dibuka dan abang keluar.Rupanya kami telah sampai di air terjun Titi Hayun.Aku turut keluar menyertai dia. “ Syah tak tahu apa tujuan kita bersama sekarang.” Abang bersuara apabila aku mendekatinya.Beberapa orang pengunjung memerhatikan gelagat kami.Mungkin mereka pelik melihat aku yang lengkap berjubah seluar dan bertudung kain polester berwarna senada mengunjungi pusat peranginan berkenaan. “ Abang,kita kan dah kahwin.Safiyya hak abang.Kita kan dah berjanji nak hidup bersama dulu.” “ Tapi,waktu tu kita tengah bercinta.Sekarang dah lain.” “ Kita tetap sama,abang.Panggilan pun tak berubah.Safiyya lebih selesa dengan keadaan begini biarpun kita berjauhan.” “ Syah rasa hidup Syah terkongkong.” Aku memandang wajahnya.Terdapat bebanan yang tidak ditanggung pemuda yang amat aku cintai ini pada wajahnya. “ Abang,kalau abang rasa hidup abang terkongkong,Safiyya takkan tunjuk muka Safiyya pada abang lagi.” “ Mungkin abang tak suka Safiyya ada dekat dengan abang.Tak apa,Safiyya faham.Safiyya akan memahami abang sebab Safiyya sayangkan abang sangat-sangat.Abang pemilik cinta Safiyya selepas Allah dan Rasul.” “ Bila sampai masanya nanti,Safiyya akan kembali pada abang.Mungkin nanti.Moga Allah panjangkan umur Safiyya sebab Safiyya belum puas hidup dengan abang.Safiyya nak berbakti pada abang,bina keluarga dengan abang.Impian Safiyya bila hidup dengan abang,Safiyya nak bina baitul muslim dengan abang.Dengan adanya cinta kita dan anak-anak yang bakal Safiyya lahirkan kelak,insya-Allah kita boleh bahagia macam mama abah dan ibu ayah.” Aku memandang ke depan.Memikirkan masa depan kami yang belum dipastikan lagi.Namun aku masih berharap agar hubungan kami kembali mesra dan rapat seperti kami mula bersama tiga tahun lalu.Aku ingin bersamanya hingga aku kembali kepada Pencipta yang teragung.Aku ingin abang menjadi pendampingku di dunia dan di akhirat.Moga cinta kami hingga ke syurga. ******************************************************************************* Bas ekspres Iman Transport meluncur laju di atas lebuh raya.Perlahan aku menarik earphone I-Pod Apple merah jambu yang menghiburkan aku dengan lagu nasyid dari telingaku.Terasa kebas pula bila peralatan teknologi tersebut ditanggalkan dari terus disangkut pada cuping telingaku.Mataku kembali memandang tingkap yang mempamerkan keindahan bumi ciptaan Allah yang disimbahi dengan cahaya lampu jalan.Sudah sejam aku berada di dalam perut bas ekspress ini.Perjalanan pulang ke kampus di ibu kota mengambil masa lima jam lamanya,namun,aku sudah terbiasa dengan keadaan sebegini. Masih terbayang wajah sedih mama yang begitu berat ingin melepaskan aku naik ke perut bas tadi.Abah kelihatan muram namun abang hanya bersahaja. “ Nanti,Safiyya jaga diri elok-elok tau?” Aku mengangguk.Anak mataku tidak lepas dari terus memandang abang yang sememangnya kacak dalam pakaiannya malam ini.Teringat pula aku pada hadiah perkahwinan kami buatnya yang aku letakkan di atas katil kami. “ Bila sampai sana,bagitau mama tau?” Abang mengangkat beg pakaianku lalu diletakkan beg pakaian berlabel Adidas itu dalam tempat penyimpanan barang pada sisi bas berkenaan. “Insya-Allah,ma.Mama pun jangan gaduh-gaduh dengan abah.” Balasku bernada gurauan.Aku bersalam dengan mama dan mengucup kedua-dua pipinya.Begitu juga dengan abah.Tangannya disalam dan abah membalas dengan usapan lembut pada kepalaku.Dan terakhir,aku mengucup tangan abang. “ Abang,Safiyya minta maaf sebab Safiyya terpaksa pergi awal dari abang.Safiyya balik lewat dari abang tapi Safiyya pergi awal.Insya-Allah,Safiyya akan kembali abang bila Safiyya diperlukan.” Aku menunduk mengucup tangannya.Seperti dia mula-mula menerima akad atas namaku dahulu.Air mataku jatuh pada tangannya. “ Safiyya cintakan abang,hingga akhir waktu Safiyya bernafas di atas bumi Allah.Dan Safiyya ada tinggalkan sesuatu untuk abang.Harap abang dapat terima pemberian Safiyya yang tak seberapa tu.Selamat ulangtahun pernikahan kita yang pertama. Assalamualaikum” Aku berpaling menuju ke arah tangga bas.Dengan lafaz Bismillah,aku memanjat tangga dan mendapatkan tempat dudukku yang berada di sebelah kiri bas.Aku memilih kerusi bersendirian supaya aku tidak mendapat teman berbeza jantina yang mungkin menyukarkan aku menjaga auratku. “ Aku kena kuat.Biarpun cintanya padaku hilang,aku akan tetap cintakan dia.” Perlahan hatiku berbisik.Tanganku memandang cincin yang tersarung manis pada jari.Air mataku kian jatuh tatkala memandang wajah abang yang berdiri tegak di samping mama dan abah.Abah dan mama melambai padaku tatkala bas mula meninggalkan perkarangan perhentian bas ekspress Pendang. Aku membalas lambaian kedua mertuaku itu namun mataku tidak lepas dari memandang wajah anak sulung mereka.Biarlah aku tinggalkan bumi kenangan ini dahulu.Bila sampai masanya nanti aku akan kembali pada cintaku semula.Hidupku kembali sepi tanpa dia.

Nak Hadiah ?