Jumaat, 19 April 2013

Hari Jumaat


Masjid Sultan Muzaffar Syah,Sungai Petani

Jumaat yang membuatkan aku tak tau nak buat apa.Kalu minggu lepas,aku boleh buat aktiviti dekat rumah tapi malangnya minggu nie aku tak baik rumah dekat kampung.Otak dah pening + bosan + rasa berat semacam...

Lagi dua bulan ja aku nak lalui waktu2 yang amat2 membosankan macam nie...lagi dua bulan ja aku boleh habiskan masa dengan drive keliling Sg Petani yang agak ter'centa' nie..hahaha.Pejam celik,pejam celik,dah masuk 5 tahun aku jejak kaki ke sini.Mula dengan belajar di sekolah teknik dan habiskan sesi pengajianku dekat Ibrahim's skool.Cerita macam2 beserta dengan kenangan yang pelbagai.Dan tak sangka pulak yang aku akan keja sementara dekat sini jugak sebelum aku nak jejak tanah UNISEL bulan 6 nie,insya-Allah.

Pendang dan Sg.Petani...kalau nak bas Trannasional,mau ambik masa sejam setengah.Kalau nak keta,45 minit ja kalau ikut 'highway' dan sejam kalau ikut jalan biasa.

Harap aku akan rindukan semua nie bila aku jejak dekat tempat lain..

p/s : aku rindu seseorang...

Jumaat, 22 Mac 2013

Dah Janji...


Transformers

Hari tu,sebelum datang ke Sungai Petani,imantizz dah janji dengan ayah yang imantizz nak tengok cita Transformers dengan ayah 23 haribulan ( esok la ) dekat tv2..dan sepatutnya petang tadi imantizz balik rumah tapi hujan lebat pulak.Bila imantizz bagitau ayah,ayah cakap ok..

Tup-tup,tadi imantizz sempat tengok jadual tayangan tv2 malam nie dekat surat khabar.Rupa-rupanya malam nie pun ada jugak tayangan cita Transformers.Rasa...rasa macam nak nangis ja..rasa macam nak suruh ja mak ayah datang SP,ambik imantizz balik..

Bukan imantizz tak pernah tengok cita nie,tapi imantizz suka tengok cita Inggeris dengan ayah...tapi mungkin bukan rezeki kot.Entah-entah,mungkin kalau imantizz ada dekat rumah pun,ayah mungkin duduk dekat surau.Last2 imantizz tengok sorang2 jugak..* think positif,cik Adi..

p/s : ayah,rindu la dekat ayah...huhuhuhuhu..nak balik rumah...

Rabu, 20 Mac 2013

Kimono,Jepun,dan.....


tetiba ja imantizz rasa nak pakai kimono..time JCC ( Karnival Kebudayaan Jepun) masa sekolah dulu,imantizz sempat jugak lah pakai pakaian tu dengan cik Edo.Sekali pakai,terus jatuh cinta dan keinginan nak melawat ke Jepun tu makin kuat.



terasa lagi ikatan dekata belakang badan yang sangat2 ketat tu..best2..

lagi satu...


bunga sakura yang cantik..geram sangat2! macam nak gigit ja..hahahaha


lembutnya warna


cantik..

apa yang pasti,yang bertanggungjawab kenalkan negara Jepun pada imantizz nie adalah...


You're Under Arrest


best kartun nie tapi sepanjang imantizz tengok kartun nie,imantizz langsung tak pasang niat nak jadi anggota polis..hahahaha..


detektive conan..


inuyasha dan makwe lama..


inuyasha dan makwe baru..hensem ooo..


sakura dan shauran


gundam


hero yg sebelah kiri namanya Kira Yamato

kebanyakan cita kartun nie ditayangkan hari sabtu dan ahad.Tapi,imantizz ikut semua cita nie dari awal sampai habis.Waktu imantizz tu tengok sebab imantizz tingkatan 1 dan 2 dan bersekolah sesi petang.Memang boleh ikut la.Tambahan pula imantizz duduk rumah,tak duduk hostel lagi.

Dan,yang tak boleh lupa...taraaaaa...


Ultraman Taro


Power Rangers

yang nie pun imantizz layan...hahahahaha

tapi yang paling best sampai sekarang dok teringat lagi...


UFO baby..watak utama kena jaga baby yang datang dari angkasa lepas..


