Jumaat, 14 September 2012

Pencarian Kami..




layakkah aku memiliknya????

semalam imantizz ada ber'YM dengan Cik Uni..sambil2 tu imantizz sempat jalan2 dekat laman web Sony.Memang dah 'set' niat dalam kepala yg nak cari sesuatu yg lebih kurang macam di atas tu.Alhamdulillah,jumpa jugak akhirnya..imantizz ajak Cik Uni beli mp3 player nie.Serius..berkenan sangat benda nie.Tak sampai 200 hinggit..kira ok la dengan jenamanya....Sony tu.....hehehehe...bukan tak mau beli yg biasa2 tapi kalau boleh imantizz nak cari benda yg tahan lama.Lagipun saiz dia comel kot.Tak payah usung Cik Bubble Bee dah.Cik Bubble kami berdua tu lebar sangat..hehehe..

Bila imantizz cari dalam laman web Sony pasai si kecik comel nie,baru imantizz tau yg mp3 player nie ada 2 jenis.Yg gambar atas tu memori dia 2gb.Ada yg 1 lagi 4gb.Cadang nak beli yg 2gb nie ja..murah sikit..hehehe.Mulanya ingat harga dia dekat RM 300.Klau RM 300,memang tak pandang dah...mahal kot..huhuhu.Tapi Sony punya kedai dekat SP tak ada.Ada dekat Alor Setar ja.Kalau tak silap,dekat Jalan Pegawai kot.Lagi 1 dekat Kulim.

imantizz hrap sangat yg imantizz boleh beli 1 benda nie.Sekrang dah keja.Kalu sambung studi nanti,dah tak boleh beli benda macam2 nie.Mesti duit khas untuk benda lain.Doakn imantizz dgn Cik Uni dapat beli benda nie ya?? Amin!!

p/s : macam mana nak pujuk ayah pi A.Setar ya??? Takut sesat ja nie...

Rabu, 12 September 2012

Jauh....best ka???


(entri ini mengandungi kata ganti nama 'aku')

Aku tau kenapa,akhir2 nie aku terfikir ja yg aku tak mau duduk jauh dari mak..adakah tahap 'kemanjaan'aku makin melampau?? 

Semalam,aku mesej dgn adik Uni,kami berdua ada la isi 'something' yg berkaitan dgn keja dan secara tetiba,dia sebut pasai keja dekat Johor.Aku jadi cuak sangat2..tak tau kenapa.Padahal selama nie aku la org yg paling beriya-iya nak duduk jauh,nak merasa hidup dekat tempat org.Pening kepala aku.Adakah aku makin masuk fasa " remaja ke pra-dewasa" dan takut tinggalkan mak?

 Emm,Johor...'not bad' kot.

Negeri yg berada di selatan tanah air dan masih dalam semenanjung Malaysia.Tambah2 sekarang ada Legoland..( yg nie adik Uni suka ).Banyak tempat menarik...

Kalau ada rezeki dapat duduk sana,bila balik kg,boleh naik keretapi time balik kg.Best kot! hahaha.Keretapi sejuk,ruang selesa..( ok,yg nie 'part' dah mula berangan..=_=" )

Rezeki,hidup mati,di tangan Tuhan.Keja mana2 pun tak apa lah.Janji keja.Dapat rezeki yg halal,boleh tolong mak ayah,jaga adik.Dan yg paling penting,pakaian waktu keja tu WAJIB menutup aurat..Betul tak adik Uni? Hehehe..

p/s : moga2 kami berdua dapat la 'tawaran' tu...Amin!!!!
kalau dapt u,kena buat istikharah 7 malam berturut kot...huhuhuhu

paling jauh nak duduk dgn pemilik hati nanti dekat Labuan...dan nak berjiran dgn kawan baik sendiri...hehehe

Isnin, 10 September 2012

Contest Segmen Warna Kegemaranku

Assalamualaikum..

klik banner di atas untk join..

Dah 2 hari imantizz tak 'online'..sibuk dgn hal2 peribadi..^_^.Bila 'online' ja,terus tengok segmen yg adik Uni join.Simple ja dan trus hati nie tertarik nak join jugak..hehehe..

Tentang warna kegemaran...sebenarnya imantizz suka warna pink..lembut kot tapi kadang ja pakai baju warna pink.Tak fanatik sangat la...setakat tempek dekat blog ja..hehehe.

gambar nie ja yg imantizz pakai baju warna pink..pink-merah..adik Uni pakai warna hitam merah..^_^

Itu saja..hehehe...

Khamis, 6 September 2012

Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3


klik SINI untuk join!!!!

tarikh tutup 10/9/2012

Assalamualaikum!!! Tengah blogwalking tadi,imantizz terjumpa segmen di buat Miss Z.Emm,imantizz blogger dari Kedah.Budak baru..huhuhu...pengikut blog terbaru,68 org sahabat..hehehehe.Salam ukhuwah,moga dapat berkenalan,dan kita dapat eratkan hubungan silaturrahim..^_^

Rabu, 5 September 2012

Mak,rindu....