Fruit Basket..memang terkesan dalam hati bila tengok cita nie..boleh bayangkan perasaan seorang budak perempuan yang yatim dan mak dia mati sebab kemalangan...tak ada tempat bergantung sebab mak sedara dia tak mau dia jadi beban..


lagu tema yang gambarkan kesedihan Tohru nie jadi ringtone mesej handset imantizz...^_^


p/s : imantizz boleh layan semua nie sebab nak 'join' adik imantizz yang muda 3 tahun...time dia tengok tv waktu kecik2 dulu,memang dia yang menang sebab imantizz tak mau dia merayau kalau mak minta jaga adik..tak pasal2,otak pun dah jadi otak kartun..^_^

Rabu, 13 Mac 2013

Menghargai Mereka

( entri ini mengandungi kata ganti nama diri 'aku' )


bermula di sini...

Seminggu dua nie,aku mula jadi seseorang yang banyak berfikir.Apa yang aku fikirkan bukan lah benda-benda mengarut macam fikir nak beli gajet terbaru,keluar jalan-jalan,ataupun apa-apa sahaja yang budak perempuan seusia aku fikirkan.Tapi,aku fikirkan sesuatu yag melibatkan hubungan aku dengan keluarga aku.Ya,hubungan aku dengan keluarga besar aku.

Jika difikirkan balik, aku bukanlah seseorang yang pentingkan keluarga.Tak pentingkan keluarga tu bukannya bermakna aku nie anak 'kurang kasih sayang',mak ayah tak hiraukan aku,aku tak dapat ajaran agama ataupun aku bebas keluar dengan orang yang tak sepatutnya mahupun keluar tak kira waktu.Alhamdulillah,selama aku  hidup 20 tahun 9 bulan 1 hari di muka bumi nie sebagai anak perempuan bongsu mak ayah,aku dapat didikan yang sepatutnya.Sekolah habis,'exam' besar macam UPSR,PMR,SPM dan STPM aku dapat tempuh,insya-Allah aku bakal sambung ke u,mak ayah hantar aku ke kem Islamik untuk perbetulkan diri aku dan didik aku jadi Muslimah,dan juga aku dikelilingi dengan suasana keluarga bahagia.Mak ayah izinkan aku keluar dengan kawan-kawan satu sekolah dan aku belajar berdikari.Dan aku nie bukannya budak perempuan yang terkurung dalam rumah setiap masa sebab ayah nak aku belajar segalanya.Tapi,aku wajib jaga maruah keluarga aku walau aku duduk mana pun.Aurat kena jaga,solat jangan tinggal dan bila nak buat sesuatu aku wajib fikir dalam-dalam.

Berbalik pada tak pentingkan keluarga tu,aku mula sedar yang dulunya aku tak kisah langsung dengan keluarga aku.Contohnya,bila aku pergi mana-mana,bila balik aku mesti tak bawa sesuatu untuk orang yang menunggu aku dekat rumah.Teruk sungguh betul bila aku fikirkan balik.Tapi,aku rasa,tindakan yang aku buat tu mungkin sebab sikap aku agak ke'budak-budak'an.Dan,perlahan-lahan aku berubah sikap.Bila pergi mana-mana,aku akan pastikan yang aku akan bawa balik sesuatu untuk orang dekat rumah aku walaupun depa tak minta.Walaupun benda tu kecik dan tak bawa makna apa-apapun,aku tetap bawak balik juga.


kakak dan abg ipar


keluarga


adik dan sepupu-sepupu


kakak dan kak ipar


keluarga besar..kenangan raya 2010


Masa terus berlalu dan aku perlahan-lahan boleh berdikari.Alhamdulillah,mak ayah izinkan aku bergerak dengan kenderaan sendiri untuk ke tempat yang lebih jauh dari apa yang aku sering pergi.Dan,dalam pengalaman itu juga aku belajar sesuatu.Belajar,belajar,belajar dan belajar menghargai keluarga aku dari orang lain.Selama ini aku berdikari,aku lebih faham yang keluarga kita lebih bermakna daripada orang lain.Walaupun aku bukan lah seorang yang ingin bergantung 200% pada keluarga tapi bila aku dekat dengan keluarga aku sekarang,aku nak jadi seorang yang lebih menghargai mereka dari orang lain.Kalau aku jauh,baru lah aku akan menghargai orang yang dekat dengan aku.

Keluarga aku bukanlah keluarga besar aku semata-mata.Tapi,keluarga dalam konteks hidup aku adalah orang yang sentiasa bersama dengan aku susah atau senang,orang yang pernah lihat aku menangis dan pinjamkan bahu dia untuk aku bersandar,mencari ketenangan dan juga orang yang inginkan aku merasai keperitan atau kemanisan hidupnya.Itulah keluarga aku yang sebenar-benarnya.