Assalamualaikum...

( perhatian..entri nie menggunakan kata ganti diri 'aku'. )

Hari nie tercatat dalam sejarah terbaru aku sebagai anak mak yang lahir selepas abang dan kakak aku terpaksa berdepan dengan demam yang berlarutan selama 4 hari.4 hari kot....huhuhuhu...Salah aku,dgn badan panas terus mandi.,( ayah dok memanggil ja nak hantaq pi umah m.lang..gila tak kalut ).Mungkin ayah dok panggil ja sebab ayah aku hantaq dekat 'bus stop' Guaq Cempedak.Ikhlas di hati,aku lebih selesa naik bas ( bergantung pada masa dan keadaan ).Dalam bas aku boleh tengok gelagat orang.Macam2 hal kot.Tapi aku cuma 'perati' ja sebab aku bukanlah jenis yang ramah tamah segala bagai,meringankan mulut bertanya kepada sesiapa sahaja yang aku jumpa.Aku lebih suka memandang luar tingkap dengan 'earphone' disumbat di telinga.( layan nasyid..^_^ )Setakat aku melebarkan senyuman mahalku,mungkin boleh.( ok,yg nie aku dah melalut keluar daripada tajuk )

Haa,dalam rasa lenguh2 badan,hidung tersumbat macam nie,kepala berat,kerongkong perit dek batuk dan badan yang siang ok,malam membahang,aku jadi rindu pada mak.Rasa nak balik umah ja.Semalam aku bagitau dekat adik Uni suruh ambik aku,hantaq aku balik umah,dia dok melalut nak suruh 'pilot' ambik..last sekali dia cakap 'pilot' cuti,dan balik sendiri.Kejam hg,adik Uni tapi tak apa,aku tetap sayang dekat hg..hehehe

Makin rindu pulak dekat mak.Aku boleh bayangkan kalau aku ada dekat umah waktu badan lemah macam nie,baring depan tv dgn selimut tebal.Best kot...hahahaha.Pernah kot sekali aku demam sampai mak kena hantar ubat masuk bilik.Yang tu manja terlebih tapi serius,kalau aku demam,akan akan sakit lain yang bakal ikut..mungkin mak risau..huhuhu.

Kalau ikutkan hati,aku boleh balik umah.Bagi ja pilihan yg mana 1,balik naik bas ( kena singgah Parksons beli sweater dulu la jawabnya ) ataupun bagitau ayah ambik aku ( 'highway' kan ada.Tol Sg Petani Selatan-Tol Gurun ja.Touch N Go baru RM 4.40 rasanya.Minyak keta RM 20 pun tak abis..) Tapi,aku dah besar,aku kena sesuaikan diri sakit dekat tempat lain selain umah aku.Sudah2 la jadi ank manja.Kena paksa diri ,paksa hati jadi anak mak yg kuat..

Aku anak mak ayah,WAJIB kena jadi kuat.Aku buah hati Pemilik Hati,MESTI la kena tahan,lawan sakit.Takkan nak angkat bendera putih awal2..tak patut2..^_^.Aku kakak pada adik aku,memang patut tak boleh lemah semangat.Aku kawan adik Uni,tentu lah fizikal dgn mental mau 'tough'...Allah sayang lebih.Sakit nie ujian buat kita dan penghapus dosa2 kecil..


'muka seduit'

**kalau demam tak kebah pada hari ke-6,aku ucap selamat tinggal ja lah dekat SP.Aku nak balik umah...hahahaha**

p/s : # lupa nak bagitau mak masa naik bas hari tu yg dalam stor simpan motor ada 2 ekor anak kucing. Mama kucing angkut masuk dalam stor..hehehehe.Comel2 kot...geram,tapi takut nak pegang...
       # Hidung masih tersumbat walaupun m.lang dah bagi ubat...huhuhu.
       

Jumaat, 31 Ogos 2012

# Indah Tanpa Kata 8 #


** si kecik Sarah ** 

macam mak cik2 ja padahal baru 7 tahun..hehehe

gambar jamuan raya SK Padang Pusing kelmarin..



 p/s : dah 8 tahun imantizz tinggalkan zaman sekolah rendah...rindu!!!!!
         sekolah dah banyak berubah kot...
         nanti kena buat reunion balik nie...reunion dari taun 1999-2004...  

Khamis, 30 Ogos 2012

# Indah Tanpa Kata 7 #



Selamat berjuang sahabatku..

 Moga kita akan bertemu lagi andai Allah panjangkan umur kita

Jangan sombong kalau semua dah balik kampung..

Kalau hgpa semua sombong,aku lempaq masuk dalam sungai pekan SP..'basuh' sikit...

Yang duduk jauh mana hala dekat Johor,Sarawak,Selangor,....'make sure' balik Kedah cakap Kedah..


Pra-U / Asrama Puteri SMK Ibrahim,Sungai Petani

Sesi 2010/2011

'cinta hingga syurga abadi'

p/s : bertemu kerana Allah,berpisah kerana Allah...may Allah bless u..
       ** kasar gila cara cakap**....hahahaha

Isnin, 27 Ogos 2012

Lima Tahun Perkara Itu Berlalu...


Dah lima tahun perkara tu berlalu tapi kenangan indah seperti itu pasti takkan lenyap dari ingatan

Hujan renyai-renyai di waktu tengahari...

Sabar menunggu masa untuk pulang ke rumah setelah seharian di sekolah

Bagaikan mimpi saja semua tu dah lima tahun berlalu

Lucu rasanya kerana waktu itu masih di bangku sekolah,baru mengenal tangis

dan

Hanya tautan pandangan mata kita,persahabatan kita terjalin

Terima kasih

++ 28 Ogos 2007-27 Ogos 2012 ++

Moga cinta hingga syurga abadi

p/s : inuyasha nie nampak ganas tapi dalam hati ada taman...hehehehe






Khamis, 23 Ogos 2012

Kisah di hari raya kedua

Assalamualaikum dan salam Aidil Fitri.Akhirnya....setelah berapa ketika jari langsung tak menekan keyboard,hari nie imantizz dapat jugak 'update' blog..hehehe.Bukan apa,tak ada masa langsung nak memerap dalam bilik.Banyak aktiviti luar yg imantizz kena buat.Raya la katakan.Tahun nie punya raya lain sikit.Nak tau kenapa imantizz cakap mcam tu? imantizz cakap macam tu sebab raya pertama imantizz adalah pada raya ketiga.Raya ketiga ja yg ada peluang nak keluar jalan-jalan.Tapi raya kali best sebab imantizz raya dengan sepupu merangkap kawan baik..hehehe.Keluar rumah sehari suntuk dengan kereta.Tapi imantizzz tak dapat nak tangkap gambar sebab hnset yg macam bubble bee tu tersimpan comey dalam beg telekung.Slamber badak ja tinggai hnset dalam keta.Haru2...

Raya kedua imantizz kena ikut mak ayah pi rombongan nikah + kahwin kawan rapat abang.Geng 1 kampung ja.


itulah pengantin lelakinya..abg Pija..


kalut nak pakai sampin segala bagai





rombongan pengantin



nampak tak si kecik baju oren tu? asyik dok paggil 'kakak' dekat imantizz ja..hehehe


pengantin bersama ibu dan ayah mertua

 makan dulu!!!! nasi lemak di pagi raya kedua


akad nikah


nervous la tu..hahaha




lepas akad nikah...makan lagi


masjid jamek..tempat kami semua berehat sekejap


luar dewan


pintu pagar dewan






mak ayah


dewan yg besar



pasangan mempelai




abg pija dan kak arifah

moga baitul muslim yg terbina akan berkekalan hingga syurga abadi.

p/s : ada siapa2 dekat sini yg bakal bina baitul muslim tak? hehehe

Isnin, 30 Julai 2012

** Without Words**

Assalamualaikum.Salam Ramadhan ke 10...

Lirik Lagu without Words- Jang Geuk-suk

Aku tak patut melakukannya
Aku sepatutnya buat-buat tak tahu
Umpama sesuatu yang tak kelihatan
Umpama sesuatu yang tak mampu aku lihat
Aku tak seharusnya melihatmu

Aku seharusnya lari
Aku seharusnya buat-buat tak dengar
Umpama sesuatu yang tidak dapat kudengar
Umpama sesuatu yang tidak mungkin mampu kudengar
Aku langsung tidak seharusnya mendengar cintamu

Tanpa sebarang kata, kau buatku mengenal cinta
Tanpa sebarang kata, kau berikan aku cinta
Kau buatkan nafas kita senada
Tapi kau menghilang sebegini

Tanpa sebarang kata, cinta meninggalkan aku
Tanpa sebarang kata, cinta membuang diriku
Apa lagi yang harus kukatakan?
Bibirku terkunci sendiri lantaran terkejut
Tanpa sebarang kata, ianya datang (berakhir)

Mengapa ia begitu menyakitkan?
Mengapa ia masih lagi menyakitkan?
Walaupun tidak mungkin dapat melihatmu lagi
Walaupun dikau tiada lagi di sisi
Semuanya masih kekal seperti dulu

Tanpa sebarang kata, kau buatku mengenal cinta
Tanpa sebarang kata, cinta membuang diriku
Apa lagi yang harus kukatakan?
Bibirku terkunci sendiri lantaran terkejut
Tanpa sebarang kata, air mataku jatuh berguguran