Dalam tu juga,seseorang yang amat aku sayangi dalam dunia nie pernah pesan pada aku,' boleh buat baik pada orang lain tapi,jangan terlalu berlebihan'.Mulanya aku jadi tak faham,dan hati aku memberontak sendirian tapi bila aku fikir dalam-dalam,baru aku faham.'beliau' yang ungkapkan kata-kata,inginkan aku faham,kalau aku susah,belum tentu 'orang-orang' yang agak aku pentingkan tu akan tolong aku.Dan 'beliau' nak aku dahulukan orang yang sentiasa bersama dengan aku.Maknanya,aku patut dahulukan keluarga aku dari orang lain.Dan akhirnya aku faham.Terima kasih sebab 'beliau' berjaya sedarkan aku.

Apa yang aku harapkan,aku dapat berubah jadi seorang yang matang,seiring dengan usia aku yang pastinya menuntut aku bertindak seimbang dengan keadaan sekeliling.Moga aku lebih menghargai orang yang berada di samping aku tak kira keluarga aku,orang-orang yang rapat dan juga teman yang sentiasa bersama dengan aku.

Isnin, 11 Mac 2013

Walau Sejauh Mana Kita Pergi...



....kalau dia jodoh kita,kita tetap akan kembali pada dia...


kawan imantizz yang pesan macam tu..dan imantizz sentiasa ingat semua tu...tapi,imantizz lagi percaya pada ketentuan Allah..jodoh,pertemuan,rezeki,ajal,maut,Allah tentukan..


gambar nie ada persamaan dengan abg sulung imantizz yang baru kahwin 2 bulan lepas..insya-Allah,dia bakal jadi ayah..bercermin mata + ada janggut....tak sabar nak tunggu kelahiran baby lepas raya nanti..^_^..

p/s : teringatkan kak ipar..huhuhuhu..

Sabtu, 9 Mac 2013

Jantina Laptop

Assalamualaikum...

Whoa..lama imantizz tak 'update' blog.Bb dah 'over limit'...sedih2..huhuhuhu.Tapi imantizz sempat lagi 'blogwalking' blog2 yang imantizz ikut.Dan imantizzz ternampak lah sesuatu yang agak menarik jugak.Imantiz nampak dalam blog Miz Ruha pasal nak tau jantina laptop.Lawak pulak dengar tapi bunyinya agak menarik jugak.Dan imantizz dah cuba sebab imantizz nak tau apa jantina laptop imantizz.Tak tau la semua tau pasal jantina laptop nie.Kalau semua dah tau,maknanya imantizz ketinggalan la..tapi tak apa..imantizz tak kisah..hehehehe

imantiz dah cuba pada laptop imantizz.Cuak jugak 'time' nak tau tu.Takut gelaran nak kena tukar...hahahaha.Dok panggil Cik Acer ikut suka hati ja padahal laptop keluaq suara jantan.Tapi alhamdulillah bila imantizz dah 'try',rupanya laptop imantizz 'perempuan'..macam tuan dia.Mujur nama tak kena tukar,hahahaha..

Cara-caranya :

1. Buka 'notepad' dan 'paste' balik ayat nie dalam 'notepad'


CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I Love YOU"

2.Lepas tu tekan 'save'.Ubah 'save in type' kepada All Files.'Save' dalam laptop siap2 sebab nanti senang nak buka.

3. Lepas dah 'save',tutup 'notepad'.Buka 'file' tadi dengan 'click' dua kali.Nanti hgpa akan dengaq suara laptop tu cakap 'I Love You'.Dengaq betul2 suara tu sama ada suara perempuan ka lelaki.


Cik Acer

p/s : siapa yang tak tau jantina laptop,try la buat ya? emm,nanti imantizz nak 'try' dekat netbook adik..moga2 keluaq suara lelaki...baru padan..hehehehe

Selasa, 26 Februari 2013

Kejutan 4 Feb


Salam..

Hai semua! Sihat? Wahh...sekarang hujan dekat kampung.Maunya kalau ikut hati,nak tido sampai ke tengahari.Tapi,bila fikirkan takut mak berleter dan orang2 sebelah rumah dengar,imantizz ambik keputusan untuk segarkan muka,buat2 la jahit baju..hahahahaha..

Btw,apa yang imantiz nak bagitau nie sebenarnya cita lama.Dah nak masuk bulan 3 kot.Apa pa ja lah.

Untuk cita 4 Feb lepas,pagi2 lagi ja imantizz dapat kejutan.Serius..sangat2 terkejut.Elok bangun pukul 7 pagi...ehem,imantizz 'ABC' time nie..hehehe,imantizz terus dapat mesej dari kawan.Baru lepas gosok gigi,cuci muka dan bercadang nak kemaskan katil,terus mesej dari kawan masuk..

kawan : ada dekat mana? Dekat kg ka?
imantizz : ada dekat kg...awat?

elok imantizz letak hnset lepas balas msej,dia terus 'call'..

kawan : aku nak pi umah hg..boleh?
imantizz : mai la..bila?
kawan : sekarang..
imantizz : ?????
kawan : wei,hg dengaq dak?
imantizz : dengaq..mai la..( muka mamai..)

bila dia cakap dia dah otw,imantizz terus kmas katil dan tukar baju tido.Takkan nak pakai baju tido depan dia kan? mau dia terkejut imantizz dengan baju Hello Kitty tu,haru2..ehem,kawan imantizz tu perempuan..kira buah hati kawan baik en.truper la tapi kami dah memang kawan rapat dari sekolah rendah.Hubungan kami langsung tak renggang walapun imantizz dah pindah sekolah teknik time kami tingkatan 4.Kawan dunia akhirat..hehehe

bila dia sampai,imantizz ajak dia masuk dan bersembang dari pukul 7.30 pagi sampai pukul 9 lebih.1st time dia masuk dalam rumah sebab bila diingatkan balik,'last' dia masuk dalam rumah imantizz pun waktu kami tingkatan 3.Rumah dia selang 2 buah kampung ja.Dekat sangat2..hehehe.Dia terkejut tengok rumah imantizz sebab 5 tahun lepas rumah banyak lagi yang tak siap..

kunjungan dia agak2 memeranjatkan sebab pertama kali imantizz terima kedatangan kawan di pagi2 buta..hahahaha

imantizz tak ada gambar dia nak tunjukkan sebab kami tak pernah ambik gambar sekali even usia persahabatan kami dah masuk 11 tahun..sekarang dia studi dekat UiTM Merbok dan insya-Allah,hujung tahun nie dia akan tamatkan pengajian diplomanya.


" Buat Nur Izzatur Syaliana Baharom,terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku walaupun aku pernah lukakan hati hg,aku merantau ke sekolah lain,aku jarang berhubung dengan hg dan sebagainya..Harap persahabatan kita sampai syurga "

p/s : bila hujan nie,mak ada dekat rumah dengan ayah..bila 'loving couple ever after' tu tak pi kebun,mula la depa rancang macam2..dan terbaru,mak ayah dengan sepupu papat dalam proses pembikinan 'kacau dodol '.
^_^...lepas kenduri abang,sepupu sepapat yang tak berapa nak akrab jadi rapat ja..selalu ziarah rumah ja..moga hubungan nie akan akrab hingga ke syurga..hehehe

Rabu, 20 Februari 2013

Jiwang Karat.. :p


Entah apa2,imantizz teringat imantizz ada dengar lagu arwah Achik Spin yang bleh diterima telinga.Semua gara-gara Kedah.FM pasang waktu imantizz tengah 'bersilat' dekat dapur..hehehe..tak tau tajuk apa sebab imantizz nie 'kureng' sikit bab2 lagu jiwang..tambah2 yang jenis...err..jenis apa ya? Geng2 sekolah teknik dulu suka la lagu2 macam nie..^_^

Sekali imantizz taip 'ACHIK SPIN' dekat Youtube,terus kluar lagu yang ada kat atas tu.Macam nak terlompat2 ja..*terlompat?..bila lagu yang imantizz cari,jumpa..hehehe..best2..lagu pun dah di'download dekat 4shared tadi..yes2!!!! hehehe

Anggap ja yang nie lagu jiwang pertama yang akan tersimpan dalam cik Acer dan Bubble Bee..hehehe

en.truper,jngan gelakkan cik imantizz ya? : p

Selasa, 19 Februari 2013

Berubah..


penguat semangat

Cepat atau lambat,aku pasti akan berubah.Malah,aku dalam proses itu.Moga Allah merahmati.

Bukan senang untuk melakukannya,tapi aku harus tanam azam dan tekad untuk istiqamah serta pupuk sifat sabar.Sabar itu bukan separuh daripada iman tapi sebahagian daripadanya.Dalam iman,banyak lagi perkara yang merangkuminya.

Istiqamah dan sabar..moga itu tetap teguh dalam hatiku..

Moga aku menjadi hamba Allah yang diredhai-Nya....


perjalanan baru bermula...