Tanpa sebarang kata, hatiku hancur
Tanpa sebarang kata, aku menunggu (kata) cinta
Tanpa sebarang kata, aku terluka kerana cinta
Aku hilang diri/arah,
dengan bodoh merenung ke langit sambil menangis

Tanpa sebarang kata, perpisahan mencariku
Tanpa sebarang kata, perpisahan mendatangiku
Tanpa sebarang persediaan, mindaku terkejut/tidak bersedia untuk melepaskan dikau pergi
Tanpa sebarang kata, ianya datang (berakhir

Tanpa sebarang kata, ia datang
Tanpa sebarang kata, ia berlalu pergi
Umpama demam yang singgah
Sakitnya kelihatan cuma sekejap/sementara
(Namun) parutnya kekal dan berulang/selamanya

p/s : penat cari lirik dia...bertambah penat nak copy dan paste...huhuhu...dekat luar nampak redup..macam best ja puasa hari nie...hehehe

Ahad, 29 Julai 2012

Penemanku Sewaktu Awal Ramadhan 2012...

Assalamualaikum.Salam Ramadhan 




Rooftop Rant

Terima kasih banyak-banyak adik Uni sebab kenalkan novel Hlovate nie.Best novel nie.Boleh gelak sorang-sorang,boleh nangis sorang.Nie novel kedua karya Hlovate yang imantizz_truper hadam.Novel nie dah lama keluar..bukan novel terbaru..rasanya ada kawan-kawan yang dah baca novel.imantizz_truper ja yang ketinggalan zaman baca novel nie..huhuhu

Novel nie bukannya novel jiwang karat segala bagai..dan paling best..tak ada unsur yang kena masuk piawaian SIRIM..faham tak?? Kalau tak faham,pandai2 lah hgpa fahamkan diri sediri..hehehe..Novel nie 60 % menjurus ke arah keagamaan.Siap ada tafsir al-Qur'an lagi,hadis.Ada panduan segala bagai walaupun untuk novel Hlovate kali ni nampak macam 'urban' sikit.Antara Trisy ( Khairul Batrisya ) dengan Jade ( Zaid ).Tentang masalah remaja yg kurang kasih sayang mak ayah,di'pulau' hanya disebabkan taraf akademik..( dipulaukan kah?..ntah la...).Paling terasa kesayuan tu,dekat 'part' Trisy menanti Jade yang menghilangkan diri,menuntut ilmu dekat Bandung.
Ada dua tarikan utama yang boleh buat kita takkan berhenti baca novel nie adalah suasana pelajar yang merantau di luar negara.Kita boleh faham dan rasa macam mana hidup dekat tempat orang.Best!..nama2 yg unik pun ada macam Jebat Iskandar,Lekiu Luqman.Jebat tu siap terrer masak lagi.Dan,latar tempat pertemuan antara Jade dengan Trisy nie dekat atas bumbung bangunan.imantizz_truper tak pernah baca lagi novel macam nie.Sangat3 unik!!!!!!

Sapa yg tak pernah baca novel macam nie,baca lah ya???? cari ja dekat Hasani Bookstore ( bagi yg duduk dekat area Kedah,terutama dekat Gurun,Sg. Petani,dan Kulim ) ataupun dekat Popular Bookstore ( seluruh negara pun ada ).Itu saja.

p/s : Esok 30 Julai.Esok pagi2 kena pi pejabat pos.Lesen mati esok.
       Dah dkat sebulan dok cari komik Lawak Kampus...sedih...tak jumpa2 lagi

Jumaat, 27 Julai 2012

Salam Ramadhan..

Assalamualaikum.Salam Ramadhan Kareem...Emm,agak2 imantizz_truper terlewat lagi tak nak ucap salam Ramadhan? hehehe...ucap ja lah.Salam Ramadhan semua.Dah masuk seminggu kita sambut bulan Ramadhan kan?.Dah seminggu lebih imantizz_truper tak update blog.Malas sikit nak online...hehehe.Lagipun,rasa letih.Dalam seminggu nie macam-macam yang jadi...huhuhu...internet pun slow sikit..

Dalam seminggu sambut Ramadhan nie,macam2 yg jadi..yang paling mengharukan waktu nak sambut 1 Ramadhan.Bayangkan dari hari Jumaat pukul 12.00 tengahari,waktu ayah dengan adik nak bersiap pergi sembahyang Jumaat,air tak ada.Dah la tak bagi apa-apa notification.Kalau tak,boleh jugak imantizz_truper takung air dalam kolah banyak-banyak dengan simpan dalam timba buat bekalan nak masak.Ingatkan sekejap,tapi sampai sambut puasa hari Sabtu pun tak ada lagi.Kebetulan pulak kakak dengan abang ipar balik kampung jugak...kesian depa..Sabar2...

Masuk hari sabtu,imantizz_truper,lepas sahur,imantizz_truper kena berangkut pi umah tok untuk mandi.Tak lama pun,ambik masa dalam 3 minit ja kalau pi dgn motor dengan kelajuan 10-20 km/j...hehehe..orang lain pi kebun,imantizz_truper pi mandi dekat umah tok.Umah tok best sebab ada air paip dengan air telaga.Air telaga tu kalau nak guna bukan pakai angkut guna tangan,guna timba yang ada tali berjela-jela tu.Tapi pakai enjin motor elektrik.Tekan suis,terus air masuk dalam kolah...haha...best..P.lang imantizz_truper yg juga merangkap official technician umah tok yang buat semua tu.Untuk kemudahan semua..hehehe.Kalau guna cebok a.k.a timba bertali tu,memang imantizz_truper tak mandi dah.Takut masuk dalam telaga...seram...huhuhu.Tapi,alhamdullilah,hari ahad,dalam pukul 3 petang,air dah ada balik.Lega sikit...hehehe


lebih kurang macam nie la..tapi lagi tinggi...seram oo kalau jatuh dalam tu..

Best mandi air telaga nie.Sejuk sampai rasa nak demam la...hehehe.Rugi la kalau sapa-sapa yang tak ada kampung dan tau mandi air paip.Sapa yang tak ada kampung tu,bila kahwin nati pastikan bakal suami atau isteri ada kampung.Boleh rasa suasana kampung..imantizz_truper beruntung sangat2 sebab hidup dekat kampung.Best...


p/s : mak cakap bulan puasa nie bulan orang belajar masak...jom,kita belajar masak...tak payah beli dekat bazar Ramadhan...hehe

Khamis, 19 Julai 2012

Dia Harus Ada ( Bah.1 )


Dalam hujan renyai,dia hadir menemaniku....
Sekadar berpandangan tanpa sebarang kata..
Bagaikan satu anugerah yang tak pernah terlintas di benak fikiran...
Tak pernah terduga,aku akan merasai kebahagiaan tanpa dia mengetahuinya..
Ya,kebahagiaan dalam diam..

Aku pergi...tanpa meninggalkan apa2 padanya meskipun hanya sekadar ungkapkan aku mengagumimu..
Cukuplah sekadar aku meninggalkan jejak di tempat kenangan itu dan pasti aku akan kembali..

Tanpaku duga,salam terhulur di kala aku kembali ke tempat kenangan itu..
Tanpa pertemuan,tanpa berpandangan,ikatan persahabatan terjalin akrab..terima kasih Allah

Darimu,aku tahu erti persahabatan
Darimu jua,aku faham erti kehidupan..
Kau harus bersamaku
Dia harus ada...



Rabu, 11 Julai 2012

# Indah Tanpa Kata 6 #


Assalamualaikum...




"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",


"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",


Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".

p/s : tarikhnya semakin hampir...makin takut,ya Allah..

Selasa, 10 Julai 2012

Beruntungnya Muslimah..............

Assalamualaikum...sekadar perkongsian...


6 Sebab Beruntungnya Wanita yang Mempunyai Rahim


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia
tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati

naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA


Sumber : Love Love Islam..


p/s : rasa beruntung sangat2 bila dilahirkan sebagai seorang perempuan...terima kasih Allah

Ahad, 8 Julai 2012

Segmen : Aku & Dia




klik SINI untuk join!!!

Assalamualaikum.Macam best ja segmen blogger Apit nie..Emm,imantizz_truper tak kisah sangat menang ke tak..kalau ada rezeki,dapat la...hehehe.Doddle nie comel..

Untuk soalan yang diminta untuk dijawab....tentang 3 sikap pasangan yang paling disukai..

# Pemalu dan Pendiam #

Serius...pemilik hati imantizz_truper adalah seorang yang pemalu..Mungkin sebab tu kot imantizz_truper tak boleh lupakan dia walaupun imantizz_truper dah bertukar ke SMTSP2...hahaha...teringat ja dengan sikap dia macam mana..hahaha....** selalu teringat kenangan manis kami yg buat imantizz_truper mula jatuh hati pada dia..