Selasa, 29 Januari 2013

Selamat Pengantin Baru! ^_^

Lokasi yang sama tapi masanya yang berbeza..


waktu pertunangan pada tahun 2011


waktu majlis kahwin sebelah perempuan pada penghujung 2012


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


akhirnya...kahwin dah abg sulung imantizz nie..selamat datang kak ipar yang sangat comel..sepadan dengan abg..^_^



time akad nikah..

imantizz tak rakam pun sesi akad nikah abang sebab masa tu imantizz tengah 'rampas' telefon yg adik sepupu pegang.Gambar yang imantizz ambik pun sikit ja..dah tu,ambik pulak guna telefon abang.Dan,sebelum abang nak di'akad nikah'kan tu,imantizz sempat bagi perhatian 'time' tok imam tu soal abang.Macam2 yang ditanya..dan alhamdulillah,abang berjaya jawab.Elok pulak 'time' ijab kabul,imantizz tak bagi perhatian langsung.Dok khusyuk berebut telefon,hahaha.Bila tok imam nak bacakan doa,imantizz dengan muka 'blurr'nya tanya dekat kakak.." Dah nikah ka?".Kakak pun laju ja mengangguk.

Mungkin waktu akad nikah abang biasa-biasa ja bagi imantizz.Serius,tanya soalan yang berkaitan agama.Tak macam majlis akad nikah 'makwe' abang dulu,abang Pija yang ada unsur 'lawak' yang boleh buat orang terhibur..^_^

Tapi,bagus jugak tok imam tu tanya soalan-soalan yg boleh 'refresh' otak kita.Tak ada lah duduk dpan pengantin,tanya pengantin lelaki macam mana kenal dengan bakal isteri lepas tu terus akad nikah..

Apapun,imantizzz harap abang sulung,abang Rozif dengan kak ipar imantizz,kak Yus akan bahagia sampai syurga abadi.Dah bertambah sorang lagi menantu mak ayah.Dan bagi imantizz,itulah kakak ipar sulung dan terakhir.Tak ada kak ipar yang lain dah sebab imantizz ada serba seorang ja.Abang sorang,kakak sorang dan adik lelaki sorang.Abang ipar sorang dan kak ipar sorang..^_^

p/s : tak sabar nak tunggu cuti minggu CNY...semua ahli keluarga berkumpul..si kacak tingggi lampai PLKN tu jejak bumi Pendang..

imantizz panggil abang Pija tu 'makwe' abang sebab sebelum masing2 kahwin,depa kawan baik..rapat sangat2..hehehe

Ahad, 27 Januari 2013

Jawapan_Hati


Lahirku bukan lah sebagai seorang pendendam

Kerana terciptanya aku dari kemesraan

Hati jua bukanlah diasuh untuk membenci

Apatah lagi mengungkapkan kata-kata keji

Kerana aku sebahagiaan darimu



Segala-galanya terbukti di hadapan mata

Membuatkan aku keliru dalam mencari jawapan yang pastinya boleh mengugat

hati kecilku

Namun rencana yang Allah tetapkan mampu menenangkan aku

Sekaligus memberiku pilihan

Sama ada membiarkan nafsu atau akal merajai hati


Dan kini,bila kau tiada

Hatiku terasa tenang sebagai seorang hamba

Bukan kerana membenci,tapi semua yang tertulis adalah 

'FITRAH' 


Isnin, 7 Januari 2013

Segmen : Saya Blogger dari Negeri..


klik banner untuk join.

setelah ditag oleh cik Edo,imantizz pun dengan berbesar hatinya join jugak segmen nie...harap2 boleh tambah kawan..^_^..segmen Apit yg buat..Apit nie terrer buat doddle...yg ada dalam blog imantizz tu,Apit yg buat..hehehe

macam cik Edo cakap,imantizz anak Kedah,.....lahir dekat Kedah,sekolah dekat sini,mak ayah memang asal sini dan insya-Allah,kalau jodoh,kahwin pun dengan org Kedah jugak..amin! hehehe..hijau kuning kebanggaanku...hahahaha..

Kedah nie cantik kot...terutama sekali kampung imantizz..hahaha..kampung yang dikelilingi dengan bendang,depan umah ada pokok getah..memang cantiklah! Makanan sedap,barang2 murah..orang2 mesra,selalu senyum..

itu sahaja..

nak tag adik Dhia..^_^

Khamis, 3 Januari 2013

Aku_Tahun Baru 2013

Assalamualaikum...selamat tahun baru 2013


agak2 tau dak apa video nie?? ^_^

imantizz terkilan la plak sebab imantizz langsung tak buat entri akhir tahun..imantizz sibuk dgn urusan kenduri abang sulung..apapun,nanti imantizzz akan 'pos'kan segala bagai gambar yg dah terakam..hehehehe...

sekarang imantizz tengah tolong mak uruskan segala bagai barang yg selerak dekat umah,hantar benda tu,benda nie..insya-Allah,lepas semua selesai,imantizz boleh blogwalking blogkawan2,blog kakak2,abang2 dan sewaktu dgnnya..hehehehe

cik Edo,aku dah minat tahap tak ingat dekat Schubert's Serenade lepas novel Gurindam Jiwa kembali pada hg balik...

apapun,kita jumpa balik nanti..hehehe

p/s: aku tengah kumpul semangat utk sambung studi dekat UNISEL...=_="..
      hari nie genap aku 4 tahun aku jd pasangan Mr Truper..hehehe

Khamis, 6 Disember 2012

Segmen Siapa Paling Jujur


klik banner untuk join!

imantizz join segmen nie sebab nampak 'lain dari yang lain'..jawab soalan dengan jujur dan dengan hati yg putih lagi tulus...hehehe

Soalan-soalannya...