# Suka beri nasihat #

Sejak imantizz_truper dengan pemilik hati berkawan rapat,dia tak pernah putus-putus bagi nasihat.Dia selalu pesan,jaga diri,bila keluar wajib berteman,pakai pakaian tutp aurat,'jaga pergaulan sikit...awak tu hak saya' dan macam2 lagi.Dah 4 tahun kami berkawan,jadi 4 tahun la dia berpesan...hehehe...comel kan? imantizz_truper tak jemu langsung bila dia selalu bagi nasihat...rasa disayangi..hehehe 

# Penyayang #

Pemilik hati seorang yang penyayang.Dia selalu utamakan keluarga....terutama mak dia.Itu jaminan yg pemilik hati akan jaga imantizz_truper elok2.Dia pandai memujuk...kalau sedih,rasa nak cium bumi ataupun nak hentuk kepala dekat dinding,mesti imantizz_truper akan cari dia...dia akan pujuk dan bagi kata2 semangat walaupun imantizz_truper rasa tak terkesan langsung...lepas 2 3 minit,baru terkesan...sensor lemah..hahaha


imantizz_truper nak doddle warna pink-purple..**pemilik hati suka warna tu...purple ja la...imantizz_truper suka pink...
nama doodle,yg perempuan.letak nama ' imantizz',lelaki,' truper'....nama nie ada maksud yg tersirat...hehehe

nak tag....adik UNI..

Sabtu, 7 Julai 2012

Aku nie anak bertuah.....??????


ayah yg tanam pokok buluh nie..



tempat kesayangan imantizz_truper

Mak pernah cakap,imantizz_truper anak bertuah.Bila tanya mak balik,baru imantizz_truper faham.

"hg untung,bertuah....hg ada abang sorang,kakak sorang dengan adik sorang"

" ayah pun baik...dah jadi anak dara pun dok berkepit dgn ayah lagi...kalau mak dulu,ayah garang macam singa"

" mak dulu tak pakai tudung2 macam sekarang nie pastu wajib simpan rambut panjang....aurat memang tak tutup..ayah mak yg suruh..sekarang,ayah hg tak kisah hg rambut panjang ka pendek,tapi bila keluar wajib tutup aurat.."

Bila difikirkan balik,betul cakap mak..imantizz_truper bertuah.Mak selalu cakap,tok wan garang.Nak cakap elok2 dengan anak pun susah.Dengan cucu ja tok wan cakap elok2,tapi sesetengah ja.Kadang-kadang terfikir jugak,awat la org dulu2 garang...kalau imantizz_truper lahir dalam zaman mak,mesti air mata keluar macam air paip ja..

imantizz_truper baru sedar,imantizz_truper memang anak bertuah.Hati nie,kdg2 macam tak tau bersyukur ja...padahal segalanya dah lengkap.Mak baik,boleh bincang macam2 dan boleh gaduh bersama...hahaha..sekejap ja,pastu still berkawan balik...hehehe,pasal kami berempat masa kecik,perangai masing2 waktu lahir sampai besar macam mana even pasal nikah kahwin sekali pun imantizz_truper pernah tanya mak.Ayah pulak,boleh bergurau,main usik2..boleh tanya macam mana keadaan ayah waktu ayah kecik2 dulu..kacau ayah waktu ayah sibuk dengan kereta.Mungkin imantizz_truper duduk rumah lepas habis exam STPM nie,jadi imantizz_truper banyak masa dengan mak ayah.Lepas nie,insya-Allah,kalau ada rezeki,imantizz_truper akan sambung studi dekat mana2 u..moga2 termakbul imantizz_truper nak masuk u..amin!!!



Kenangan sebagai pelajar tingkatan enam....pahit manis bercampur menjadi indah...

Assalamualaikum semua...
Malam nie....haa...( huhuhu...sedih...)...Allah,kuatkanlah hati hambaMu yang kerdil ini...
Ok,no crying...
Emm,dok membelek-belek fail dalam Cik Acer tadi,imantizz_truper terjumpa dengan gambar-gambar dengan kawan-kawan seperjuangan masa tingkatan Enam dulu.


kenangan selama dua tahun di SMK Ibrahim


bersahabat hingga akhir hayat

Sebelum imantizz_truper jejakkan kaki ke tanah bertuah SMK Ibrahim,imantizz_truper belajar dekat SM Teknik Sungai Petani 2 dalam kursus Perkhidmatan dan Perkembangan Kanak-kanak.Dua tahun imantizz_truper jadi warga sekolah beraliran teknik tu.Masuk pun atas pilihan sendiri ( sebenarnya,nak teruskan legasi abang sulung,melanjutkan pelajaran dekat sekolah beraliran teknik but abang masuk SM Teknik Kulim dalam Kimpalan dan Fabrikasi Logam tapi sekarang bakal jururawat...err...lain bidang...rezeki...hehehe)

my lovely school ( sekarang,adik imantizz_truper plak yg studi dekat situ...ambik kursus Bakeri..pagi bancuh tepung buat biskut,petang berebut bola ragbi dekat padang...emm...aneh2 manusia nie.. hahaha)