  1. apa akan you buat kalau tiba-tiba ada budak kecik tumpahkan kuah kari kat baju paling you sayang:
" cari sabun dan basuh..kalau kotoran tu hilang jugak,balik sambung basuh dekat rumah..nak marah budak tu pun tak guna sebab budak tu kecik lagi dan benda dah nak jadi kot.."


     2.  pernah tak you terkentut kuat sampai ada orang dengar :

" pernah..orang yg dengar tu mak dgn kakak...dan dgn spontan mak cakap,' anak dara tak senonoh'...hahahaha"

     3.   pernah tak you korek hidung tiba tiba ada orang perasan :

" tak pernah sebab selalu korek hidung dalam bilik air...hehehe "

     4. bila kali terakhir you menangis ? sertakan bila masanya tu dan sebab apa :

" tarikh 4/12..dalam pukul 8 hingga 9 malam..waktu tengok cita Adam Hawa yg sepupu bagi..sedih sangat tengok 'part' Ain nangis time dia kena nikah dengan Am..memang 'banjir'...^_^  "

    5. mase kecik kecik , ape budak budak sebaye you selalu ejek you :

" emm,'heran'...dia cuba gandingan kawan sekelas dia dgn imantizz...nama kawan dia 'heran'..dan bila dia nampak imantizz,dia akan ejek imantizz dgn nama 'heran'.."

    6. berapa berat badan you sekarang :

" dalam 48 kg..rasanya la...hehehe..kalau lagi rendah,lagi ok sebab sekarang imantizz suka makan...hehehe"

    7. ape you akan buat kalau you tengah marah gilaa :

" nangis..hahahaha..imantizz akan nangis kalau marah tersangat2 marah...paling best nangis sampai kelopak mata bengkak..^_^ "

    8. matapelajaran paling k.o masa sekolah :

" matematik..>_<...ekonomi pun k.o jugak waktu f.6..cikgu cakap imantizz fobia dengan nombor..memang pun,hahahaha "

    9. adakah you pernah bergaduh masa sekolah dulu sampai bertekak memaki mengherdik musuh you . ceritakan :

" tak ada...cuma imantizz pernah dibaling batu masa darjah 5 sampai mulut berdarah dan kepala benjol time nak balik rumah..budak sekampung yg buat...imantizz tak tau apa yg imantizz buat pada dia sampai dia baling batu pada imantizz..sadis gila...huhuhu...balik rumah ja,terus mak imantizz pi rumah budak tu dan budak tu kena tampar dgn tok dia..bila imantizz masuk f.1 ja,terus imantizz belajar taekwondo sebab imantizz tak mau kena buli lagi..sapa buli,imantizz bagi 'flying kick' la..ada berani??? hahaha "

   10. orang pertama you jatuh hati masa sekolah rendah dan mase darjah berapa(tak perlu letak nama) :

" waktu darjah 6..cinta pandang pertama budak nak menggatai...imantizz berkenan pun sebab pangkal nama dia sama dgn nama imantizz..=_="...

   11. you pertama kali couple masa umur berapa :

" masa umur 17 tahun..tapi waktu tu bodoh2 lagi..waktu tu cakap ja couple tapi imantizz tak hairan sangat..sampai 'si dia' terluka kot...huhuhu..habis SPM,baru faham dan fokus pada 'si dia'..hehehe"

   12. berapa lame you penah kapel dgn seseorang dan tahun bila : 

" couple sampai sekarang kot...dari tahun 2009 sampai sekarang..^_^ "

   13. last you putus sebab apa :

" masalah dalaman..seminggu ja putus tapi dalam waktu putus tu,kami masih berhubung  dan dalam minggu tu jugak banyak benda buruk yg jadi pada imantizz..nangis tiap2 hari kot...huhuhuhu..tapi lepas tu kami bersama balik..walaupun bersama balik tapi kami macam orang asing..dan lepas beberapa bulan,baru hubungan kami jernih.."

   14. adakah you pernah buat your mother menangis dan kenapa :

" entah la...tak kot..mak tak pernah tunjukkan kesedihan pada imantizz dan adik beradik lain..muka mak senyum dan garang memanjang ja...hahahaha "

  15. bila dok sorang sorang , ape mesti you buat :

" peluk nanai gegirl ( patung kura2 warna pink kesayangan ),telinga sebelah kiri disumbat dgn 'earphone',dan fikir perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang.."

   16. keputusan upsr you :

" 2A,3B..time jawab UPSR,imantizz demam..3 hari sebelum exam,imantizz muntah dekat kelas time tuisyen dan kawan sekelas merangkap sepupu buah hati imantizz yg bersihkan...kesian dekat dia..tapi yg paling imantizz kesiankan,mak ayah terpaksa bawak imantizz pi klinik pukul 11 malam sebab demam makin teruk..huhuhuhu "

     17. you nak kawen masa umur berapa dan kenapa :

" umur 23 tahun sebab mak dgn kakak kahwin waktu umur tu..tapi rasanya kena 'up'kan jadi 25 tahun kot sebab imantizz nak kejar cita2 dgn impian dulu..^_^ "

     18. you selalu berangan tentang ape :

" nak lepak dekat pantai dengan suami sambil tengok 'sunset'..hahaha...nak tinggal dalam rumah yg lanskap dia ala2 Jepun,siap dgn pintu gelongsor segala bagai dan akan ada anak banyak2..terutama sekali anak perempuan...hahahaha "

    19. perkara yang you paling tak suka tapi ia selalu berlaku dalam hidup you :

" selalu gagal dan apa yg imantizz inginkan,tak pernah tercapai...tapi tak apa,Allah rencanakan sesuatu yg lebih baik untuk imantizz..imantizz redha ja dan fikir positif..dan kalau boleh berusaha utk ubah,imantizz akan cuba..hehehe "  

   20. perkara paling you suka tapi pernah berlaku sekali je dalam hidup you :

" bela seekor arnab...imantizz suka arnab dan pertama kali bela waktu imantizz darjah 6..oleh sebab nak exam,ayah bg arnab tu dekat kawan ayah,takut imantizz tak tumpu pada exam..sekali ja imantizz lalui..huhuhu.."

  21. blogger yang paling you suka dan sebab ape you suka dia :

" Kak Ana Suzana...dia comel sangat2...walaupun ank dah 3 orang,tapi badan dia kecik dan dia pandai masak..hehehe "

  22. sesuatu yang you tak suka bila blogwalking :

" terjumpa gambar2 yg sadis,menakutkan dan 18sx yg blogger letak...takut kot! huhuhuhu.."

  23. mase tahun bila you pertama kali buat facebook dan apa yang buat you terasa nak buat facebook :

" tahun 2010..entah..rasanya tak ada perasaan nak buat fb..mungkin sebab kawan yg ajak buat..tapi fb tu dah ditutup secara rasmi bulan Feb tahun lepas sebab rasanya banyak masalah bila imantizz fb..mungkin sebab imantizz tak boleh kawal pergaulan.."

  24. you selalu bangun tidur pukul berapa :

" pukul 6 pg atau 6 lebih..kira bg sempat nak solat Subuh..kalau waktu 'ABC',terlajak sampai pukul 7 pg jugak..hehehe..sampai pukul 7 ja..tak boleh lebih..hehehehe..apapun,sekarang imantizz tengah usahakan diri nak ajar diri bangun pukul 5 pg tapi selalu bangun pukul 3 atau 4 pg yg buat imantizz sambung tido balik..hehehe "

  25. kritikan terhadap blog saya :

" blog awak comel,kemas tapi lebih baik kalau blog awak 'ringan'...loading cepat..mesti bertambah cute..hehehe"

aduh..penat..hehehehe..semua yang imantizz merapu tu memang imantizz pernah lalui dan semua tu tak tipu...heheheh...

sapa yg nak join,join lah ya? boleh kita baca cita2 meanrik peserta segmen..mesti pelbagai lagi..

imantizz nak tag....cik Edo...

itu sahaja..^_^ 

Rabu, 28 November 2012

# Indah Tanpa Kata 11 #


bila tengok gambar nie,serius imantizz ingat dekat mak...nak tau sebab apa? Sebab mak imantizz dah bagitau awal2 dekat imantizz,time imantizz nikah nanti,mak nak imantizz pakai jubah,macam pengantin dalam gambar tu...hehehehe..

lambat lagi imantizz nak kahwin..=_="

Sabtu, 24 November 2012

Segmen Kenal-kenal Bersama Aisyah Humaira'


klik banner untuk join! Sampai Ahad,25/11/2012,pukul 10 malam...