Tak tahu kenapa,imantizz_truper tak pernah terdetik di hati pun akan masuk tingkatan Enam lepas dapat ja keputusan SPM.Sebelum imantizz_truper melangkahkan kaki ke tingkatan Enam,ada jugak beberapa tawaran kolej untuk kursus Diploma Pendidikan Prasekolah.Tawaran pertama dekat Kolej Uniti dekat Negeri Sembilan.Bila dapat tawaran tu,dah terbayang dekat kepala yang mestinya perbelanjaan untuk kolej tu tinggi.Dah la swasta,mesti banyak duit nak pakai.Lagipun,'renyah' sangat benda-benda yang nak kena buat.Kena fotostat kad pengenalan dgn saiz yg imantizz_truper tak pernah buat..25 % la,apa la.So,imantizz_truper abaikan saja tawaran tu.( bila berhubung dengan kawan2 sekolah dulu,rupa2nya ada sorang kawan imantizz_truper pi sambung studi dalam diploma tu...tapi,imantizz_truper tak terkilan sangat...buat muka besa ja..hehehe)

Tawaran kedua,dari Unisel.Diploma Pendidikan Prasekolah.Sebenarnya imantizz_truper dah rancang dengan kawan-kawan apply universiti tu.Tapi,lepas imantizz_truper daftar ja masuk tingkatan Enam,surat tawarn tu sampai dekat rumah.hati nie memang nak pergi sangat-sangat tapi mak ayah macam keberatan nak bagi.Mungkin tempat tu jauh dan mungkin jugak sebab faktor Unisel tu bukanlah universiti awam.Jadi,lepas bincang dengan p.ngah Ramli ( p.ngah nie sepupu mak dan cikgu Fizik pemilik hati...),imantizz_truper tak  jadi nak sambung dekat Unisel.

"tak payah la pi Unisel...jauh...'

'belaja ja dekat sekolah Ibrahim...nanti bila habis STPM,apply yg macam kursus yg dulu'

So,imantizz_truper teruskan lah pelajaran dekat sekolah Ibrahim.Mula2 tu rasa janggal sangat sebab bila sambung tingkatan Enam nie,asyik menghadap buku ja.Mungkin sebab imantizz_truper pernah sekolah teknik dan cara pembelajaran lain..( ya la,masuk kelas sejarah dgn pendidikan Islam lepas tu masuk bengkel..menghadap adik-adik 2-4 tahun dekat taska..menghadap baby yg comel2..)


bukan baby sapa2...ambik dari goggle...**pemilik hati suka bby girl,so imantizz_truper letak la bby girl..hehe


Bila belajar di sini,macam2 imantizz_truper rasa.Segala2nya..susah,senang,bertanggungjawab,jgn menilai org hanya dengan melihat luaran,bekerjasama,gembira,sedih..menangis...dan paling utama menghormati dan kasih sayang...

Allah sayang kita....Allah sayang imantizz_truper..Kalau tak,mesti Dia takkan beri imantizz_truper belajar di sekolah nie..di sini,imantizz_truper dapat kenal kawan2 yang unik dan pelbagai.Yg kita tak pernah bertegur sapa pun masa sekolah dulu,siapa sangka kita akan jadi sebahagian daripada dia.Kenal dia yang kita anggap 'garang' waktu kita tak pernah bertegur sapa,jumpa seseorang yg mukanya kita pernah jumpa dulu..segala2nya....

Untuk kawan-kawan yg pernah menjadi teman imantizz_truper masa dua tahun imantizz_truper bergelar pelajar tingkatan Enam sesi 2010/2011,terima kasih...

Buat Nur Husni Izzati,terima kasih sebab sebab temankan kawan hg nie yg selalu ajak hg lepak di tengah2 malam bersama buku Sejarah2 kesayangan kita yg ada 4 buah tu..terima kasih sebab hg sudi rapat dgn aku walaupun kita dah tak berkongsi bangunan macam tahun lepas...insya-Allah,kita akan bersama di Unimas lagi...bak kata abg kesayangan aku,selalu la berdoa kalau nak capai sesuatu..minta pada Allah...

Buat Nurul Hanisah,terima kasih sebab selalu jadi 'ibu' yg baik untuk km...selalu berleter waktu brg2 km bersepah atas meja studi kita....selalu bimbing dan bg tunjuk ajar terbaik waktu ulangkaji Ekonomi..tahniah sebab hgpa 'best student' SMK Ibrahim...

Buat Nurafizah,terima kasih k.long sebab k.long dah berjaya jadi 'k.long' yg terbaik dekat blok asrama kita tahun lepas..terima kasih jugak sebab sudi pinjamkan bahu k.long waktu km nangis gila2 masa 'roll-call' petang tahun lepas...terima kasih jugak sebab sudi layan km yg selalu mengacau k.long dkat dorm,guling2 atas katil k.long,kacau loker k.long dan layan kerenah km...moga k.long berjaya dapatkan lesen keta dan jgn putus asa sebab k.long terbaik dalam geng kita...