Assalamualaikum semua.Malam hujung minggu nie rasanya macam best pulak join segmen.Dengan sejuk2 hujan yang masih bersisa petang tadi,kipas pulak bukak 'volume' 3..memang heaven sangat2...^_^..

Sebenarnya semalam lagi imantizz tengok banner segmen yang Puan Niera buat nie tapi terasa tak ada 'mood' pulak nak menaip.Tapi,malam nie,'bersemangat' pulak nak join...hehehehe..( sori,puan penganjur segmen...hehehehe )

Segmen yang 'simple' dan 'cute' nie nak sesiapa yang join bagitau pasal diri.Senang kan? ( tiru iklan Softlan..hehehe ).Apapun  puan penganjur segmen,imantizz 'silent reader' blog awak...tapi jarang nak komen sebab imantizz selalu jalan2 blog awak..^_^

Tentang Saya

Nama yang sebenar-benarnya imantizz  ++ Siti Zakiah Bt Abd Rasid..

( tok su,orang yg sambut imantizz yang cadangkan nama tu..asalnya nak letak nama yang sama pangkal dengan nama ayah,bagi seragam semua adik beradik,tapi mak dah letak nama yang macam dekat atas tu...hehehehe )

Umur ++ tarikh 12 Julai lepas imantizz dah masuk 20 tahun..( kita sebaya,puan penganjur segmen...^_^ )

Tempat lahir a.k.a tempat selalu dirindui setiap masa ++ Pendang,Kedah...( sapa tak tau,cari sendiri..haha)

Asal usul Nama Blog ++ Perjalanan Hidupku 

( sebelum nie nama blog " Atas Nama Cinta' sebab imantizz suka sangat novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy tapi dah ditukarkan ke ' Perjalanan Hidupku' sebab rasanya tajuk tu lebih 'masuk' dengan imantizz...hehehe )

Status imantizz ++ masih bujang,belum berkahwin...tapi akan berkahwin,akan datang,insya-Allah...hahahaha

( mak tak bagi lagi...mak takut tak ada geng nak kluar bershopping kot...hahahaha...lagipun sekarang imantizz anak perempuan bongsu mak ayah..^_^ ) tapi hati sudah dimiliki oleh seseorang...^_^

Pelajaran ++ bersekolah dan ambil peperiksaan penting ( PMR,SPM,STPM ) di 3 buah sekolah yang berbeza dan berbeza daerah...
  • imantizz pelajar kelas aliran agama dan ambil peperiksaan PMR di SMK Syed Ibrahim,Pendang..sekolah nie dekat dengan rumah..
  • lepas tu ambik SPM di SM Teknik Sungai Petani 2 sebagai pelajar kursus Perkhidmatan Perkembangan Kanak-kanak,waktu nie pertama kali duduk hostel...=_="..
  • dan akhir sekali,ambil STPM di SMK Ibrahim,Sungai Petani sebagai pelajar aliran Sastera..terpaksa belajar menghadap buku ja padahal sebelum nie belajar teori dan amali tapi belajar Sejarah yang ada 4 buah buku ( Sejarah Malaysia,Sejarah Asia,Sejarah Islam dan Sejarah Tamadun Dunia ) sangat2 best...^_^.
Sekarang imantizz menunggu masa untuk sambung pengajian sambil menunggu jawapan panggilan kerja..insya-Allah..

Itu saja.Salam ukhuwah,puan Niera...^_^.Moga kita dapat eratkan hubungan silaturrahim..

Selasa, 20 November 2012

Keajaiban Ciptaan Allah.. ^_^


gebu3...


err???


hai mata bulat!


upin dan ipin versi kucing...^_^


super duper gebu2..

Comel kan? Nie la keajaiban Allah yang menciptakan kucing-kucing comel..imantizz sebenarnya 'kureng' sikit nak main dengan kucing nie sebab takut kucing mencakar.Mak ayah pun tak pernah bela kucing nie...m.cik2 pun kureng jugak dengan kucing nie.Bila disoal siasat dan diselidik,rupa2nya ahli keluarga sebelah mak ada sejarah silam dengan haiwan bernama kucing ni.Keluarga kami cuba boleh bela lembu dan arnab ja.

Tapi,imantizz lebih suka tengok kerbau.Kalau jumpa kerbau,mata tak berkelip tengok haiwan yang suka berkubang tu..

 hai...hehehe...

Apapun,setakat nie imantizz sukakan binatang yang comel dan gebu nie....


mata bercelak...hahahaha...

p/s : hari nie tak keja...sebab tu,keja hari nie mengadap laptop ja...

Nak Hadiah ?