Buat Norhazwani....terima kasih sebab hg la kawan aku paling cute..hg la yg selalu teman aku basuh baju waktu kita duduk asrama dulu...hg la kawan aku yg pertama aku panggil 'bby' tau? mungkin sebab sikap hg comel...hg jugak la jd 'nurse' tak rasmi aku dulu sebab sudi bg aku telan 'pil perancang' waktu aku sakit sebab 'kawan bulanan' dulu...

Buat Siti Suhani,terima kasih sebab hg sudi kawan dgn aku....aku takkan lupa hg sebab aku selalu dgn hg waktu petang2...hg ja lah 'buah hati' aku waktu kita kena bertugas dekat perpustakaan...teman aku waktu ada apa2 aktiviti dekat perpustakaan...dan aku hrap hg tetap ingat ikatan tali leher tu...hehehe

Buat Norfarahin,hg comel....hahaha...dgn hg ja aku boleh buat keja gila...mungkin kita asal sekolah yg sama masa tingkatan lima dulu,perangai kita nak dekat sama...hg selalu dgn perangai hg dan aku beruntung kenal hg...walaupun aku kenal hg dekat SMK Ibrahim,tapi aku tak rasa menyesal....banyak kenangan kita...selalu basuh baju,mandi dekat kolah....

Dan,untuk Nor Amanda,km suka hg....nama unik,seunik orangnya....km tak lupa hg suka makan durian,coklat...dan terima kasih sebab sudi layan km waktu km selalu mengacau hgpa dekat rumah...hehehe...

Moga ukhuwah kita terus terjalin walaupun pertemuan kita singkat....

p/s : Moga2 semua dapat masuk u...amin!!!



Jumaat, 6 Julai 2012

Buasir Otak : GiveAway Contest

Assalamualaikum semua.Waktu imantizz_truper tengah blogwalking,imantizz_truper terjumpa satu peraduan nie.Mulanya tak mau join,tapi,lepas tengok 2 3 kali,macam best ja..hehehe


klik SINI untuk join!!! Peraduan tamat sebelum jam 12.00 malam nie..

Untuk watak kegemaran imantizz_truper,imantizz_truper sukakankan........


Cardcaptor Sakura

Sukar nak buang perasaan kesukaan kepada watak Sakura Kinamoto nie walaupun imantizz_truper tengok cita kartun waktu imantizz_truper belajar dalam darjah 5...( dah 8 tahun NTV7 tak tayang cita nie...).Gila tak gila,imantizz_truper ingat lagi jalan cita dia macam nie.Sakura nie dah tak ada mak tapi ada ayah yang penyayang dan abang yang suka buli dia...**abang dia hensem...tapi kawan abang dia lagi la hensem...Sakura nie ada kawan,dan kawan dia anak orang kaya.Kira dia ada banyak gajet berteknologi tinggi.Nama Tomoyo...dan hubungan depa sangat rapat.Bila tengok cita nie,rasa macam nak jadi dia.Dia pandai masak,pi sekolah dengan kasut roda dan dia nampak aktif...comel.Lagi comel bila pasangan dia pun teramat2 hensem..nama Shaoran Lee..** imantizz_truper dah dapat Shaoran Lee imantizz_truper sendiri...hehehe

Itu sahaja...Tak kisah la menang ke tak,janji boleh kumpulkan kawan2 yang minat anime...

Assalamualaikum....

Selasa, 3 Julai 2012

Impianku...( Bah. 1 )

Assalamualaikum semua..



hijau cantik...tenang ja...bendang dekat kampung imantizz_truper nie..hehehe

imantizz_truper suka bendang **sawah padi...saya nie orang Kedah,aku budak Pendang...hahaha.Mungkin imantizz_truper celik2 mata ja,nampak bendang.Hijau ja.Ayah pun ada bendang tapi tak la banyak2 macam orang lain.Tok wan yang bagi...hehehe.

imantizz_truper pernah simpan angan2.Bila besar nanti,dah kerja,dah bina baitul muslim dengan pemilik hati,imantizz_truper nak cari satu tempat,kira tempat yang boleh bina sebuah rumah la yang ada bendang.Tempat tu mesti dekat dengan masjid atau surau sebab imantizz_truper nak sangat2 dudk dekat dengan rumah Allah.Lepas tu,bahagian ruang keluarga tu mesti ada satu pintu gelongsor yang menghadap ke arah bendang.Sebelum tu,bahagian ruang keluarga tu mesti arah barat sebab bila waktu petang,imantizz_truper boleh duduk situ,menghadap matahari terbenam.Mesti cantik! Moga2 Allah kabulkan semua nie dan impian imantizz_truper tercapai..

p/s : pemilik hati cakap kalau duduk dekat dengan kawasan bendang,banyak ular...tapi semua tu jugak boleh diatasi dengan cara letak serbuk belerang dekat sekeliling kawasan rumah.





Nak Hadiah ?